16 July 2010

Respon kenaikan harga barang

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Kebelakangan ni memang kita selalu di gemparkan dengan berita-berita tentang ketidakstabilan ekonomi negara. Defisit negara pula melambung tinggi. Kerajaan pula mengambil langkah menarik balik subsidi yang telah di berikan kepada rakyat sebelum ini kerana menurut. Tapi saya agak hairan kerana dalam kerajaan mengurangkan subsidi bagi mengurangkan defisit negara, pada masa yang sama banyak bangunan-bangunan lain yang di bina dengan jumlah yang berjuta-juta hanya untuk kesenangan sesetengah pihak. Seharusnya kerajaan perlu lebih prihatin kepada rakyat yang perlu menanggung akibat dari penarikan balik subsidi barangan kerana rata-rata rakyat Malaysia terutamanya orang melayu masih berpendapatan rendah. 

Terbaru kita dikejutkan dengan kenaikan 5 harga barang yang pastinya mengundang kemarahan dan keluhan rakyat. Yang melucukan saya ialah, kerajaan mengarahkan semua media yang dikawal kerajaan supaya tidak menggunakan perkataan 'kenaikan barang' tetapi “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.  Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Selagi yang kuat menguasai yang lemah,selagi yang berkuasa memonopoli dan memanipulasi golongan bawahan dan selagi pihak bertanggungjawab tidak amanah dengan amanat yang telah di serahkan kepada mereka kestabilan ekonomi takkan mampu di capai dan selagi itulah kita golongan biasa ini akan menjadi mangsa semua percaturan ini. Wallahua'lam.

**************************************
 Kenaikan 5-dalam-1: PROTES rancang ke jalanan


Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) sedia turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.
"Kita tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalan raya (bagi membantah kenaikan harga itu)," kata Penyelaras PROTES, Dr Mohd Hatta Ramli ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.

Sehubungan itu, katanya, gabungan berkenaan dijadualkan bermesyuarat pada Ahad ini bagi mengkaji dan menentukan tindakan-tindakan yang lain.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan diadakan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada jam 10 pagi.

"Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

PROTES terdiri daripada gabungan daripada parti politik dan NGO antaranya Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan MTUC.


Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG)naik berkuatkuasa hari ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen mankala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan.

Harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai 'penyelarasan harga' tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini.

Sementara itu, Harkahdaily melaporkan bagi PROTES, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan.

Dr Hatta dipetik sebagai berkata kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini.

"Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya," ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan mendakwa kenaikkan harga gula dan minyak itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat.

"Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambung naik," tkatanya.

Mengulas alasan kerajaan kononnya pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ia tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno-BN.


http://www.malaysiakini.com/news/137507

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter