31 July 2010

Georgetown World Heritage City Day

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Alhamdulillah masih berkesempatan menulis dan masih diberi ilham untuk berkongsi. Dah lama hendak menulis artikel berkaitan ini. Tapi masih belum berkesempatan. Insyaallah perkongsian kali ini berkaitan Georgetown World Heritage City Day.

Pada 7 Julai 2009, Georgetown telah di wartakan sebagai salah satu tempat bersejarah dunia oleh Unesco.  Jadi 7 Julai lepas, saya bersama sahabat-sahabat yang lain ke Masjid Kapitan Keling sempena Georgetown World Heritage City Day kerana Masjid Kapitan Keling adalah salah satu bangunan bersejarah di Georgetown. Alhamdulillah sambutan oleh non-muslim sangat memberansangkan sehingga saya dan sahabat yang lain tidak sempat melayan semua yang hadir. Tidak seperti kebiasaan, Masjid ini selalunya di kunjungi oleh pelancong dari luar Malaysia. Sangat jarang menerima kunjungan dari penduduk tempatan. Tapi pada hari tersebut majoriti penduduk tempatan yang datang mengunjungi masjid.  Ada yang tinggal berdekatan dengan masjid tapi tidak pernah masuk ke perkarangan masjid kerana mereka beranggapan mereka tidak dibenarkan masuk.

Peluang kali ini pastinya tidak di lepaskan oleh mereka yang berminat hendak mengetahui apa sebenarnya yang ada di dalam masjid ini. Maklumlah. Kebanyakan masjid tidak membenarkan nonmuslim untuk masuk ke masjid. Ramai juga pemberita-pemberita yang datang menemurmah tentang masjid ini.  Alhamdulillah semoga ini merupakan titik baru di Pulau Pinang bagi mendedahkan Islam kepda msyarakat non-Muslim tempatan melalui lawatan ke Masjid. Kalau sebelum ini terpaksa bertutur di dalam Bahasa Inggeris, yang merupakan kelemahan saya juga, tapi untuk lawatan kali ini lebih mudah kerana boleh menerangkan kepada mereka tentang Islam melalui masjid ini dengan lebih jelas dan teratur dalam bahasa Melayu. Tapi saya tak nafikan untuk berdakwah dengan menggunakan bahasa Inggeris memerlukan keyakinan yang tinggi. Insyaallah saya masih mencuba untuk memperkasa bahasa Inggeris saya. Harap sahabat-sahabat yang lain pun sama. Kerana agak merugikan jika kita mempunyai ilmu tapi tidak dapat menyampaikan hanya kerana masalah bahasa.

Tidak dapat saya gambarkan betapa seronoknya saya pada hari tersebut. Alhamdulillah jiwa saya terisi selepas sekian lama bercuti di rumah dari dakwah nonmuslim ini. Pengalaman kali ini tidak dapat saya lupakan. Kepuasan yang saya perolehi pun lebih dari sebelum ini. Mungkin kali ini saya dapat bertemu lebih ramai mad'u tempatan jadi dapat berkongsi lebih dari yang sebelum ini dan mereka pun nampak seronok di layan oleh saya dan sahabat-sahabat. Soalan wajib yang di tanya oleh mereka yang hadir kepada saya ialah apakah bunyi yang selalu di dengar setiap hari di masjid yang dilaungkan dengan pembesar suara dan juga berkaitan dengan solat Jumaat. Ada yang tertarik dengan kolah tempat ambil wudhuk yang ada di masjid. Ada antara mereka bertanya adakah itu tempat mandi seperti kristian untuk pembaptisan. Dari situ saya memperkenalkan konsep wudhuk kepada mereka.

Ketika masuk ke masjid bagi mereka yang berpakaian agak kurang sopan, kami menyediakan mereka jubah dan tudung untuk di pakai bagi menjaga kesucian masjid. Ada yang seronok kerana dapat merasa bertudung dan mengambil peluang tersebut untuk menangkap gambar. Tapi ada juga yang merungut kepanasan kerana tidak mereka. Yang tidak dapat saya lupakan salah seorang dari mereka berkata: "Baru hari ini dapat rasa macammana seksa menjadi melayu". Tapi selepas itu, mereka di beri penjelasan oleh Ustaz Din tentang konsep hijab yang ditekankan bukan hanya dalam agama Islam tetapi juga dalam agama Yahudi dan Kristian.

Di minaret yang menjadi information center bagi masjid kapitan keling terdapat satu salasilah bermula dari Nabi Adam A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ini juga turut mengundang minat yang hadir ke situ. Tidak kurang juga yang terkejut terutama yang beragama Kristian. Saya mendengar penjelasan dari Ustaz Din tentang salasilah tersebut kepada sekumpulan pelajar yang hadir untuk mendapatkan sedikit maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka. Saya terlupa mereka dari kolej mana. Saya pasti mereka berpuas hati dengan penjelasan Ustaz Din tentang asal usul manusia bermula dari Adam dan bagaimana Islam, Kristian dan Yahudi yang mempunyai banyak persamaan.

Pada hari tersebut juga saya berpeluang melawat sebuah tokong berhampiran dengan masjid Kapitan Keling. Tetapi saya tidak tahu nama tokong tersebut. Ada juga yang memandang kehairanan apabila saya dan sahabat masuk ke tokong tersebut. Mungkin mereka terkejut menerima kunjungan dari orang Islam kot. Saya teringin untuk melihat struktur dalaman gereja pula. Harap selepas ini saya berpeluang ke sana.

Moga beroleh manfaat dari post kali ini. Masjid merupakan tempat yang paling mudah untuk menyampaikan Islam kerana kita sudah ada isi yang asas untuk dijelaskan kepada mereka. Ambillah peluang untuk mempelajari bagaimana berdakwah melalui lawatan masjid. Insyaallah di situ ada kepuasan yang hanya dapat di rasai oleh hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada insan yang dipilihNYa. Moga kita tergolong dalam golongan tersebut.(^-^)


Sebahagian gambar-gambar pada hari tersebut

Dalam pukul 8.30 pagi ada pertandingan mewarna bagi kanak-kanak di dalam masjid.



Sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna kanak-kanak.

Gambar dibawah: Memberi sedikit penerangan tentang struktur masjid dan Islam kepada pengunjung yang hadir
















Salasilah Nabi-nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad

Bahagian dalam tokong yang saya lawati:


Papan tanda kematian diletakkan di tokong supaya setiap yang hadir dan sami-sami dapat sentiasa mendoakan si mati






NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter