19 July 2012

Review: Veil Nikah

In The Name of Allah The most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum Semua…Semoga dalam rahmat dan redha Allah selalu..

Dah lama jugak nak update…Blog sendiri ni pun dah jarang-jarang jugak bukak..Huhu..Sekarang masih berada di Kelantan. Balik untuk sambut Ramadhan Kareem sama dengan Ummi dan Abah, insyaallah. Husband akan bertolak balik malam Jumaat nanti insyaallah. Long distance relationship ni sangat la tak best. Huhu.. Kadang-kadang 2 minggu sekali baru jumpa. Tu pun 2,3 hari je.. Hope husband boleh dapat kerja kat Penang nanti. Kalau sape2 yang tau any vacancy kat Penang bahagian Human Resource atau Account inform saya ye.. ^_^

For this entry I wanna share about my veil during nikah hari tu. SInce ramai yang tanya kat mana saya cari veil tu. Sebab saya bertudung labuh macam agak susah nak cari veil yang lawa dan dalam masa yang sama labuh. Kalau pakai tudung labuh, tapi veil pendek nampak macam pelik sikit. So, time nak kahwin hari tu saya berusaha jugak cari veil yang labuh dan masa tu cari dua warna, putih dan ungu. Yang saya jumpa macam tak berapa berkenan. Kalau yang pendek range harga RM40-90 dan yang veil panjang RM90 ke atas. Mahal jugak tambah-tambah time nak kahwin hari tu budget memang sangt tight. Fikir panjang jugaklah nak beli tak. Tapi cuba jugak cari kalau ada yang berkenan. Round banyak tempat di Penang dan Kelantan. Tak jumpa jugak yang labuh. Last sekali decide tak yah pakai veil la. Sebab saya pakai tudung labuh biasa yang saya sendiri jahit dan pergi hantar kedai untuk jahit tepi je tu yang ingat nak pakai veil. Takdela nampak kosong sangat memandangkan saya taknak pakai yang perhiasan kepala especially tiara sebab nampak macam sangat pelik dan memang tak suka tengok orang pakai tu. Huhu…

DSCN0311

I’m wearing my handmade veil.. Smile

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum nikah tu ada pergi Kota Bharu cari veil. Cari-cari memang takde jugak yang labuh. Then ada masuk satu kedai ni diorang ada pamer veil yang agak labuh. Tapi bila tanya dia cakap takde stok. Yang tu je tinggal untuk pameran. Sedih jugak. Bila tengok-tengok cara jahitan veil tu rasa macam tak susah kalau nak buat sendiri. masa tu barula dapat idea nak buat veil sendiri. So, mula la pergi kedai-kedai kat Kota Bharu dan Tumpat untuk cari kain net yang orang guna untuk buat veil. Cari-cari tak jumpa jugak. Serius sangat sedih. Then, give up jela.huhu…

3 hari sebelum nikah tetiba rasa macam nak pergi cari kat Bandar Kota Bharu. Saya tak biasa jalan Kota Bharu ni sebab bukan selalu pergi and saya memang orang yang sangat susah nak ingat jalan. Smile with tongue out Tapi time tu nekad jela pergi jugak sorang-sorang. Park kereta kat satu tempat then pusing-pusing around tu sorang-sorang. Saya masuk Laila Rawas Textile dan jumpa jugakla kain lace kristal warna putih macam kain net jugak tapi dia berkilat-kilat. Masa tu hepi la sangat. Punya la susah nak cari. Tapi saya nak dua warna, putih dan purple. Kat Laila Rawas Time tu takde warna purple gelap. Yang ada purple muda je. Round satu KB tetap takde kain net warna purple. Patah balik pergi Laila Rawas tadi dah ambik yang purple muda tu jugak walaupun rasa macam langsung tak masuk warnanya tapi manala tau kot-kot memerlukan.. Then bergegas ke Tesco KB pulak. Bukan nak masuk Tesco tapi nak pergi satu kedai kain kat luar Tesco tu. Ada kedai kain yang murah. Kain untuk tabir pelamin beli kat situ je. RM2 semeter. Murahkan… Kat situ nak cari anak langsir yang pendek tu sebab nak gunting bunga untuk di tampal kat kain net tu nanti. Then ternampak kain organza warna purple yang sesuai untuk baju. Pastu cari manik kecik untuk dijahit kat veil.

Balik-balik rumah terus demam sebab dah banyak hari dok berjemur tengah panas and push diri untuk setelkan semua persiapan majlis. Kami buat semua sendiri je langsung tak tempah untuk pelamin ke mak andam ke, catering ke. Jadi memang banyak kerja kena buat. Alhamdulillah hasilnya masih cantik dan puas hati.. Thumbs up

D.I.Y Veil Pengantin

Malam tu, saya search kat internet camne nak DIY veil pengantin. Dan saya jumpa la beberapa website camne nak buat. Masa tu tak yakin jugak boleh buat. Tapi pandai-pandai jela and tawakal la kalau hasilnya nanti teruk. Sape suruh buat kerja last minute..huhu…

Bahan-bahan:

1. Kain net

IMG1193

Yang saya guna ni kain net lace kristal kalau tak silap namanya. RM12.90/m. Tapi ni bidang 60 cukup kalau semeter je. Kalau nak labuh lagi boleh ambik 2m. Untuk bidang 45 kena ambik 2m baru labuh dia boleh lepas tudung labuh kita.

2. Kain lace

IMG1442

Kain lace ni potong ambik bunga dia je untuk lekat kat veil nanti. Macam saya, saya guna anak langsir organza sebab lagi murah. Kalau buat sendiri baju nikah guna lace, boleh ambik lebihan bunga kat kain tu je. Lebih jimat. Yang ni RM3.80/m. Saya beli 6 m. Sebab saya tak ambik bunga saja, saya ambik sulaman lain yang dekat kain tu sekali. Bunga besar untuk atas kepala. Yang bunga kecik saya jahit kat area veil yang lain supaya tak kosong sangat.

IMG1422

Nampak tak sulaman yang lekuk-lekuk tu? yang tu pun saya gunting untuk tampal kat veil. Nampak macam saya sulamkan kat kain net tu tapi sebenarnye saya jahit je. Kalau suka veil yang bunga berat-berat boleh beli yang jenis bunga punya. Terpulang pada kehendak individu. Saya suka yang simple je.Smile

 

3. Manik

0104

Nie gambar saya ambik kat internet je. Saya punya guna warna pink macam kat atas dan warna putih. Boleh guna manik-manik lain jugak. Kain net ni tak betul-betul lembut. Macam keras jugak. So, nak bagi betul-betul dia macam jatuh, so, elok bubuh banyak sikit manik kasi dia berat. Cuma saya hari tu tak sempat nak bubuh-bubuh mani kat tempat lain melainkan kat hujung kain net je.

Cara-cara:

1. Design jenis veil yang di ingini. Ada dua jenis veil iaitu jenis D dan oval.

 

1

Yang kiri tu bentuk oval dan yang kanan bentuk D. (pic kredit to: B.T.B.E )

 

2. Potong kain net ikut bentuk yang anda nak. Macam saya, saya pilih D tapi alter sikit kat tepi macam kat bawah ni:

half-oval

Saya pilih bentuk D..Smile (pic kredit to: non-cinderella Story)

 

IMG1450

Saya tak suka kalau depan tu (2) petak je jadi saya lekukkan sikit. Yang ada 3 bunga besar kat atas tu akan duduk kat bahagian atas kepala. Takdela ok sangat potongan dia. Saya bukan tukang jahit pun. So, dimaafkan.Smile with tongue out

 

3. Then saya jahit potongan sulaman lace yang berombak-ombak kat sekeliling kain net. Dah sudah saya jahit manik pulak. Jahit jelujur je sekeliling kain net. 

IMG1422

Serius sangat penant sebab veil yang labuh and besarkan. Memang bertukar-tukar tangan jugak buat ni. Saya buat mula-mula bila penat pass kat sepupu then pass kat adik. Bila rasa tak sempat kami buat sama-sama. Saya jahit manik dan dalam masa yang sama adik saya jahit sulaman bunga.huhu…

 

IMG1453

Nak jahit bunga ni kat kain net guna jahitan jelujur je. Cuma untuk bahagian atas tu cucuk kecik je supaya tak nampak sangat benangnya. Serius tak susah pun tapi remeh..huhu… Kalau orang temgok memang ingat kain net tu disulam la. Padahal jahit jelujur je..Even orang yang tak reti menjahit macam saya pun boleh buat. Yang penting kemas…Smile with tongue out

IMG1455

Nie bahagian kepala. kalau suka yang crowded manik atau bunga kat atas kepala boleh guna bunga then jahit banyak-banyak manik kat situ. Untuk saya cukuplah macam ni je. Sebab kain net dia sendiri pun dah berkilat-kilat. Pada saya dah lawa dah, Keep simple!Smile

 

DSCN0436

Time ni husband tengah kenalkan saya dekat saudara-saudara dia. Tengok panjang veil tu melebihi tudung labuh yang saya pakaikan. Kat rumah saya berangin-angin sikit. Veil tu pun dah ditiup angin. Patut bubuh banyak manik sikit supaya berat. Kalau rasa nak lebih panjang boleh beli lebih lagi panjang kain net tu.

 

Saya guna veil yang sama untuk nikah dan walimah sebab kain organza yang saya beli untuk buat veil walimah tak sempat disiapkan..huhu…Tengok warna dia macam matching je so pakai jela..hehe..Smile with tongue out

IMG1446

IMG1447

IMG1448

See…Tak nampak pun jahitan tampal. macam dah disulam kat situ jekan…Smile Bunga ni potong dari kain lace yang lebihan baju walimah saya. Tapi sayangnya tak sempat nak siapkan. Kain organza ni ringan so nanti macam terbang-terbang. Kalai nak guna kain ni kena jahit banyak manik dan bunga untuk bagi berat. Tak sempat nak siapkan. Tu pun pukul 11.30 pagi hari akad nikah baru siap veil nikah. Akad nikah pukul 3ptg. Boleh bayangkan tak camne kalutnya. HUhu..

 

That’s all. Hope it helps for those B2B yang plan nak DIY veil pengantin sendiri. Kalau nak beli banyak je kot yang jual online. Yang saya tengok hari tu takde warna yang saya nak dan berkenan. Yang berkenan, out of stock pulan atau pendek. Last sekali buat sendiri je.

Moral of the story, jangan buat kerja last minute, ok! Winking smile

 

With Love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter