25 July 2012

“Demam” Kitab

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua…. Semoga dalam rahmat Allah selalu. Semoga diberkati dan diterima segala amalan kita di bulan Ramadan yang mulia ini. Ameen…

Alhamdulillah elaun USM dan KPT dan berjalan seperti biasa. Boleh tarik nafas lega sekejap. Kena fokus betul-betul pasal Ph.D pulak lepas ni. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Sebelum memang dah pernah memasang impian nak beli kitab-kitab agama macam kitab tafsir, hadis, aqidah, fiqh dan sebagainya. Tapo sedia maklum harga untuk semua kitab ni memang mahal. Tapi berbaloi sebagai pelaburan saham akhirat insyaallah. Nak beli semua sekaligus memang tak mampu la kan.. Jadi beli sikit-sikit… Hope nanti boleh lengkapkan collection kitab yang berguna dirumah. Semoga boleh jadi rujukan dalam kehidupan seharian dan bukan hanya disimpan buat pameran. huhu…

Saya punya impian setelah berkeluarga, jika berkesempatan setiap waktu solat atau paling minima satu waktu solat diperuntukkan untuk mendalami ilmu agama. Baca Al-Quran sama-sama paling kurang satu page, then ambil mana-mana kitab dan saling baca sama-sama untuk lebih mendalami kandungan Al-Quran tersebut. Setiap hari kitab-kitab berbeza digunakan. Semoga madrasah usrati ini dapat membentuk keluarga yang taat pada agama, yang memahami agama yang dianutinya, yang mempraktikkan segala suruhan agamanya dan menyumbang kepada agamanya. Sekarang ni saya dan husband masih PJJ macam agak kesuntukan untuk merancang semua ni. Insyaallah cuba memanfaatkan waktu pertemuan kami yang singkat. Semoga Allah mengikat hati saya dan husband dengan ikatanNYA. Ameen…

 

Red roseMY WISHLISTRed rose

1. Shahih Tafsir Ibnu Katsir (RM 500 ++)

 

2. Tafsir Al-Azhar (RM1k ++)

 

3. Kitab Hadis Riyadhussalihin (RM400 ++)

4. Kitab Hadis Shahih Al-Bukhari (RM500 ++)

image

 

5. Kitab Hadis Shahih Muslim (RM400 ++)

image

 

Semua yang kat atas ni harapnye dapat kumpul nanti dan digunakan sebagai rujukan. Ada banyak lagi kitab yang teringin nak beli. Tapi yang kat atas ni, insyaallah akan cuba dapatkan satu set. Total dalam RM3k..Tak tahulah berapa tahun baru boleh dapatkan semua ni. Kalau boleh berhabis untuk harta dunia apa salahnya berhabis untuk harta akhirat juga. Tak rugi melabur untuk ilmukan.. Semoga Allah permudahkan. Ameen….

 

Saya browse beberapa website yang jual kitab-kitab agama. Banyak jugak sebenarnya. Tapi setiap website menawarkan harga yang berbeza dan juga pilihan kitab yang pelbagai. Antara banyak-banyak website, ada dua website yang saya rasa agak mudah dan menarik hati saya.

SunnatulHuda Enterprise

Pilihan kitab takdela banyak sangat. Tapi basic kita yang saya nak macam kitab tafsir dan hadis ada jual kat sini. Dan pada pengamatan saya, harga yang ditawarkan agak rendah. Cuma barangnya selalu out of stock. Kena grab cepat atau boleh tempahan.

Atsar Enterprise

Website ni agak banyak pilihan kitab. Memang rambang mata juga. Tak tahu nak beli yang mana dulu. Kalau ikutkan semua nak. Dari segi harga, mahal sedikit berbanding harga yang ditawarkan di Sunnatulhuda. Tapi insyaallah stok sentiasa ada.

 

That’s all… Jom teruskan tradisi ilmu… School

 

With Love,Red heart

NUR

1 comments:

Bayar Ansur

salam puan....kalau nak kitab dengan cara bayaran ansur buleh layari blog saya bayaransur.blogspot.com. buleh bayar sampai 3 kali ansur...janji baca....wassalam. iqbal 017 8830200

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter