28 January 2012

Menyuluh Keraguan Dengan Istikharah-Part 1

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Setiap hari kita mesti akan tercegat dengan persoalan:

“Mana satukah yang perlu dipilih…”

“Apakah aku perlu lakukan yang ini atau yang itu?”

“Apakah aku perlu pilih yang ini atau yang itu, apakah aku perlu tinggalkan yang ini atau yang itu”

dan entah berapa banyak lagi persoalan ‘apakah’ yang kita hadapi.

Tidak sedikit dikalangan kita,disebabkan tersilap membuat keputusan, ia membawa kepada perubahan, kecelaruan sikap dan ketrampilan. Sering menyesali dengan kalimah ‘kalau’ itu dan ‘kalau’ ini.

Justeru apakah solusinya?


MENYULUH KERAGUAN DENGAN ISTIKHARAH

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

 

image-26

Ertinya:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Istikharah dilaksanakan dalam setiap urusan yang tidak kita ketahui buruk baiknya dalam kehidupan kita dan tidak terikat dalam pemilihan jodoh sahaja. Boleh juga dilaksanakan ketika membuat pilihan dalam pemilihan tempat belajar atau bekerja, hendak bermusafir atau tidak, hendak membeli rumah atau tidak dan sebagainya.


BOLEHKAH MEMINTA PANDANGAN SELEPAS BERISTIKHARAH?

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

image-26-2


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Di dalam ayat ini, Allah menghimpunkan dua unsur penting yang perlu di perhatikan oleh setiap orang yang beriman. Di mana Allah mengarahkan kita berusaha dengan mengambil kebaikan dalam bermesyuarat, dan seterusnya Allah menyuruh kita bertawakal dengan sebenar-benar tawakkal.

Unsur ini amat jelas diajarkan oleh Nabi saw kepada para sahabat seperti yang diriwayatkan kepada Anas bin Malik R.A, apabila datang kepada Nambi saw seorang lelaki lalu bertanya, apakah aku perlu mengikat tungganganku atau aku membiarkannya sahaja? Kemudian bertawakkal kepada Allah? Lalu Nabi saw menjawb:

“Ikat/tambatlah ia (tunggangan kamu itu) dan bertawakkallah (kepada Allah).”


ISTIKHARAH DAN MIMPI

Pada saya istikharah dan mimpi ini adalah suatu mitos. Di sampaikan dari satu mulut ke mulut dengan asas yang kukuh. Bukan sekali saya di tanya ketika membuat pilihan dengan soalan: “Kak mimpi dia eh masa istikharah?”. Menggeleng saya dibuatnya. Ramai dikalangan umat Islam yang beranggapan mesti dituruti dengan mimpi sebagai jawapan kepada yang dipinta di dalam doa. Sehinggakan sebahagian orang berlebih-lebihan dengan menganggap sesiapa yang melakukan istikharah, tetapi tidak mendapat sebarang petunjuk, ia menunjukkan istikharah tidak diterima dan tidak sah.

Pandangan ini sama sekali tiada asasnya dalam agama. Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

Tidak disyaratkan orang melakukan istikharah akan melihat (di dalam mimpi) sesuatu yang menunjukkan kepadanya perkara yang lebih utama untuk dia lakukan. Sebaliknya memadai apabila sesuatu urusan itu menjadi mudah kepadanya selepas dia melakukan istikharah,maka hendaklah dia ketahui, itulah perkara yang baik untuknya, jika benar dia ikhlas, kerana di dalam doa istikharah ada ungkapan:  “Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku.”


KESIMPULAN

Setiap kebaikan buat kita tidak semestinya apa yang kita sukai. Kesudahan yang baik dalam sesuatu perkara sebenarnya sukar dikenal pasti. Barangkali sesuatu yang kita sukai, sebenarnya adalah keburukan buat kita. Demikian juga barangkali suatu perkara yang kita benci dan tidak suka, rupanya dia adalah kebaikan untuk kita. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

“Barangkali sesuatu yang kamu tidak suka itu, ia baik bagi kamu, dan barangkali juga sesuatu yang kamu suka itu, ia buruk untuk kamu, dan Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. “

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:

Maksudnya: “Dari pengajarn yang boleh diambil dari ayat ini, ia menuntut seorang hamba menyerahkan kepada (zat yang maha mengetahu) akibat setiap perkara, redha dengan apa yang telah Dia (Allah) pilihkan untuknya dan apa yang telah Dia tentukan untuknya, dengan mengharapkan dalam perkara (yang ditentukan untuknya itu) ada kesudahan yang baik. Termasuklah, dia tidak perlu mencadangkan dan memilih kepada Tuhannya dan meminta sesuatu tang tidak ada pengetahuan tentang (akibat) perkara tersebut. Barangkali kemudharatan dan kebinasaannya ada pada perkara tersebut, sedangkan dia tidak mengetahui, maka jangan dia pilih untuk Tuhannya sesuatupun, sebaliknya hendaklah dia memohon kepada Tuhannya kebaikan pemilihan (daru Tuhannya) untuknya, dan dia redha dengan apa yang dipilih Tuhannya, maka tidak ada yang lebih manfaat untuknya yang demikian itu.”

Sebahagian orang ada yang mengeluh”

“Aku dah beristikharah, tetapi…”

Wahai diri ini dan orang yang telah beristikharah..janganlah kita lupa sesungguhnya taufiq Allah amat luas, dan anugerahnya teramat agung. Sedrlah kita tidak mampu mengetahui hakikat setiap perkara. Entah berapa banyak perkara yang disangkakan buruk berdasarkan zahirnya, akan tetapi hakikatnya perkara itu baik untuk kita.

Barangkali seseorang telah beristikharah untuk melakukan satu perniagaan, kemudian dia mengalami kerugian, kemudian dia mengalami kerugian. Lalu dia merasa hairan dan menyangka istikharahnya tidak diberikan taufiq oleh Allah. Sedang dia tidak sedar di dalam hartanya ada sesuatu yang haram, lalu Allah menghilangkan yang haram itu disebabkan istikharahnya, untuk menyelamatkan dia di akhirat.

Barangkali juga seseorang melakukan istikharah dalam urusan perkahwinan. Kemudian selepas segala persiapan dilaksanakan dan jemputan telah diedarkan dia dapati perkahwinan itu membawa kepada terbatalnya majlis tersebut. Lalu dia merasa hairan dan rugi dengan istikharah yang dilakukan. Sedangkan dia tidak tahu, jika dia berterusan dengan pasangannya, dia akan terjebak ke dalam lembah maksiat yang lebih besar, lalu Allah menyelamatkan dia dari maksiat tersebut dengan kelebihan dan rahmat Allah disebabkan istikharahnya.

Wahai saudaraku sekalian, sungguh rahmat Allah itu luas. Bersangka baiklah pada Allah dan bertawakkallah dengan tawakkal yang sebenar selepas kalian berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dia pasti tidak akan pernah mengecewakan hambaNYA. Mana mungkin Dia akan menyakiti kita sedangkan kasih sayangNYA buat hambaNYA tidak berbelah bagi dan tidak pernah pudar seperti pudarnya cinta sesama manusia. Kembalilah kepada Dia dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup.

Rujukan utama:

final_cover_isitkharah

(KLIK PADA GAMBAR)

With Love,Red heart

NUR

25 January 2012

Farewell Vacation – Part 2

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Hari Kedua di Pulau Jerejak

Pagi tu seusai solat subuh terus saya dan sahabat saya Siti turun ke kolam renang yang terdapat di resort tu. Hajatnya nak mandi tapi tengok ada pekerja lelaki berhampiran restaurant tu. Jadi, batalkan jela niat nak mandi. Just rendam kaki dalam air jela.

IMG478

Gelap lagi time kami sampai kat kolam ni. Tapi pekerja dah sibuk menyiapkan sarapan dekat restoran.

IMG479

Bulan pun nampak lagi time ni..(Tak jelas la siti gambar bulan ni. Huhu)

Kat Malaysia ni takde ke resort yang khas untuk perempuan je? Start dari receptionist sampai la kepada orang atasan tu semua perempuan. Ada tak ek? Sekarang nikan perempuan serba boleh. Ramai perempuan yang berkerjaya seperti technician, engineer, manager, businesswoman and yang jadi safety guard pun adakan. Bukan nak menafikan keperluan lelaki. Kalau sekali-sekala tu memerlukan khidmat lelaki untuk kerja-kerja berat boleh panggil mereka secara berkala. Ingat masa kat sekolah dulu ustazah cerita kat Mesir ada universiti yang semuanya perempuan, Dari tenaga pengajar, administration sehinggalah kepada pekerja-pekerja semua perempuan. Baru la mudah sikit untuk kami yang perempuan ni nak buat aktiviti. Kalau ada lelaki nak main pun tak best. Takut nanti terselak sana-sini, terbukak aurat pulak ke dan terbuat aksi yang tak sepatutnya nanti menarik perhatian lelaki pulak.Hmm…Jom bukak resort sendiri. Hehe…

Lepas dah puas borak-borak ngan Siti kat kolam tu kami ke tepi laut pulak. Subhanallah…View sangat lawa. Tenang je rasa.

IMG480

IMG482

IMG483

IMG484

Tetiba seorang lagi sahabat saya, Ain datang. Rasa sebak pula masa tu. Bila pandang ke kiri dan ke kanan. Dua orang sahabat saya ni bakal meninggalkan saya. Persabatan yang terjalin dalam tempoh 4 tahun lebih bersama mereka sangat-sangat saya hargai. Tiada rahsia antara saya dan mereka. Insan yang cukup membuatkan hati saya tersentuh dengan kehadiran mereka dalam hati saya. Entah bila kita dapat berkumpul macam ni lagi ye Siti dan Ain…..Crying face

IMG486

Breakfast time..Nyum..Nyum…Winking smile

Lepas breakfast kami rehat kejap dan bersiap untuk check out. Feri pukul 12.30 pm.

IMG500

Feri yang kami naiki untuk pulang…Selamat Tinggal Pulau Jerejak…Memory locked!


Buat sahabatku Siti,

Terima kasih sebab ada dengan Kina selama ni. Tak sangka pertemuan kita di M04 akhirnya menjadikan kita roommate selama 3 tahun. Masa yang lama untuk kita saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Terima kasih atas segala nasihat dan bantuan yang dihulurkan buat Kina selama ni ye. Terima kasih sebab selalu menadah telinga dan melayan kerenah kina yang memang susah nak diuruskan ni..huhu...Sungguh..Kina sangat-sangat hargai semuanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan Siti kalau tak di dunia di akhirat nanti. Semoga Siti sentiasa tabah ye..Semoga Allah pertemukan bakal imam yang baik untuk menjaga Siti lepas ni. Kina betul-betul doakan moga Allah memberikan yang terbaik buat Siti. Mungkin apa yang kita mahukan tu kita tak dapat and seems like nothings work, just remember that Allah wants to give something that you need not something that you want. And He always know what’s the best for us. Semoga berjaya jugak dalam menamatkan pengajian dalam phd ye…Red rose


Buat sahabatku Ain,

Alhamdulillah dah 4 tahun lebih ko ada dengan aku kat USM ni. Sorry aku dah lupa camne aku jumpa ko dulu..huhu..Yang aku tahu, ko sahabat aku dunia akhirat. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu temankan aku. Terima kasih atas nasihat dan teguran. Terima kasih sebab jadi pendengar yang setia dan menenangkan aku di kala aku macam tak betul sikit..huhu..Semoga Allah berikan yang terbaik tau buat ko. Sentiasa tabah tau walau apa jua keputusan yang bakal ko terima. Insyaallah, di atas setiap perkara yang berlaku ada ibrahNYA. Sedih sangat ko dah takde kat sini for coming next semester. Takde orang dah yang boleh aku mintak temankan selalu. Sad smile

Jaga diri baik-baik. Sabarlah dengan apa jua ujian yang mendatang dalam hidup kita. And anyways, semoga berbahagia okey! Sorry sangat-sangat tak dapat nak pergi walaupun teringin sangat nak pergi. Tak sempat nak bawak ko pergi masjid kapitan keling for the last time. Takpe..Nanti Penang ni jadi kampung ko jugakkan..hehe..Red rose


Buat sahabatku Farha,

Insyaallah Farha akan ada kat sini lagikan sampai tahun depan. Walaupun dah lama kenal Farha, tapi rasanya kita baru start rapat masa Kina sambung masterkan..Terima kasih ye atas segala nasihat dan tegurn serta pandangan. Farha banyak mengajar kina tentang erti sebuah kehidupan secara tidak langsung. Terima kasih jugak selalu teman kina. Nanti tinggal kita dua orang jela kat sini. Takpe, nanti kita dating sama-sama bila ada masa ye…Red rose


'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

 

Walau di mana kalian berada, walau di mana bumi yang kalian pijak, ingatlah kita punya Islam sebagai pegangan dan kita punya tanggungjawab untuk menyampaikan Islam.

DSCN2945

Red heartPulau Jerejak~17&18 Jan 2012Red heart

 

p/s: Jangan lupa ye nanti bila semua dah berkeluarga kita akan berkumpul lagi macam ni ye…Insyaallah….

With love,Red heart

NUR

22 January 2012

Farewell Vacation- Part 1

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

         Alhamdulillah pada 17&18 Jan lepas saya bersama 3 orang sahabat saya telah ke Pulau Jerejak untuk farewell vacation. Sebab semester ni sahabat saya sejak dari first year  degree, which is Ain bakal menamatkan pengajian. Entah bila akan jumpa dia lagi. Dan jugak ex-roommate saya, Siti yang datang ke Penang untuk melawat saya. Siti baru je habiskan Master di UKM.  Seorang lagi sahabat saya Farha yang sekarang ni sedang sambung Master di USM. So, memandangkan kami berempat dah berkumpul dan kebetulan pulak masa tu dekat Groupon.com ada offer 2 days 1 night di Pulau Jerejak just RM120 for 2 person. The package include ferry,room and breakfast. Lepas berbincang kami decide nak pergi sana. We purchased 2 voucher. Al-maklumlah bila dah habis belajar ni masing-masing semua ada hala tuju masing-masing. Dah tak dapat nak berkumpul macam dulu-dulu lagi. So, we grab this chance to create a beautiful memories that will remains forever in our hearts even though we may not see each other anymore after this.  Sad smile

       Kami sampai kat jetty dalam pukul 12 camtu. Terpaksa tunggu sampai pukul 1 sebab ferry pukul 11.30 dah berlepas. Sempatlah capture few pictures kat sini sementara tunggu feri.

DSCN2938

DSCN2977

DSCN2971

DSCN2980

DSCN2982

~Off to Pulau Jerejak~

       Sampai je kat sana ada kereta yang fetch kami dan bawak ke tempat receptionist hotel. Yang lawaknya kereta tu adalah kereta kancil yang dah di modify pun.

IMG456IMG455

Kreatifkan..huhu

DSCN3032

IMG499

        Lepas dah uruskan pendaftaran semua kami pun check in hotel dulu untuk rehat dan solat. First impression memang OK la bilik tu. Bilik air pun besar jugak. Mula-mula masuk macam happy jugaklah. Sebab everything dia dah provide. Sejadah, peti sejuk, iron, heater dan others stuff yang biasa ada kat hotel. Tak payah nak call room service dah. Tapi bilik dia macam berbau sikit. Macam bilik yang selalu ditinggalkan dan bilik air dia pulak sistem kumbahan dia tak berapa baik. Bertakung dan berbau. Nasib baik kitaorang purchased 2 voucher so mandi kat bilik lagi satu je. Bilik lagi satu ok je.

IMG485IMG491IMG493

The entrance..Our room is at Belantara Block.

IMG437

This is my room. Tak clear sangat sebab tangkap guna hp je..

IMG439IMG435DSCN3005DSCN3004

Bilik air dia sangat besar…

IMG448

Terkejut masa selak langsir sebab jumpa tanda amaran ni.huhu…Al-maklumlah kawasan ni macam dalam hutan sikit. Jadi kena berhati-hati sikit.

DSCN3041DSCN3042DSCN3054IMG459IMG460IMG466

IMG488IMG480

 

For those yang interested nak buat aktiviti kat sana pun boleh. Saya pernah ke sana bersama pimpinan IPSI induk dan jugak sahabat kelas perbandingan agama untuk Youth Camp. Pagi tu kami ada seminar dan selepas tu main game. That’s the first time saya buat aktiviti flying fox. Seronok sangat. Really enjoy this game.

IMG495

IMG496

Ini antara aktiviti yang diorang provide kat Pulau Jerejak. At first kitaorang nak join jugak buat aktiviti ni, Tapi out of budget. So next time jela..

For details boleh check website diorang.

http://www.jerejakresort.com/

 

To be continued….

p/s: Kali ni entry bergambar je..Laughing out loud

With Love, Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter