25 March 2014

Visi Ummatik

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, hari ini genap 1 tahun 10 bulan perkahwinan saya suami. Terasa semakin bahagia dari sehari ke sehari. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang cukup bernilai buat saya. Semakin hari terasa semakin cerah visi dan matlamat untuk menggapai redha Allah melalui perkahwinan ini.

Hampir 8 tahun yang lepas pada tahun 2006, saya sudah melangkah ke Matrikulasi, selangkah lagi untuk ke menara gading. Alhamdulillah, masih mampu kukuh dan utuh mempertahankan diri saya semampunya sebagai seorang Muslimah walaupun ketika itu sudah jauh dari keluarga. Fasa yang baru ini buat saya, merupakan titik tolak satu perubahan yang besar buat saya. Sebelum ini sebagai pelajar, perkara yang paling saya mahukan adalah berjaya di dalam SPM dan akhirnya melangkahkan kaki ke universiti. Seterusnya saya mahu mengejar cita-cita saya yang ketika itu ingin menjadi ahli astronomi. Saya mencari-cari ketika itu, adakah sebagai seorang Muslim, hidupnya semata-mata untuk itu?

Akhirnya Allah temukan saya dengan seorang sahabat yang menyedarkan saya akan peranan penting sebagai seorang Muslim iaitu berdakwah. Menjadi Muslim bukan semata-mata untuk menjaga dirinya dan keluarganya sahaja untuk ke syurga, tetapi turut sama mngajak orang lain kembali kepada Allah. Di situlah permulaan saya mengenai dakwah. Di Matrikulasi saya tidaklah seaktif mana untuk terlibat dalam organisasi untuk tujuan ini, tapi Alhamdulillah, dengan karakter juga saya mampu mengislahkan mereka. Mencuba yang terbaik sekadar dalam lingkungan batasan kemampuan saya ketika itu.

2007, saya diterima untuk menyambung ijazah di USM dalam bidang fizik perubatan. Bidang yang saya sebenarnya tidak pernah terfikir untuk mempelajarinya. Saya target selepas matrikulasi untuk ambil jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa memandangkan jurusan astronomi tidaklah begitu praktikal di malaysia atas nasihat kaunselor ketika itu. Saya mula menyusun langkah ketika di USM dan mula terlibat secara rasmi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti dakwah di kampus. Saya mula terlibat dengan Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) dan dalam masa yang sama mula mengikuti Kelas Perbandingan Agama (KPA) anjuran IPSI. DI tahun 2 ijazah, saya diberi amanah dalam 3 persatuan iaitu Persatuan Fizik, Kelab Perbandingan Agama (IPSI) dan Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ). Ketiga-tiga proksi ini mempunyai fokus yang berbeza buat saya tapi cara pandangnya pada saya tetap pada matlamat yang satu iaitu untuk Islam terus subur.

Saya tidaklah ingin menceritak segala yang saya pernah ceburi tetapi sekadar cebisan dari situ, ia menyedarkan saya akan satu visi, iaitu visi ummatik. Ayat ini sentiasa disebut-sebut apabila saya terlibat secara langsung didalam badan-badan organisasi secara rasmi. Dalam pada itu, saya mula juga melihat senior-senior yang dulunya sungguh lantang bersuara dan aktif di dalam gerak kerja tetapi akhirnya ‘gugur’ apabila telah bergraduasi dan berkahwin. Sungguh saya takut perkara ini akhirnya menimpa saya jua. Setelah Allah pilih saya untuk berada di jalan ini, saya mengharapkan Dia tetap memperteguhkan saya untuk terus berada di jalan ini walaupun sudah bergraduasi, bekerja dan berkahwin.

        

969900_10203126632223774_1605070700_n

   

Alhamdulillah saya sudah habis membaca buku ini. Buku yang sangat baik untuk dijadikan bahan bacaan serta dorongan untuk meneruskan visi ummatik ini melalui pembentukan keluarga. Saya kembali mengimbau kenangan didikan umi dan abah semasa masih kecil. Sungguh tegas di dalam bab persoalan agama anak-anak. Bukan hanya tahu mnyuruh tetapi turut memantau. Saya masih ingat juga ketika di sekolah rendah, kami sekeluarga akan ke rumah sahabat abah berama-ramai berkumpul untuk sesi tarbiah. Walaupun masih kecil, tetapi tetap pengisian itu bersesuaian dengan umur kami. Sudah mula berukhwah dengan makan di dalam talam beramai-ramai. Walaupun kenangan itu semakin lama semakin pudar memorinya, tetapi perasaan indah itu masih terasa. Didikan awal dalam sebuah keluarga sangat penting bagi menghasilkan generasi yang berkualiti bukan hanya banyak kuantitinya.

Visi ummatik yang diterapkan dalam keluarga Ahmad Ammar mampu menjadikan beliau insan yang outstanding bukan hanya dunia tetapi perihal akhirat jua. Inilah juga cita-cita saya apabila sudah berkahwin. Sepanjang tempoh pertunangan saya dan suami sebelum ini, saya cuba memahamkan beliau akan visi dan misi saya apabila berkahwin kelak. Apa cita-cita dan perancangan saya. Pada saya perkahwinan bukan sekadar untuk berseronok tetapi ada misi yang besar dan penting di sebaliknya. Saya mahu suami saya turut mendokong visi dan misi saya yang ini. Saya mahu terus berada di jalanNya walaupun sudah bergelar isteri dan ibu kelak.

Untuk merealisasikan visi ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pastinya ia menuntut pengorbanan yang besar. Bermula dari kami suami isteri dan semoga mampu diteruskan pula oleh zuriat kami kelak. Semoga Allah memudahkan langkah kami untuk mencapai visi ini.

   

image

    

Pesanan buat sahabat dan adik-adik muslimah sekalian, walaupun yang mengetuai keluarga itu adalah suami, tetapi anak-anak itu bakal lahir dari rahimmu. Persiapkan dirimu sebaiknya sebelum melangkah untuk membina baitul muslim.

“Muslimah yang hebat dan bagus itu, bukanlah yang banyak masanya di rumah dan kurang masanya di luar atau yang banyak masanya di luar dan kurang masanya di rumah. Tetapi Muslimah yang hebat itu adalah yang mampu mengimbangi antara keduanya.”

  

With Love,Red heart

NUR

1 comments:

Si GadisSemasa

setiap kali baca buku tentang ahmad ammar ni , setiap kali tu juga menitis air mata . indah sangat perjuangan family arwah :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter