12 December 2013

Bersederhanalah

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

   

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus memberikan perkongsian di alam maya nie. Few months had passed  since I wrote the last entry. Fuhhh….. Draft banyak je tapi nak siapkan dan sempurnakan sesuatu entry sangatlah mencabar. Terima kasih buat yang masih sudi menyinggah ke teratak maya saya.

Tahun baru Hijrah sudah menjengah ke bulan Safar, Tahun masihi 2013 pula bakal meninggalkan kita beberapa minggu lagi. Banyak sangat perkara yang berlaku beberapa bulan ni yang membuatkan saya berkali-kali rebah dan berkali-kali bangkit untuk meneruskan perjalanan. Atas keyakinan, Allah akan memberi kepada hambaNya yang mengharap dan meminta kepadaNya. Semoga masih terus-terusan diberikan kudrat oleh Allah. Okey, enough the touching session,huhu…

Hari nie nak kongsi berkaitan kesederhanaan yang ditekankan di dalam kehidupan tak kiralah dari aspek apa pun. Pernah dengar kuliah Mufti Menk, tak pasti tajuk apa tentang kisah Salman Al-Farisi dan Abu Darda’ dalam ibadah. Setiap dari kita punya hak masing-masing. Jangan terlalu kurang, jangan terlalu lebih, tapi ambillah pertengahannya. itu lebih baik.

----------------------------------------------------------------------

A Lesson in Rights, Salman Al-Farisi Teaches Abu Ad-Darda’

Narrated Abu Juhaifa (raa): The Prophet (saws) made a bond of brotherhood between Salman Al-Farisi (raa) and Abu Ad-Darda (raa)’. Salman (raa) paid a visit to Abu Ad-Darda’ (raa) and found Um Ad-Darda’ (raa) dressed in shabby clothes and asked her why she was in that state. She replied, "Your brother Abu Ad-Darda’ (raa) is not interested in (the luxuries of) this world."

In the meantime Abu Ad-Darda’ (raa) came and prepared a meal for Salman (raa). Salman (raa) requested Abu Ad-Darda’ (raa) to eat (with him), but Abu Ad-Darda’ (raa) said, "I am fasting." Salman (raa) said, "I am not going to eat unless you eat".

So, Abu Ad-Darda’ (raa) ate (with Salman). When it was night and (a part of the night passed), Abu Ad-Darda’ (raa) got up (to offer the night prayer), but Salman (raa) told him to sleep and Abu Ad-Darda’ (raa) slept.

After sometime Abu Ad-Darda’ (raa) again got up but Salman (raa) told him to sleep. When it was the last hours of the night, Salman (raa) told him to get up then, and both of them offered the prayer.

Salman (raa) told Abu Ad-Darda’ (raa), "Your Lord has a right on you, your soul has a right on you, and your family has a right on you; so you should give the rights of all those who has a right on you."

Abu Ad-Darda’(raa) came to the Prophet (saws) and narrated the whole story. The Prophet (saws) said, "Salman (raa) has spoken the truth."

Fasting – Sahih Bukhari: Volume 3, Book 31, Number 189

------------------------------------------------------------------------------

Dari Abdullah bin Walid berkata, aku mendengar Abdurrahman bin Hurairah menceritakan dari ayahnya dari Ibnu Mas’ud bahwa ketika sedang duduk bermajelis beliau berpesan,

“ Sesungguhnya kalian berada di tengah perjalanan malam dan siang, dalam umur yang terus berkurang, dan dalam berbagai amal yang selalu dijaga. Sedangkan kematian senantiasa datang dengan tiba-tiba. Barangsiapa yang menanam kebaikan, niscaya dia akan memetik kebahagiaan, dan barangsiapa yang menanam kejelekan niscaya dia akan menuai penyesalan. Setiap orang yang menanam akan mendapatkan sesuai apa yang dia tanam. Orang yang berlambat-lambat,tidak akan bersegera bagiannya, dan yang rakus tidak mampu mendapatkan apa yang belum ditetapkan baginya. Barangsiapa yang dikarunia kebaikan maka Allah lah yang memberinya, dan barangsiapa yang dijaga dari kejelekan maka Allah lah yang menjaganya.”

(Petikan dari Ensiklopedia Hikmah- Abdullah bin Mas’ud) 

Setiap kita akan dihitung amalannya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung dan berhasil mendapat bahagian amalan kebaikan  di akhirat kelak. Kita hanyalah musafir yang berkelanan di bumi Allah yang tiba masanya bakal meninggalkan bumi yang sementara untuk ke dunia yang kekal abadi.

Muhammad bin Hanafiyah berkata, “Sesungguhnya Allah menjadikan syurga harga bagi jiwa-jiwa kalian, maka janganlah kalian menjual jiwa kalian untuk  selain syurga.”

Jum’ah Mubarak! Smile

  

       dunia ku

   

p/s: Tajuk dan isi entry langsung tak berkait…huhu.. ape pun, semoga bermanfaat.. Winking smile   

    

With Love,Red heart

NUR

25 August 2013

Jangan beli kereta!

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Apa khabar sahabat pembaca sekalian. Terima kasih sudi menyinggah ke teratak yang penuh kelemahan dan kekurangan ini. Semoga ada ibrah yang dapat dikutip dari lawatan sahabat sekalian… Red heart

Currently I’m at Kelantan for research. Still got a lot of labwork to do and honestly its quite hectic week for me. But ya, I know there is no gain without pain, right? Keep it up, Sakinah! You can do it! huhu…Rainbow

Jangan beli kereta!

Tetiba pulak cakap pasal kereta kan… Lately duit banyak habis dekat kereta. Meter kereta pun dah menunjukkan kena pergi servis dan tayar pulak dah menunjukkan tanda minta dibelikan ‘baju’ baru. Quite frustrating actually because I’m quite broke now.So, I have to delay all those ‘treatment’ for my car.

#Wishihavealotofmoney.Ameen.

I’m not someone expert pasal kereta ni. But just an opinion after a year guna kereta. And this advice is for the sisters as I know brothers already an expert in this area.

Selalunya bila plan untuk beli kereta, of course akan buat pinjaman dengan bank unless those yang ada a lot of cash boleh beli cash la. Otherwise, memang akan buat pinjaman dan terikat maybe for 9 years. Sekarang dah kurangkan ke 7 years kot. Maknanya every month ada monthly commitment untuk bayar pinjaman kereta tersebut. Let’s say, RM560 per month. Selepas kira dengan gaji tiap-tiap bulan yang dapat, cukuplah untuk bayar kereta tersebut. Then, kita pun terus beli kereta with a thought, every month we just need to spend RM560 on the car.

But, did you realise there are still many-many-many things you need to know before you buy any car?

  

#1 FUEL

fuellingDIY-improving-fuel-economy-and-gas-mileage

  

Kita semua tahukan untuk pastikan kereta terus bergerak, kita perlu feed them with a petrol. We have two type 95 and 97. Basically perbezaan kedua-dua ni adalah dari segi proses dan kualiti. Dari segi harga perbezaannya dekat RM1 jugak per litre. In terms of quality of course 97 is better.

Knowing this, kita perlu kira bajet berapa jumlah petrol yang kita akan guna per month. Kalau kerja, kena consider berapa jarak dari rumah ke tempat kerja dan berapa liter petrol yang kita guna untuk ulang alik ke tempat kerja. Plus, anggaran kegunaan bulanan ke tempat-tempat keperluan yang lain contohnya shopping, jalan-jalan, balik kampung dan etc.

Lets say, RM200 for petrol. So, total for now is: RM560 + RM200 = RM760.

 

#2 Service + Maintenance

Bila dah guna kereta, jangan lupa pulak yang kita perlu service kereta secara berkala. Tambah-tambah untuk mereka yang selalu travel jauh-jauh. Setiap kereta dah ada guide untuk servis masing. Selalunya every 5000km, kena tukar certain-certain thing untuk kereta tersebut. Saya pun takdela tahu sangat tapi ambiklah tahu jugak kalau tak nanti kena tipu je dengan pomen yang tak jujur.

   

 28285829

Ni antara list yang perlu untuk servis dan maintenance. Kalau untuk kereta auto dan manual, jenis servis adalah berlainan. Ia mengikut keperluan kereta masing-masing.

Setakat 3 kali saya servis kereta ni, paling murah pun RM180 camtu kat perodua. Kereta yang saya guna ni sambung bayar yang abah punya je. Sebab meter dah banyak km jalan, jadi banyak benda jugak perlu tukar. Ada yang almost RM300 pun ada jugak.

Ok. Jadi ambik contoh, 3 bulan sekali servis dan sekali servis adalah RM180. Jadi perlu bajet every month simpan RM60 untuk car service.

Total for now is: RM760 + RM60 = RM820

 

#3 Emergency

Seterusnya adalah untuk emergency. Biasalah kalau dah namanya mesin, pasti ada kalanya buat hal. Sama jugak macam badan kita. Hari ni elok je sihat. Tenogk esok tetiba dah ke hospitalkan. Kereta pun ada masanya emergency jugak. Kita pun tak boleh nak bajet kadang-kadang. Jadi perlu sentiasa ada sedikit simpanan untuk emergency kereta ni.

  

1175738_10152230277089572_1677993938_n

  

Ni contoh-contoh warning dalam kereta yang menunjukkan kerosakan pada kereta. Perlu sangat-sangat ambik tahu supaya kita lebih alert dengan masalah sebenar kereta kita. Jangan hanya lepas pada orang je untuk baiki. AMbil tahu serba sedikit. Kena ambil tahu jugak bahagian depan yang enjin tu. Ada tempat untuk ‘air’ kat bahagian enjin tu yang perlu pastikan ianya tak kering. Kena pandai-pandai jugak bila bawak kereta tu, ada rasa lain macam tak. Kalau rasa lain tu, kena cari jalan untuk pastikan ada kerosakan ke. Tayar perlu maintain selalu. Ada pressure yang dah ditetapkan untuk isi angin tayar. Perlu alert supaya boleh elakkan emergency dan kerosakan teruk pada kereta.

Let’s say kita simpan RM50 every month for emergency. so total now is:

RM820 + RMRM50 =RM870

 

#4 Roadtax + Insurans kereta

newroadtaxstructure

  

Untuk roadtax dan insurans ni perlu renew every year. Untuk roadtax tak pasti kalau boleh buat untuk 3 tahun terus ke atau lebih. Untuk roadtax, ia akan berpandukan cc kenderaan anda. Lebih tinggi cc, lebih banyak kena bayar. Insurans pulak akan based pada harga kereta yang kita letak that year. Kalau letak tinggi, banyaklah kena bayar. Kalau baru beli kereta sebab harga kereta masih tinggi, memang boleh cecah RM1000++ dan ke atas. RM2k-3k pun ada kalau kereta yang kita beli ni memang mahal.

Let’s say, RM1400 untuk renew roadtax + insurans. RM1400/12 months = ~ RM117/month.

So, total for now is, RM870 + RM117 = RM987.

Jadi total per month actually RM987 yang kita perlu bajet untuk kereta. Almost RM1K.

Disclaimer: The exact figures is based on your owned car. It might be varies.

  

Jadi sekarang nampak tak berapa sebenarnya yang kita akan habiskan untuk kereta? Jadi, sebelum beli kereta, beli dengan ilmu yang cukup. Jangan sebab dah kerja, tengok orang pakai kereta macam best, kita pun beli jugak. Beli dengan ilmu. Kalau tak. JANGAN BELI KERETA!

And one more yang special di Malaysia, you need to renew your driving licence every year. Smile with tongue out

On my birthday this month, I’ve renewed my licence at JPJ Ipoh. Sekarang dah tak boleh renew kat pejabat pos sebab lesen dah tukar yang lain. Bukan macam dulu. Luckily, it did not takes much time for that.

20130805_204006

Macam IC kan. Siap ada hologram bagai. Thumbs up!

 

  20130201_20555620130318_125157

This is My log book for car. Everytime isi minyak, servis, car wish or anything yang berkaitan dengan kereta saya akan masukkan kat sini. Simpan dalam dashboard kereta supaya senang nak catat. Dari sini boleh betul-betul bajet berapa banyak habis untuk kereta (gambar ni bulan 3 hari tu punya, jadi belum banyak lagi yang tercatat)

 

Semoga bermanfaat!

  

With Love,Red heart

NUR

15 August 2013

August: 3 in 1

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan yang selesa oleh Allah. Gempar berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai oleh pengkhianat Mesir. Semoga Allah membantu saudara kita di sana.

  

August: 3 in 1???

  

tumblr_m86pbdPLo41rvim5co1_500

   

Dalam bulan Ogos ni, Alhamdulillah, ada 3 celebration iaitu Ramadhan, Birthday dan Eid.  Jadi perkongsian kali ni sekadar coretan tentang moment-moment meraikan perayaan nie semua.

   

Red heartRamadhan

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni berpuasa bersama suami dari awal hingga akhir. Memandangkan kami tinggal berjauhan kerana tuntutan tanggungjawab masing-masing, Ramadhan kali ni paling lama kami tinggal bersama. Selalunya 3,4 hari je kemudian kembali berpisah.

Bila berada lama dengan suami ni, macam-macamlah perkara yang dilalui bersama dalam tempoh tersebut. Bukan mudah untuk jadi isteri yang betul-betul memberikan yang terbaik apa yang diperlukan oleh suami. Sepanjang puasa ni pulak kerana gastrik yang agak teruk, kebanyakan masa di habiskan dengan terbaring di katil dan malamnya kadang-kadang pukul 10 dah pun terlelap. Yang paling mencabar rasanya nak siapkan masakan bersahur dan berbuka. Dah bolehlah masak sikit-sikit walaupun rasanya dan presentation makanannya agak out. huhu… Insyaallah akan diperbaiki. (Abang, sediakan dapur yang best untuk kina,mesti kina rajin rajin masak punya, huhu) Smile with tongue out

   

20130715_18500620130720_054014

1081310_10201543568488170_1172042044_n1081119_10201543568808178_1626017172_n

Ni je yang sempat snap. Memang yang simple-simple je boleh. Yang susah-susah memang tak reti plus bahan yang terhad. Masak untuk sekadar makan dua orang memang agak membazir masa bulan puasa. Banyak makanan akhirnya dibuang je. Kena cari jalan supaya makanan yang dimasak tu sedap dan cukup serta tak membazir.

   

Ada juga sekali berbuka di hotel teman suami, sekadar entertain auditor yang datang untuk audit kilang tempat suami bekerja. On the way balik tu, singgah Kinta RiverFront Walk. Cantik sangat tempat ni. Lebih kurang macam i-City la. Jalan-jalan kejap je singgah 21 Grilled then balikla.

20130716_21042620130716_21070220130716_21102620130716_211234

   

Dalam tempoh sebulan ni, banyak perkara yang saya nampak perlu dibaiki dalam rumahtangga kami. Kita kadang dek kesibukan seharian dengan pekerjaan dunia, ada perkara yang kita leka. Perlu sentiasa muhasabah kembali. Semoga Allah terus merahmati dan meredhai pernikahan ini dan mengurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Ameen.

        

Red heartBirthday

4 August adalah hari lahir saya. Alhamdulillah genap 25 tahun. Semakin pendek umur yang diberi pinjam oleh Allah. Semoga saya mampu memanfaatkan baki umur ini sebaiknya. Tiada yang istimewa sangat sempena hari kelahiran saya ni. Sekadar meraikannya bersama suami. Dapat surprise gift jugak. Thanks abang! ^^,

    

20130804_191553

Kitaorang celebrate dekat Secret Recipe sebab saya teringin sangat nak makan Macaroni Prawn with Cheese. Walaupun sebenarnya takdela suka keju tapi sangat falling in love dengan yang ni.

     

20130619_192959

Lagi satu yang selalu order kalau pegi Secret recipe adalah Thai Fried Rice. Sedaplah jugak tapi agak pedas. But I enjoyed it! =)

Dengan pertambahan umur ni, semoga ia seiring dengan penambahan dan penambahbaikan amalan. Terima kasih buat yang wish dan mendoakan saya sempena hari kelahiran saya. Maaf sekiranya ada yang ter’miss’ tak sempat reply. Semoga Allah juga mengurniakan kebaikan buat kalian semua. Thumbs up

   

Red heartEid Celebration

Lastly, Eid Celebration. Tahun ni kali pertama beraya di rumah mertua, kampung suami. Alhamdulillah, kami dari dua negeri yang berbeza jadi pastinya punya dua budaya yang berbeza. Beraya tahun ni dengan ‘style’ orang perak pulak.Hari raya pertama pun dah meriah dengan kunjungan saudara-saudara terdekat memandangkan kebanyakan saudara duduk berdekatan.

Walaupun rasa kelainan sedikit sebab dah 24 tahun beraya bersama keluarga di Kelantan, dan tahun ni pula beraya di tempat lain, tapi Allah kurniakan kebahagiaan juga bila bersama mereka. Saya masih juga kekok sedikit bila bersama keluarga mertua. Semoga ikatan kami akan lebih erat lagi dan mampu jadi menantu yang baik buat Mak dan Abah.

   

20130808_124237

I Syawal di Kuala Kangsar, Perak

20130808_135807

20130808_135813

20130808_163446

C360_2013-08-08-13-22-30-506

   

Raya kedua kami bertolak ke Kelantan. Alhamdulillah, jalan takdela jam sangat cuma pergerakan agak perlahan jadi tiba agak lewat di destinasi.

   

20130809_174222

C360_2013-08-11-08-01-03-863

1174919_523805594355686_542833555_n

   

Catatan perjalanan Ogos 2013

Semoga Allah MerahmatiRed rose

   

Sekarang ni perlu betulkan mode dari ‘beraya’ kepada ‘belajar’ pula. September ni bakal masuk ke Semester 4 PhD. Semakin suntuk masa yang ada untuk habiskan PhD. Masih perlu terus tingkatkan momentum usaha dan doa. Semoga Allah sentiasa merahmati, meredhai dan mempermudahkan setiap amal yang saya lakukan. Ameen

  

With Love,Red heart

NUR

14 July 2013

Salam Ramadhan

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Bismillah,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 6 Ramadhan. Harapnya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Salam Ramadhan buat pembaca blog ini. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini memberikan kita lebih banyak peluang untuk terus menjadi hamba Allah yang lebih baik dan semoga ganjaran TAQWA menjadi milik kita.

 

388994_481540661874803_2036492646_n

 

Jangan lupa juga dalam mengejar target-target amalan untuk dicapai sepanjang ramadhan ini, ‘roh’ dalam amalan tersebut terutamanya niat.

Ramadhan kali ni cuba konsisten dengan matlamat untuk lebih mendalami isi kandungan Al-quran dan bukan sekadar membaca. Dalam mengejar untuk mengkhatamkan Al-quran dalam tempoh sebulan ramadhan ini disamping memahami maknanya, buku Khowathir Quraniyah ni sangat membantu. Ia memberikan ringkasan serta kata kunci yang ditekankan dalam setiap surah.


Marilah menjadi umat Islam yang bukan hanya tau membaca teks Al-quran tetapi juga tahu apa kandungan Al-quran tersebut. Semoga kita akan lebih memaknai kehidupan sebagai hamba dengan mendalami kalam Allah ini. Rugilah buat kita yang mengabaikan kepentingan membaca serta memahami isi kandungannya.
♥♥♥

1025279_10201319950697865_1193205096_o

 

With Love,Red heart

NUR

25 June 2013

Tautan hati (Mahabbah Circle)

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Bismillah,

Masyaallah, dah lama sungguh tinggalkan penulisan di blog ni. Sibuk sangat ke empunya diri ni? huhu…. Tak sibuk pun sebenarnya tapi buat-buat sibuk. Banyak kerja-kerja Phd yang masih tertangguh dan tak selesai, jadi rasa bersalah nak luang masa untuk blog ni. Tapi akhirnya decide, kalau tak boleh buat semua, sekurang-kurangnya jangan tinggal semua.

Beberapa hari ni dah senyap sunyi USM. Pelajar degree dah mula kembali ke kampung masing-masing untuk cuti semester. Tinggal sebahagian je lagi yang belum habis final exam.

Alhamdulillah, sepanjang setahun sidang lepas di USM (2012-2013), nikmat terindah buat saya adalah sahabat-sahabat dan adik-adik pelajar kelas perbandingan agama. Bila rasa macam down je, jumpa mereka ni pasti akan ada suntikan kekuatan yang baru. Inilah yang dinamakan ukhwah kerana Allah. Bertemu semata-mata untuk mencari redha Allah, bukan untuk kepentingan dunia.

Selaku naqibah, saya punya kekurangan yang banyak terutama dari segi ilmu. Walaubagaimanapun saya mencuba sebaiknya untuk menyampaikan apa yang saya yakini betul sekadar kebatasan ilmu saya dan mengharap teguran dari adik-adik sekiranya terdapat kesilapan dalam setiap penyampaian saya.

Semoga Allah redha dengan semua perkongsian yang saya sampaikan. Ameen.

  

halaqah halaqah2

Ini halaqah pertama yang saya buat tahun lepas selepas sekian lama tak handle halaqah. Boleh baca kat sini coretan saya tentang halaqah pertama ni: DI SINI

  

Halaqah sangat penting dalam sebuah gerakan yang melksanakan gerak kerja Islam kerana halaqah bermanfaat bagi meningkatkan self development ahlinya. Halaqah yang berlangsung secara berterusan secara rutin akan menghasilkan semangat kebersamaan (ukhwah Islamiyyah) yang pastinya hanya kerana Allah. Ahlinya juga akan belajar untuk saling memimpin dan dipimpin, belajar bekerjasama, belajar berdikusi, menyampaikan idea serta belajar berkomunikasi antara satu sama lain. Semua ini sangat penting bagi kematangan peribadi seseorang yang bergelar dai’e.

Umat Islam akan mengalami kerugian yang besar jika sistem halaqah tidak berkembang dan tidak berjalan. Hal ini kerana halaqah merupakan pendekatan efektif untuk melahirkan pekerja-pekerja Islam yang teguh pendiriannya dan siap berkorban memperjuangkan Islam. Bahkan, mungkin dapat disebut, jika sistem halaqah tumpul dan mandul, maka umat akan mengalami situasi “lost generation” (kehilangan generasi pewaris) yang berkarakter Islami.

 

    

HALAQAH 17/5/13

20130517_14482320130517_145035

20130517_14514320130517_145930

20130517_152950

Ini yang kami cuba hasilkan… Winking smile

 

HALAQAH TERAKHIR 22/6/13 – TASIK FAJAR HARAPAN, USM

20130622_185236

20130622_185135

20130622_185205

 

DSCN0910P1190034

Mereka pengubat rindu saya buat kalian….. Red heart

 

Walaupun halaqah yang saya buat ni jauh dari kesempurnaan, tapi sekurang-sekurang ia terlaksana sebagai permulaan. Semoga akan ada generasi selepas ini akan meneruskan usaha yang saya buat ini. Sungguh ia sumber kekuatan saya untuk terus berada dalam gerak kerja Islam. Tanpa mereka pasti saya gugur di pertengahan. Allah hadirkan mereka buat saya sebagai peringatan untuk terus teguh berada bersama mereka yang berjuang untuk menyebarkan kalimahNYA di bumi Allah ini.

Pesan yang saya titipkan buat mereka,

“Andai lepas ni akak tidak lagi di sini bersama kalian untuk meneruskan halaqah ini, pastikan anda semua berusaha untuk kekalkan halaqah ini sesama kalian.”

O Allah, terima kasih atas nikmat kurniaan sebuah ikatan bernama ukhwah ini.

 

With Love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter