In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum,
All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan yang selesa oleh Allah. Gempar berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai oleh pengkhianat Mesir. Semoga Allah membantu saudara kita di sana.
August: 3 in 1???
Dalam bulan Ogos ni, Alhamdulillah, ada 3 celebration iaitu Ramadhan, Birthday dan Eid. Jadi perkongsian kali ni sekadar coretan tentang moment-moment meraikan perayaan nie semua.
Ramadhan
Alhamdulillah, Ramadhan kali ni berpuasa bersama suami dari awal hingga akhir. Memandangkan kami tinggal berjauhan kerana tuntutan tanggungjawab masing-masing, Ramadhan kali ni paling lama kami tinggal bersama. Selalunya 3,4 hari je kemudian kembali berpisah.
Bila berada lama dengan suami ni, macam-macamlah perkara yang dilalui bersama dalam tempoh tersebut. Bukan mudah untuk jadi isteri yang betul-betul memberikan yang terbaik apa yang diperlukan oleh suami. Sepanjang puasa ni pulak kerana gastrik yang agak teruk, kebanyakan masa di habiskan dengan terbaring di katil dan malamnya kadang-kadang pukul 10 dah pun terlelap. Yang paling mencabar rasanya nak siapkan masakan bersahur dan berbuka. Dah bolehlah masak sikit-sikit walaupun rasanya dan presentation makanannya agak out. huhu… Insyaallah akan diperbaiki. (Abang, sediakan dapur yang best untuk kina,mesti kina rajin rajin masak punya, huhu)
Ni je yang sempat snap. Memang yang simple-simple je boleh. Yang susah-susah memang tak reti plus bahan yang terhad. Masak untuk sekadar makan dua orang memang agak membazir masa bulan puasa. Banyak makanan akhirnya dibuang je. Kena cari jalan supaya makanan yang dimasak tu sedap dan cukup serta tak membazir.
Ada juga sekali berbuka di hotel teman suami, sekadar entertain auditor yang datang untuk audit kilang tempat suami bekerja. On the way balik tu, singgah Kinta RiverFront Walk. Cantik sangat tempat ni. Lebih kurang macam i-City la. Jalan-jalan kejap je singgah 21 Grilled then balikla.
Dalam tempoh sebulan ni, banyak perkara yang saya nampak perlu dibaiki dalam rumahtangga kami. Kita kadang dek kesibukan seharian dengan pekerjaan dunia, ada perkara yang kita leka. Perlu sentiasa muhasabah kembali. Semoga Allah terus merahmati dan meredhai pernikahan ini dan mengurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Ameen.
Birthday
4 August adalah hari lahir saya. Alhamdulillah genap 25 tahun. Semakin pendek umur yang diberi pinjam oleh Allah. Semoga saya mampu memanfaatkan baki umur ini sebaiknya. Tiada yang istimewa sangat sempena hari kelahiran saya ni. Sekadar meraikannya bersama suami. Dapat surprise gift jugak. Thanks abang! ^^,
Kitaorang celebrate dekat Secret Recipe sebab saya teringin sangat nak makan Macaroni Prawn with Cheese. Walaupun sebenarnya takdela suka keju tapi sangat falling in love dengan yang ni.
Lagi satu yang selalu order kalau pegi Secret recipe adalah Thai Fried Rice. Sedaplah jugak tapi agak pedas. But I enjoyed it! =)
Dengan pertambahan umur ni, semoga ia seiring dengan penambahan dan penambahbaikan amalan. Terima kasih buat yang wish dan mendoakan saya sempena hari kelahiran saya. Maaf sekiranya ada yang ter’miss’ tak sempat reply. Semoga Allah juga mengurniakan kebaikan buat kalian semua.
Eid Celebration
Lastly, Eid Celebration. Tahun ni kali pertama beraya di rumah mertua, kampung suami. Alhamdulillah, kami dari dua negeri yang berbeza jadi pastinya punya dua budaya yang berbeza. Beraya tahun ni dengan ‘style’ orang perak pulak.Hari raya pertama pun dah meriah dengan kunjungan saudara-saudara terdekat memandangkan kebanyakan saudara duduk berdekatan.
Walaupun rasa kelainan sedikit sebab dah 24 tahun beraya bersama keluarga di Kelantan, dan tahun ni pula beraya di tempat lain, tapi Allah kurniakan kebahagiaan juga bila bersama mereka. Saya masih juga kekok sedikit bila bersama keluarga mertua. Semoga ikatan kami akan lebih erat lagi dan mampu jadi menantu yang baik buat Mak dan Abah.
I Syawal di Kuala Kangsar, Perak
Raya kedua kami bertolak ke Kelantan. Alhamdulillah, jalan takdela jam sangat cuma pergerakan agak perlahan jadi tiba agak lewat di destinasi.
Catatan perjalanan Ogos 2013
Semoga Allah Merahmati
Sekarang ni perlu betulkan mode dari ‘beraya’ kepada ‘belajar’ pula. September ni bakal masuk ke Semester 4 PhD. Semakin suntuk masa yang ada untuk habiskan PhD. Masih perlu terus tingkatkan momentum usaha dan doa. Semoga Allah sentiasa merahmati, meredhai dan mempermudahkan setiap amal yang saya lakukan. Ameen
With Love,
NUR
0 comments:
Post a Comment