In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum,
All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
Apa khabar sahabat pembaca sekalian. Terima kasih sudi menyinggah ke teratak yang penuh kelemahan dan kekurangan ini. Semoga ada ibrah yang dapat dikutip dari lawatan sahabat sekalian…
Currently I’m at Kelantan for research. Still got a lot of labwork to do and honestly its quite hectic week for me. But ya, I know there is no gain without pain, right? Keep it up, Sakinah! You can do it! huhu…
Jangan beli kereta!
Tetiba pulak cakap pasal kereta kan… Lately duit banyak habis dekat kereta. Meter kereta pun dah menunjukkan kena pergi servis dan tayar pulak dah menunjukkan tanda minta dibelikan ‘baju’ baru. Quite frustrating actually because I’m quite broke now.So, I have to delay all those ‘treatment’ for my car.
#Wishihavealotofmoney.Ameen.
I’m not someone expert pasal kereta ni. But just an opinion after a year guna kereta. And this advice is for the sisters as I know brothers already an expert in this area.
Selalunya bila plan untuk beli kereta, of course akan buat pinjaman dengan bank unless those yang ada a lot of cash boleh beli cash la. Otherwise, memang akan buat pinjaman dan terikat maybe for 9 years. Sekarang dah kurangkan ke 7 years kot. Maknanya every month ada monthly commitment untuk bayar pinjaman kereta tersebut. Let’s say, RM560 per month. Selepas kira dengan gaji tiap-tiap bulan yang dapat, cukuplah untuk bayar kereta tersebut. Then, kita pun terus beli kereta with a thought, every month we just need to spend RM560 on the car.
But, did you realise there are still many-many-many things you need to know before you buy any car?
#1 FUEL
Kita semua tahukan untuk pastikan kereta terus bergerak, kita perlu feed them with a petrol. We have two type 95 and 97. Basically perbezaan kedua-dua ni adalah dari segi proses dan kualiti. Dari segi harga perbezaannya dekat RM1 jugak per litre. In terms of quality of course 97 is better.
Knowing this, kita perlu kira bajet berapa jumlah petrol yang kita akan guna per month. Kalau kerja, kena consider berapa jarak dari rumah ke tempat kerja dan berapa liter petrol yang kita guna untuk ulang alik ke tempat kerja. Plus, anggaran kegunaan bulanan ke tempat-tempat keperluan yang lain contohnya shopping, jalan-jalan, balik kampung dan etc.
Lets say, RM200 for petrol. So, total for now is: RM560 + RM200 = RM760.
#2 Service + Maintenance
Bila dah guna kereta, jangan lupa pulak yang kita perlu service kereta secara berkala. Tambah-tambah untuk mereka yang selalu travel jauh-jauh. Setiap kereta dah ada guide untuk servis masing. Selalunya every 5000km, kena tukar certain-certain thing untuk kereta tersebut. Saya pun takdela tahu sangat tapi ambiklah tahu jugak kalau tak nanti kena tipu je dengan pomen yang tak jujur.
Ni antara list yang perlu untuk servis dan maintenance. Kalau untuk kereta auto dan manual, jenis servis adalah berlainan. Ia mengikut keperluan kereta masing-masing.
Setakat 3 kali saya servis kereta ni, paling murah pun RM180 camtu kat perodua. Kereta yang saya guna ni sambung bayar yang abah punya je. Sebab meter dah banyak km jalan, jadi banyak benda jugak perlu tukar. Ada yang almost RM300 pun ada jugak.
Ok. Jadi ambik contoh, 3 bulan sekali servis dan sekali servis adalah RM180. Jadi perlu bajet every month simpan RM60 untuk car service.
Total for now is: RM760 + RM60 = RM820
#3 Emergency
Seterusnya adalah untuk emergency. Biasalah kalau dah namanya mesin, pasti ada kalanya buat hal. Sama jugak macam badan kita. Hari ni elok je sihat. Tenogk esok tetiba dah ke hospitalkan. Kereta pun ada masanya emergency jugak. Kita pun tak boleh nak bajet kadang-kadang. Jadi perlu sentiasa ada sedikit simpanan untuk emergency kereta ni.
Ni contoh-contoh warning dalam kereta yang menunjukkan kerosakan pada kereta. Perlu sangat-sangat ambik tahu supaya kita lebih alert dengan masalah sebenar kereta kita. Jangan hanya lepas pada orang je untuk baiki. AMbil tahu serba sedikit. Kena ambil tahu jugak bahagian depan yang enjin tu. Ada tempat untuk ‘air’ kat bahagian enjin tu yang perlu pastikan ianya tak kering. Kena pandai-pandai jugak bila bawak kereta tu, ada rasa lain macam tak. Kalau rasa lain tu, kena cari jalan untuk pastikan ada kerosakan ke. Tayar perlu maintain selalu. Ada pressure yang dah ditetapkan untuk isi angin tayar. Perlu alert supaya boleh elakkan emergency dan kerosakan teruk pada kereta.
Let’s say kita simpan RM50 every month for emergency. so total now is:
RM820 + RMRM50 =RM870
#4 Roadtax + Insurans kereta
Untuk roadtax dan insurans ni perlu renew every year. Untuk roadtax tak pasti kalau boleh buat untuk 3 tahun terus ke atau lebih. Untuk roadtax, ia akan berpandukan cc kenderaan anda. Lebih tinggi cc, lebih banyak kena bayar. Insurans pulak akan based pada harga kereta yang kita letak that year. Kalau letak tinggi, banyaklah kena bayar. Kalau baru beli kereta sebab harga kereta masih tinggi, memang boleh cecah RM1000++ dan ke atas. RM2k-3k pun ada kalau kereta yang kita beli ni memang mahal.
Let’s say, RM1400 untuk renew roadtax + insurans. RM1400/12 months = ~ RM117/month.
So, total for now is, RM870 + RM117 = RM987.
Jadi total per month actually RM987 yang kita perlu bajet untuk kereta. Almost RM1K.
Disclaimer: The exact figures is based on your owned car. It might be varies.
Jadi sekarang nampak tak berapa sebenarnya yang kita akan habiskan untuk kereta? Jadi, sebelum beli kereta, beli dengan ilmu yang cukup. Jangan sebab dah kerja, tengok orang pakai kereta macam best, kita pun beli jugak. Beli dengan ilmu. Kalau tak. JANGAN BELI KERETA!
And one more yang special di Malaysia, you need to renew your driving licence every year.
On my birthday this month, I’ve renewed my licence at JPJ Ipoh. Sekarang dah tak boleh renew kat pejabat pos sebab lesen dah tukar yang lain. Bukan macam dulu. Luckily, it did not takes much time for that.
Macam IC kan. Siap ada hologram bagai. Thumbs up!
This is My log book for car. Everytime isi minyak, servis, car wish or anything yang berkaitan dengan kereta saya akan masukkan kat sini. Simpan dalam dashboard kereta supaya senang nak catat. Dari sini boleh betul-betul bajet berapa banyak habis untuk kereta (gambar ni bulan 3 hari tu punya, jadi belum banyak lagi yang tercatat)
Semoga bermanfaat!
With Love,
NUR
4 comments:
salam. tumbs up kina.memg membantu. kdg2 masa 1st time nk miliki kereta, kbykn x buat research btul2 berapa jumlah sebenar yg perlu ditaburkan atas kereta tu setiap bulan.org fikir, aku mampu byr bulan2 kereta, tapi maintenancenya? tak diambil kira sekali.beli ikut kemampuan.biarlah miliki kereta biasa2 je asalkan bulan2 tak menangis sb kurang duit.heee....
wsalam Sis Maera...
betul tu. ramai antara kita tak fikir benda-benda sampingan ni. harapnya boleh jadi guidance untuk mereka-mereka yang baru nak beli kereta... =)
really helps sis.ill spread this article amongst sisters.since that so much infos that i've gain thru this article.thanks for being helpful (^_^)
Dear sis intan: thank you for sharing this with others. May Allah bless you..^^
Post a Comment