In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Apa khabar semua? Semoga dalam naungan rahmat dan redha Allah selalu… Moga dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan juga… =)
Alhamdulillah Ahad lepas, 7hb, Interaction Day buat pelajar Kelas Perbandingan Agama(KPA) dah pun berlangsung dengan jayanya walaupun hujan sepanjang hari tersebut…huhu… Masa meeting untuk IPSI Youth Community (saya akan cerita tentang ini dalam entry yang lain insyaallah) ada yang cadang kita buat Hari Interaksi buat pelajar baru dan hasil perbincangan kami memandangkan kebanyakan pelajar kelas ini adalah first year kami plan bawak mereka round Penang. Taklah pergi kesemua tempat. Tak cukuplah kalau nak bawak round satu Penang kalau yang diperuntukkan hanya satu harikan.
Briefing kepada peserta Interaction Day sebelum memulakan perjalanan…
Alhamdulillah seramai 22 orang mengikuti program ini. Sebenarnya yang mendaftar untuk kelas dalam 50 lebih tapi memandangkan banyak clash dengan program Universiti dan kami pun tak dapat cari tarikh yang membolehkan semua hadir, jadi hanya sebahagian yang dapat hadir. Ape pun syukur pada Allah segala aktiviti berjalan dengan lancar…
Kami plan untuk ke banyak tempat pada hari tersebut tapi memandangkan hujan, terpaksa kami batalkan beberapa tempat lawatan.
Memori 1: Bukit Bendera
Destinasi pertama kami untuk Interaction Day ni adalah Bukit Bendera. Memandangkan kami perlu beli tiket dan tak boleh buat tempahan tiket lebih awal jadi kami plan ke sana awal pagi bagi mengelakkan kesesakan.
Tengah tunggu train untuk naik ke atas Bukit Bendera…
Meet Sarah from Sydney….
After we captured above photo, suddenly there’s one lady ask to captured our photo… She introduced herself as Sarah from Sydney, Australia. Katanya rindu zaman ketika bergelar pelajar suatu masa dulu. Such a nice and friendly lady. May Allah guide her to know Her Creator…
Finally…. On Top of Bukit Bendera…
Masa kami sampai hujan dah agak renyai-renyai tapi still ok lagi la… Tak dapat tengok view from top of Bukit Bendera sebab kabus tebal sangat. Ape pun berada kat atas tu memang rasa segar sangat. Al-maklumlah jauh dari hiruk-pikuk kota raya…
Sesi Ice Breaking….
Main game untuk ingat nama sahabat-sahabat…
Memori 2: Kek Lok Si Temple
Next destination is Kek Lok Si Temple, Buddhist Temple in Air Hitam. Sampai-sampai sana terkagum kejap dengan seni binanya since this is my first time. Tambah terkejut masa berjalan masuk untuk ke Kek Lok Si Temple tu kami lalu di gerai-gerai yang menjual pakaian, makanan, cenderahati dan lain-lain harga yang ditawarkan tersangatlah murah. Tapi tak sempat nak shopping pun…huhu
Kat sini ada kolam yang penuh dengan kura-kura. Banyak sangat dan ada satu tu besar sangat…Mesti dah berpuluh-puluh tahun umurnya.
Depan Kek Lok Si Temple… Cantikkan…
Masa sampai kat Temple ni ada nampak seorang couple letak satu helaian dekat pokok yang penuh dengan gantungan helaian-helaian. So, I approach them and I asked what is this tree for. The uncle said setiap helaian ni ada tulisan tentang setiap hajat kita. Kita just niat dan doa apa yang kita nak kemudian gantung di pokok ni. Kalau nak berjaya dalam pelajaran, ada helaian khusus untuk pelajaran. Kalau untuk perkahwinan, kerja, or apa-apala boleh ambil kat rak yang tersedia semua helaian-helaian.
Asking this uncle what is the significance of the candle used in their prayer… He said it just for luck.
Inside the temple. Prayer room. Ada 5 patung of different buddhas here….
Lawatan ke temple ni bukan sekadar untuk suka-suka walaupun memang ia salah satu tempat pelancongan. Matlamat utama ialah, supaya mereka kenal tempat ibadah dan sedikit sebanyak dapat gambaran apakah sebenarnya ajaran Buddha yang dianuti oleh oleh sebahagian non-Muslim. Sayangnya saya belum berkesempatan untuk masuk ke gereja…
Memori 3: Fort Cornwallis (Padang Kota)
Fort Cornwallis tempat tinggalan sejarah British masa mula-mula menjejaki Penang. Kat sini masih boleh tengok meriam, kubu, penjara dan kapal lama.
Memori 4: Masjid Kapitan Keling
Buat yang dah biasa baca blog saya Masjid Kapitan Keling ni memang dah biasa saya sebut-sebut dan ceritakan pengalaman saya di sini. Untuk lawatan kali ni kami bawa mereka ke sini supaya mereka tau apakah centre utama dakwah non-muslim IPSI. Cadangnya kami nak ke temple dan jalan-jalan sekitar Georgetown tapi memandangkan hujan kami terpaksa batalkan hasrat tersebut.
Usai Solat Zohor, hujan turun dengan sangat lebat jadi taknak buang masa yang ada saya buat sedikit demo kepada mereka how to conduct mosque tour. Saya minta mereka berlakon jadi pelancong dan mula explain satu persatu tentang struktur masjid…
Di One Stop Centre Masjid Kapitan Keling….
Memori 5: Masjid Terapung
Dari Masjid Kapitan Keling kami ke Masjid Terapung pula. Cadangnya untuk solat Asar ke sana dan ke Batu Feringghi sekejap memandangkan hujan pun dan berhenti time tu.
Cantikkan??? Masa ni nak hujan… Tapi tona warna langit sangat cantik. Kagum dengan keindahan ciptaan Allah. Allahuakbar…
Memori 6: Bangunan IPSI
Memandangkan nak hujan jadi kami tak jadi ke Batu Feringghi. Tapi Uncle driver bas tetap bawa kami ke sana dan berhenti kejap sekadar tengok dari dalam bas dan patah balik. Hujan sangat lebat memang tak dapat turun.
Sesampainya kami di Bangunan IPSI, Dr. Danial sedang memberikan syarahan penutup untuk Intensive Dakwah training yang dianjurkan IPSI. Dapatlah jugak mengutip mutiara hikmah dari beliau seorang tokoh yang saya kagumi.
Di bangunan IPSI kami selesaikan lagi satu aktiviti iaitu design T-shirt bertemakan “WE LOVE PROPHET MUHAMMAD S.A.W.”. Insyaallah kami plan untuk adakan T-shirt sendiri. Pemenang aktiviti ini akan diberikan mandat untuk design T-shirt bagi IPSI-YC. Semoga Allah Permudahkan.
Setelah setiap group selesai dengan design masing-masing kami berhenti untuk solat maghrib dan makan malam. Akhir sekali sesi pembentangan dan penyampaian hadiah buat pemenang.
Dan pemenangnya ialah……
Tahniah….
Tradisi kami sebelum berpisah kena “salam semut” dulu…
Picture credit to: Green Digital Photography
Alhamdulillah… Syukur Ya Allah atas nikmat Ukhuwwah yang Kau Kurniakan buat Kami. Semoga ikatan hati antara kami semua semakin kukuh keranaMu. Sungguh aku rindu kemanisan ukhuwwah ini…
With Love,
NUR
0 comments:
Post a Comment