In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum Semua….Apa khabar? Semoga ceria-ceria dan dalam naungan rahmat Allah selalu..Dah lama jugak tak update blog ni…SIbuk dengan urusan perkahwinan sebelum ni..Ye seperti gambar dalam wordless wednesday, saya telah selamat di ijab kabulkan oleh abah saya sendiri dengan Muhammad Faris bin Saharuddin.
Semasa akad nikah
2 hari sebelum majlis dah ada saudara-saudara yang datang ke rumah untuk membantu persiapan majlis perkahwinan saya memandangkan kami takde wedding planner pun. Semua buat sendiri. Ummi dan abahlah yang banyak bersusah payah dan berkorban untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Terima kasih Ummi dan abah!
Tak lupa jugak buat adik-adik yang banyak membantu….Thanks! Ummi pun sangat kreatif. Tengok je satu benda boleh terus buat sendiri. Sangat kagum, OK! huhu…. Saya je yang tak mengikut kekreatifan ummi…
Sehari sebelum majlis akad nikah
Tok mek dan saudara tengah bungkus tapai..Salah satu menu untuk majlis walimah nanti..
Ada buat cupcake jugak sikit…Yang tolong ni anak murid ummi dan m.cik…
Bilik tidur yang masih bersepah..huhu…Langsir, tabir bilik, alas meja semua di jahit oleh ummi sendiri..Design pulak saya cari kat internet je..Then yang tolong decorate adalah pakcik saya.
Hantaran pun tak sempat siap lagi..sebab masa ni tengah sibuk jahit veil pengantin sendiri…
Kerusi ni pinjam M.ngah punya..Stage putih tu,ummi dan abah yang buat sendiri guna kayu-kayu yang ada..Then ummi balut dengan kain warna putih, letak renda-renda kat tepi sikit….Then alas tempat duduk kerusi tu umi jahit sendiri guna toto adik yang dah tak guna dah..See..Ummi memang kreatif dan serba bolehkan..
Ni pelamin kat luar…Just untuk tangkap gambar keluarga je…Lampu tu tak center dengan pelamin sebab abah taknak alih frame kat dinding tu..huhu
Yang nie sebagai penunjuk ke rumah kami masa majlis nanti…
Hari Akad Nikah
Pelamin yang dah siap…Bunga-bunga tepi pelamin tu umi gubah sendiri je...
Bilik tidur yang dah siap…Gambar tak jelas sangat..tangkap guna hp je..huhu
Untuk entry kali ni update tentang persiapan perkahwinan dulu la…then nanti insyaallah next entry saya share tentang majlis pernikahan dan walimah kami…Terima kasih buat anda yang mendoakan kami…Semoga Allah merahmati dan meredhai perhubungan kami. Ameen…
Update tentang majlis saya oleh adik saya:
SELAMAT BERCINTA HINGGA KE SYURGA
With Love,
NUR
4 comments:
Rasanya belum terlambat lagi nak ucap Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.......
Selamat berbahagia hingga ke syurga =)
salam...tahniah..slamt berbahagia hingga ke syurga jgk..
terima kasih atas doanya... ^_^
salam dik.pelamin sweet dan simple.semuanya nmpk indah =)
Post a Comment