29 March 2012

Mini Library

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum Semua….Semoga sentiasa berada dalam lindungan dan naungan rahmat dan kasih sayangNYA. Jum’ah Mubarak!

Last few days I just walking around at Foyer DK near library PHS 1 USM. They actually having pc fair. I want to buy new cooling pad seems the old one cannot be used anymore…$$$$$ ( I need money! huhu ) And suddenly I came across an exhibition if I’m not mistaken from School of house, building and planning (HBP). I don’t know what they call but it was awesome. So creative. Among all the crafts, I was attracted to a craft called “Reading sanctuary”.

 

IMG882

IMG883

IMG884

 

See..Nice isn’t it. I’m a book’s lover. When I see this I was smiling brightly. I wish I can have this kind of reading sanctuary. I’m planning to have a mini library when I owned a house later. Kalau pergi shopping mall, I can just give a glance to them and walk away and can still tahan myself from buying things. But when it comes to book, I just cant resist it. Huhu. So bila duit tengah takde memang takkan pergi book shops. Definitely I will buy at least one book. Haish…

 

IMG048

IMG050

IMG304

IMG305

IMG306

IMG308

These are some books in my room..I need to reorganize it since I don’t have enough space to keep all these books…

IMG043

And these are books from our living room at my house. My father do have many kitabs and and some of them in arabic language. Unfortunately I cannot understand arabic. I have to use dictionary if I want to read the book. Gonna learn arabic later insyaallah.

See all these timbunan buku, I need a space for all my books. How about these ideas:

lib3

I took this picture from someone’s fb but I not remember who. This should be at living room.

lib1

For the mini library I want this color (light purple). I love purple! Smile

This should be at mini library. Need a special room for my mini library.

lib4

And not to forget at the kitchen also I want a space for my books. At least when I’m cooking and waiting for the cooking I can grab one of them and read. (Even though I don’t know how to cook..hehe)

Saya pernah ke library Institut Ibnu Qayyim (IQ) di bawah kelolaan Dr. Asri, sebab ada meeting kat sana. Agak menarik juga library tu. Tapi belum ada banyak buku lagi sebab baru je siap library.

 

IMG233

IMG234

IMG238

Cantikkan..Rasanya bagus juga kalau ada mini library yang dilengkapi dengan kemudahan untuk kelas pengajaran sekali. Saya punya satu impian, semoga nanti rumah yang saya duduki akan dipenuhi dengan kelas-kelas ilmu, mungkin boleh jadi centre untuk usrah atau kuliah agama kecil-kecilan untuk orang sekeliling. Supaya nanti keluarga saya, anak-anak saya membesar dalam suasana yang soleh/solehah.

Well, that’s all. Doakan semoga saya memilikinya suatu hari nanti.Smile

With Love,Red heart

NUR

27 March 2012

Update on My Phd Journey - 1

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua..Semoga dalam lindungan rahmat dan redha Allah selalu. Winking smile

Sebenarnya pagi ni tengah kejar masa cari bahan-bahan untuk laser quotation yang akan digunakan for my research. Tapi masih sempat pulak update blog kan..Smile with tongue out

Hari ni kena jumpa my supervisor untuk dapatkan advice dan approval laser macammana akan digunakan dalam research saya nanti. Hari jumaat ni ada proposal presentation. Macam menakutkan jugak rasa. Slide memang dah siap tapi isi kandungannya tak taulah macammana. Risau juga kalau di soal nanti tak terjawab dek masih kurangnya knowledge dalam bidang ni. Semoga dipermudahkan Ameen..

IMG8442

Ada dua perkara penting buat saya sekarang ni. My study (PhD) and My investment (IPSI). Now waiting for the third file to be fill. Will be update few months later insyaallah. I really hope I can still take part in those three without a failure to fulfill all the responsibility. May Allah make things easier for me.

I saw an advertisement about a forum "AKADEMIK NOMBOR 1, AGAMA BUKAN NOMBOR 2" by PMIUSM. Maybe I should attend this forum. It might be useful for me.

538519_320651567990808_100001379016767_797398_1056642686_n

Gotta go now. I got lots and lots work waiting for me. Stop playing around sakinah! Ok. Ilalliqa’ (means: See Ya)

With Love,Red heart

NUR

21 March 2012

Hebahan

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum Semua…Semoga dalam Redha Allah hendaknya..

#HEBAHAN 1

Buat yang berminat hendak melanjutkan pelajaran post-graduate bagi courseword dan mixed mode di USM anda boleh mula membuat permohonan sekarang Tarikh tutup adalah pada 15 Mei 2012 bagi sesi Semester 1 2012/2013. Bagi postgraduate by research permohonan di buka sepanjang tahun.

Print

Borang boleh download di website IPS: http://www.ips.usm.my/index.php/downloads/admission

Semua dah ada di website ni. Boleh tengok kos apa yang anda berminat dan juga syarat-syarat untuk memohon kos tersebut. Boleh tengok kadar yuran di sini: http://www.ips.usm.my/index.php/downloads/FeesStructure

Nasihat pensyarah saya dulu, kalau nak mohon untuk sambung belajar, lebih baik apply awal sebelum keputusan final exam keluar kerana lebih kurang persaingan dengan pelajar-pelajar lain. Anda boleh memohon menggunakan CGPA semester anda yang paling latest. Boleh juga dapatkan borang dari kaunter IPS. Dah lupa berapa harga borang. Tapi total borang + yuran proses RM70. Tak taulah kalau sekarang ni dah naik harga lagi.


# HEBAHAN 2

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
We pray that you are in the best of health and emaan …
You are cordially invited to attend:

KULIAH HADITH : "MERCY" (By : Sheikh Hussein Yee)
Date : 23rd March 2012 (Friday)
Time : 8.00 - 10.30 pm
Venue : Seminar Room Anggerik, Caring Society Complex, Jalan Utama, 10460 Georgetown, Penang


All are welcome.
Free entrance and Free parking.
Please bring along your not-yet Muslim friends.
Jazak Allah Khair

by:
Islamic Propagation Society International (IPSI)
[Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa]
CO-33A-GF, Kompleks Masyarakat Penyayang,
Jalan Utama,
10460 Georgetown, Penang, Malaysia
P/F: +604-227 4849
E: ipsimal@gmail.com / ipsi7@streamyx.com
W: www.ipsi.com.my

 

523598_389031174453835_100000408673727_1323880_1709157248_n

With Love,Red heart

NUR

Muhasabah 1

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

537541_254523541304913_100002418073463_527993_380792267_n

Kita bagaimana??

IMG752

With Love,Red heart

NUR

09 March 2012

Bringing back the momories

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua…Semoga sentiasa di bawah naungan rahmatNYA…Open-mouthed smile Tadi tengah google pasal laser yang akan digunakan untuk research. Tetiba terjumpa gambar-gambar yang mengingatkan saya tentang zaman kanak-kanak dulu. Tersenyum sendiri bila teringat all the memories. I bet you guys too…Winking smile

423051_353539428010282_187011051329788_1104652_1054063853_n

Ingat tak pasal pensil ni? Masa mula-mula beli penuh je. Lama-lama satu-satu hilang..huhu

 

06

Main anak patung kertas ni jugak dulu-dulu…huhu

 

DSC_0308 copy

Sape pernah main ni…Winking smile

 

lawan-pemadam

Pernah jugak main lawan pemadam ni..huhu…

 

Image(2632)n_thumb[3]

Saindina…Teringat pulak dulu pernah kena marah dengan abah sebab main ni bising-bising pastu abah ambik buang semua duit-duit dia..Pastu gigih kami adik beradik buat duit yang baru and color balik semua duit-duit tu…

 

ceper-540x404

Main lawan-lawan ceper ni…Paling seronok main ni..Gigih cari ceper ni untuk main dulu…huhu..

 

Budak-budak zaman sekarang dah tak main benda-benda ni semua. Semua main game komputer je. Sekarang ni perlu ada kursus untuk mengajar bagaimana bersosial, berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan sebab komunikasi mereka terhad hanya di sekolah. Di rumah masing-masing hanya menghadap komputer.. Tetiba rasa macam terkena dekat batang hidung sendiri walaupun bukan kanak-kanak lagi sebab dah sangat jarang jugak bersosial dengan kawan-kawan. Hanya bertemu di muka buku je…Huhu…

With Love,Red heart

NUR

07 March 2012

People May Not Question You..But Allah Will..

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua…Dah lama jugak tak update blog..Berada dalam kesibukan yang teramat kebelakangan nie…Baru memulakan langkah sebagai pelajar Ph.D. Banyak sangat yang masih kena belajar. Kadang-kadang tu rasa macam tergopoh-gapah. Kalau boleh nak setelkan semuanya secepat mungkin. Tapi at the end banyak perkara yang akan tergendala bahkan mungkin membuat banyak kesilapan atas tindakan yang terburu-buru ni. Step by step. Insyaallah akan teratur perjalanan dan tidak terjatuh di tengah perjalanan.

Minggu lepas ada taklimat untuk pelajar Ph.D yang baru mendaftar semester ni. First talk pasal Postgraduate Student at USM part I oleh dekan IPS USM.

Life as a Ph.D student: The journey is tough. Fullstop

- Dean, Institute of Postgraduate Studies USM-

Sentap juga rasa mula-mula. Huhu…tapi hakikatnya mungkin betul kot. Sangat-sangat terasa sekarang. Tambah-tambah bagi saya yang Master dalam coursework bukan research. Walaupun memang ada pengalaman buat research, tapi bila pengajian kita fully research ni lebih banyak yang perlu belajar dan terokai. Kadang-kadang memang terasa down jugak. Terasa macam tak layak je sambung Ph.D ni. Kadang-kadang rasa susah sangat. Pernah satu hari tu macam termenung sorang-sorang apa ye patut buat lepas ni. Macam lost pulak. Call abah mengadu cakap susahlah abah sambil  nangis tapi abah tak perasan kot saya nangis. Abah cuma cakap:

“Kalau Ph.D tu senang semua orang pun boleh sambung dan takde yang terkandas.”

Huhu…Betul la tu..Ni last step untuk di supervise oleh oleh lain. Lepas dah habis Ph.D ni kita pulak yang akan supervise orang lain. Haruslah perlu melalui liku-likunya supaya nanti kita boleh beri yang terbaik buat mereka-mereka yang bakal kita supervise nanti atau yang bakal kita berkhidmat nanti. ~ Muhasabah sendiri~

Nak berkongsi satu kisah yang buat saya agak tersentuh. Saya bagi tajuk “Nilai sekeping Kertas”. Tajuk entri saya kali ni sebenarnya pasal kisah ni.

Minggu lepas saya berjumpa supervisor saya Prof. Muhammad Suhaimi untuk dapatkan surat bagi mengikuti Latihan Praktikal di Hospital Pantai Mutiara, Penang. Masa saya jumpa beliau tu ada seorang lagi pelajar ada bersama beliau. Research mate saya jugaklah. Prof. Suhaimi ni memang sangat hebatlah pada saya. Very humble jugak. Research student (Ph.D + Master) ada dalam 20 orang yang beliau supervise dalam satu masa. Dalam masa yang sama jugak macam-macam jawatan yang beliau pegang. Yet, tak pernah pun beliau membangga diri dengan semua jawatan-jawatan yang disandang. Sangat bertuah dapat beliau sebagai supervisor. Cuma perlu ikut rentak beliau yang memang orang yang sabgat sibuk. Sebab beliau ada banyak pelajar dan menjawat jawatan yang sangat banyak, maka kami tak boleh bergantung kepada beliau sepenuhnya. Kena pandai-pandai sendiri. Itu juga yang agak susah bagi beginner macam saya ni. Tapi alhamdulillah research mate saya yang lain banyak membantu saya.

Berbalik kepada kisah tadi, pelajar yang ada sekali dengan saya tadi pun memerlukan surat juga untuk pembelian alat untuk research dia. Masa nak print surat tu, kertas yang digunakan memang dah siap ada letterhead school of physics la. Supervisor (SV) saya tak sure camne nak letak kedudukan kertas tu so that it come out nicely and tak terbalik ke ape. Tapi ditakdirkan terbalik pulak. Muka SV saya dah macam serba salah je. Then bila letak kertas yang kedua punyalah dia berhati-hati dan macam risau sangat. Saya macam ok je. Takde ape pun kan. Biasalah kalau tersilap.

Then lepas settle surat research mate saya ni, tinggal surat saya pulak. Surat saya ok takde sebarang kesilapan. Sebelum keluar dari bilik beliau tu, beliau koyakkan kertas yang tersalah print tadi. Beliau cakap kat saya yang beliau kena ganti balik kertas ni. Saya tanya kena ganti kenapa Dr? Beliau cakap beliau dah salah guna kertas ni dan dah bazirkan kertas ni. Kerajaan takkan cakap apa dan takkan persoalkan pun hanya kerana sehelai kertas ni. Tapi antara saya dengan tuhan mungkin akan dipersoalkan. Jadi kena ganti. Walau hanya sehelai kertas ianya masih dibeli menggunakan hak orang lain. Tak patut beliau bazirkan. Katanya, selalu kalau kertas ke, telefon, memo, pen atau apa-apa yang dirasakan boleh dibeli guna duit sendiri beliau beli sendiri je supaya tak tersalah guna untuk kegunaan peribadi. Katanya takut dipersoalkan kelak. Subhanallah…Sangat-sangat tersentuh…Kalau saya sekadar sekeping kertas dan kita bukan sengaja nak bazirkan kertas tu, mungkin tak terfikir pun kemungkinan Allah akan menyoal saya di akhirat kelak.

Terfikir pulak saya, selama ni saya bekerja sebagai Narrator kt E-Educator USM tu, adakah saya layak menerima sejumlah penuh wang gaji saya. Khuatir jika saya mengambil gaji penuh tapi waktu kerja saya tidak menggunakan sepenuhnya untuk kerja. Masih berbalas email, menjenguk facebook ketika kerja. Hmm…Alhamdulillah dalam Islam ada konsep zakat untuk menyucikan harta kita dari terambil yang bukan hak kita. Ayuh, sucikan diri dan harta kita.

~People May Not Question You…But Allah Will~

allah-is-not-unjust

Renung-renungkanPointing up

With Love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter