10 December 2016

Being a Young Lecturer

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

     

frederickdouglassifthereisnostruggle 

"Struggle for life. Because struggle is something you doing for something you value. In our culture, it usually consider to be a bad word. But, I wanna make it to be the norm. That is, if you are not struggling for something, you are not growing, you are not living." -Carol Dweck-

    

Alhamdulillah, sudah 3 semester saya mula mengajar di Pusat Pengajian Sains Fizik, USM. Bermula 3/9/15 sebagai Pensyarah sandaran sementara menyiapkan pembetulan untuk tesis selepas viva dengan menyelia Makmal 200, praktikal makmal bagi pelajar tahun 2. 25/2/16 saya mula diamanahkan untuk mengajar dua kursus iaitu Anatomy and Physiology (Undergraduate) dan Radiation Biophysics (Master). Semester ini bermula September 2016, saya mengajar kursus Radiation Protection 1 (Master) pula. Bergelar pensyarah baru, pensyarah muda yang tidak mempunyai pengalaman mengajar sebelum ini melainkan berkerja sebagai guru sandaran selama 3 bulan di SMK Sg Nibong memerlukan saya bekerja dengan lebih kuat untuk memenuhi peranan ini.

Memulakan kerjaya ini memang memberikan satu cabaran buat saya. USM merupakan universiti penyelidikan. Ini membuatkan pensyarah di sini bukan hanya perlu mengajar tetapi dalam masa yang sama perlu menjadi seorang penyelidik. Cabaran dalam mengajar apabila saya perlu mengajar pelajar Master sedangkan ini adalah pertama kali saya mula mengajar di universiti. Saya perlu bekerja keras untuk memahami keseluruhan kursus sebelum saya boleh mengajarnya kepada pelajar. Dari sudut penyelidikan pula, saya perlu memikirkan cara untuk memulakan penyelidikan menggunakan alatan yang tersedia di makmal pusat pengajian. Penyelidikan PhD saya menggunakan laser dan sampel darah. Tiada kelengkapan yang tersedia di makmal ini untuk saya menyambung tajuk penyelidikan saya. Saya memerlukan masa untuk mengadaptasi situasi ini.  Sama ada menukar bidang atau memikirkan cara untuk membuat kolaborasi dengan makmal lain. Yang lebih merunsingkan saya, memandangkan makmal di pusat pengajian adalah makmal fizik, tiada bahan kimia tersedia atau kelengkapan yang asas pun untuk saya kendalikan sampel darah. Tanpa geran, ianya sangat sukar buat saya memandangkan banyak perkara asas saya perlu dapatkan untuk permulaan. Buat masa ini pun, banyak yang terpaksa saya dahulukan duit sendiri. Belum mengambil kira kelulusan etika manusia yang masih lagi belum selesai memandangkan saya menggunakan sampel darah untuk penyelidikan.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaanNya dan aturannya saya bergelar pensyarah. Saya sangat menyukai kerjaya ini. Ya, cabaran ada di mana-mana. Yang membezakan adalah bagaimana sikap kita dalam menghadapi dan mengharungi cabaran tersebut. Jika kita memandang sesuatu dari sudut positif, insyaallah perkara-perkara yang positif juga yang kita akan dapat. Pertama kali mengajar memang agak gugup dan pastinya banyak kekurangan. Pada saya, beri peluang kepada diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik. Saya pernah bertanya kepada Prof Mushtak Al-Atabi semasa beliau datang memberikan syarahan tentang MOOC bagaimana saya dapat mengenepikan rasa tidak yakin kerana saya masih muda dan tidak berpengalaman. Nasihat beliau, mulakan langkah demi langkah. Tidak perlu terburu-buru tapi bukan maksudnya melengah-lengahkan. Tapi, kita manusia ada keterbatasan. Selesaikan satu kemudian mulakan pula yang seterusnya. Insyaallah lama-lama, kita akan mula mendapat hasilnya.

Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain. Kita perlu bina keyakinan dengan diri sendiri barulah orang lain akan yakin dengan kita. Apa yang saya harapkan pada masa akan datang, saya mampu berikan yang terbaik buat Ummah. Itulah impian saya pada akhirnya walau apa jua kerjaya yang saya miliki. Allah takdirkan saya bergelar pensyarah walaupun ianya tiada dalam perancangan saya sebelum ini. Tidak pernah terdetik di hati saya untuk menjadi pensyarah dan bekerja di USM. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasihNya yang berterusan buat saya. Menjadikan saya seorang yang tidak sombong dan lupa diri dengan nikmat yang telah Dia berikan kepada saya.

 

msc med phy

Pelajar pertama saya. Terima kasih kerana bersama-sama saya dalam memori pertama saya sebagai pensyarah. Red heart

 

rad sci

Pelajar kedua saya. Saya sangat suka kelas ini. Setiap kelas kami seperti satu diskusi. Terima kasih atas kerjasama dari anda semua. Red heart

 

P/s: Mencuba yang terbaik menulis semuanya di dalam bahasa melayu sebagai praktis memandangkan saya ada peperiksaan bahasa melayu minggu depan. Susahnya mengarang di dalam bahasa melayu berbanding bahasa Inggeris kerana dah lama tinggalkan penulisan dalam bahasa melayu secara penuh. Doakan saya! Smile

 

Looking forward for more enjoyable memories in the future. Red heart

Love,

NUR

1 comments:

Mariam Abdul Rahim

Alhamdulillah..semoga Dr akan terus berjaya menjadi pendidik yg cemerlang ��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter