25 March 2014

Visi Ummatik

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, hari ini genap 1 tahun 10 bulan perkahwinan saya suami. Terasa semakin bahagia dari sehari ke sehari. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang cukup bernilai buat saya. Semakin hari terasa semakin cerah visi dan matlamat untuk menggapai redha Allah melalui perkahwinan ini.

Hampir 8 tahun yang lepas pada tahun 2006, saya sudah melangkah ke Matrikulasi, selangkah lagi untuk ke menara gading. Alhamdulillah, masih mampu kukuh dan utuh mempertahankan diri saya semampunya sebagai seorang Muslimah walaupun ketika itu sudah jauh dari keluarga. Fasa yang baru ini buat saya, merupakan titik tolak satu perubahan yang besar buat saya. Sebelum ini sebagai pelajar, perkara yang paling saya mahukan adalah berjaya di dalam SPM dan akhirnya melangkahkan kaki ke universiti. Seterusnya saya mahu mengejar cita-cita saya yang ketika itu ingin menjadi ahli astronomi. Saya mencari-cari ketika itu, adakah sebagai seorang Muslim, hidupnya semata-mata untuk itu?

Akhirnya Allah temukan saya dengan seorang sahabat yang menyedarkan saya akan peranan penting sebagai seorang Muslim iaitu berdakwah. Menjadi Muslim bukan semata-mata untuk menjaga dirinya dan keluarganya sahaja untuk ke syurga, tetapi turut sama mngajak orang lain kembali kepada Allah. Di situlah permulaan saya mengenai dakwah. Di Matrikulasi saya tidaklah seaktif mana untuk terlibat dalam organisasi untuk tujuan ini, tapi Alhamdulillah, dengan karakter juga saya mampu mengislahkan mereka. Mencuba yang terbaik sekadar dalam lingkungan batasan kemampuan saya ketika itu.

2007, saya diterima untuk menyambung ijazah di USM dalam bidang fizik perubatan. Bidang yang saya sebenarnya tidak pernah terfikir untuk mempelajarinya. Saya target selepas matrikulasi untuk ambil jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa memandangkan jurusan astronomi tidaklah begitu praktikal di malaysia atas nasihat kaunselor ketika itu. Saya mula menyusun langkah ketika di USM dan mula terlibat secara rasmi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti dakwah di kampus. Saya mula terlibat dengan Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) dan dalam masa yang sama mula mengikuti Kelas Perbandingan Agama (KPA) anjuran IPSI. DI tahun 2 ijazah, saya diberi amanah dalam 3 persatuan iaitu Persatuan Fizik, Kelab Perbandingan Agama (IPSI) dan Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ). Ketiga-tiga proksi ini mempunyai fokus yang berbeza buat saya tapi cara pandangnya pada saya tetap pada matlamat yang satu iaitu untuk Islam terus subur.

Saya tidaklah ingin menceritak segala yang saya pernah ceburi tetapi sekadar cebisan dari situ, ia menyedarkan saya akan satu visi, iaitu visi ummatik. Ayat ini sentiasa disebut-sebut apabila saya terlibat secara langsung didalam badan-badan organisasi secara rasmi. Dalam pada itu, saya mula juga melihat senior-senior yang dulunya sungguh lantang bersuara dan aktif di dalam gerak kerja tetapi akhirnya ‘gugur’ apabila telah bergraduasi dan berkahwin. Sungguh saya takut perkara ini akhirnya menimpa saya jua. Setelah Allah pilih saya untuk berada di jalan ini, saya mengharapkan Dia tetap memperteguhkan saya untuk terus berada di jalan ini walaupun sudah bergraduasi, bekerja dan berkahwin.

        

969900_10203126632223774_1605070700_n

   

Alhamdulillah saya sudah habis membaca buku ini. Buku yang sangat baik untuk dijadikan bahan bacaan serta dorongan untuk meneruskan visi ummatik ini melalui pembentukan keluarga. Saya kembali mengimbau kenangan didikan umi dan abah semasa masih kecil. Sungguh tegas di dalam bab persoalan agama anak-anak. Bukan hanya tahu mnyuruh tetapi turut memantau. Saya masih ingat juga ketika di sekolah rendah, kami sekeluarga akan ke rumah sahabat abah berama-ramai berkumpul untuk sesi tarbiah. Walaupun masih kecil, tetapi tetap pengisian itu bersesuaian dengan umur kami. Sudah mula berukhwah dengan makan di dalam talam beramai-ramai. Walaupun kenangan itu semakin lama semakin pudar memorinya, tetapi perasaan indah itu masih terasa. Didikan awal dalam sebuah keluarga sangat penting bagi menghasilkan generasi yang berkualiti bukan hanya banyak kuantitinya.

Visi ummatik yang diterapkan dalam keluarga Ahmad Ammar mampu menjadikan beliau insan yang outstanding bukan hanya dunia tetapi perihal akhirat jua. Inilah juga cita-cita saya apabila sudah berkahwin. Sepanjang tempoh pertunangan saya dan suami sebelum ini, saya cuba memahamkan beliau akan visi dan misi saya apabila berkahwin kelak. Apa cita-cita dan perancangan saya. Pada saya perkahwinan bukan sekadar untuk berseronok tetapi ada misi yang besar dan penting di sebaliknya. Saya mahu suami saya turut mendokong visi dan misi saya yang ini. Saya mahu terus berada di jalanNya walaupun sudah bergelar isteri dan ibu kelak.

Untuk merealisasikan visi ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pastinya ia menuntut pengorbanan yang besar. Bermula dari kami suami isteri dan semoga mampu diteruskan pula oleh zuriat kami kelak. Semoga Allah memudahkan langkah kami untuk mencapai visi ini.

   

image

    

Pesanan buat sahabat dan adik-adik muslimah sekalian, walaupun yang mengetuai keluarga itu adalah suami, tetapi anak-anak itu bakal lahir dari rahimmu. Persiapkan dirimu sebaiknya sebelum melangkah untuk membina baitul muslim.

“Muslimah yang hebat dan bagus itu, bukanlah yang banyak masanya di rumah dan kurang masanya di luar atau yang banyak masanya di luar dan kurang masanya di rumah. Tetapi Muslimah yang hebat itu adalah yang mampu mengimbangi antara keduanya.”

  

With Love,Red heart

NUR

13 March 2014

PhD Journey: Genap 2 Tahun

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Masyaallah, terasa terabai sungguh blog ni kebelakangan nie. Walau cuba juga untuk membuat catatan di sini, tapi akhirnya post yang di karang masih belum boleh dipublish kerana belum siap sepenuhnya. Akan cuba lebih gigih lepas nie menghabiskan setiap draft yang ada.

Alhamdulillah, 20 February 2014 yang lepas genap dua tahun pengajian saya di peringkat PhD. Sepanjang tempoh setahun yang lepas, banyak sungguh cabaran dan ujian yang terpaksa ditempuhi. Banyak juga yang saya ketepikan untuk terus fokus pada labwork PhD ni. Tahun lepas merupakan tahun ‘critical’ buat saya memandangkan target saya sebelum masuk ke tahun ketiga pengajian, semua labwork sudah mampu saya siapkan.

Unfortunately, saya masih belum mampu habiskan labwork.huhu… Di kejutkan pula dengan berita supervisor saya bakal bersara tahun depan. Lagi kelam kelibut pulak jadinya. Target untuk kali nie adalah, akan cuba hantar thesis by end of this year. 30/12/14. Mampu ke? Entah. Masa dapat berita ni hujung bulan 12 hari tu. Masih ada setahun lagi, insyaallah boleh. Tapi ni dah masuk pertengahan Mac, macam takde progress yang memberangsangkan pun dari segi penulisan thesis. Labwork untuk last objective pun belum selesai lagi. Ape-ape pun, akan cuba yang terbaik untuk hantar hujung tahun nie. Chayyok! Smile

 

One-more-datapoint-this-year

  

Setahun yang lepas, Alhamdulillah dapat experience lebih banyak benda baru. Walaupun banyak peritnya juga. Saya pelajar fizik dan tak pernah involve dengan experiment yang melibatkan biology sebelum ni. Tetiba sekarang ni kena handle biological sample pulak. Masa mula research pun kefahaman saya tentang sampel yang bakal digunakan dalam kajian saya pun mungkin hanya 10 %. As time goes by, Alhamdulillah the knowledge is keep increasing more and more. Of course I got it through sweat and pain.huhu… But, it worth it. I’ve started to understand better and wiser in making decision and planning for my research. I’ve started to realise many things that need to be corrected for my research. I felt like playing jigsaw puzzle. The broken pieces now finally getting fixed one by one and insyaallah will be finish it soon. I’m lovin it. Party smile

 

20131126_145259

20140305_115314

This is my workplace last year. Alhamdulillah I’ve completed this experiment last week.. Hot smile

    

Last experiment saya insyaallah akan dibuat di tempat lain pulak. Tadi dah jumpa co-supervisor untuk bincang last part of experiment together with pegawai sains. Alhamdulillah, dah nampak jalannya untuk selesaikan last part nie. Inilah experiment yang paling susah nak jalankan pada saya sebab lack of expertise here. Dah cuba work on it since September 2013. Macam-macam masalah akhirnya baru hari nilah, Allah tunjukkan jalan keluar. Semoga Allah permudahkan hingga ke akhirnya.

Sekarang saya dah tak tinggal di Hostel. Alhamdulillah dah ada rumah sendiri dan tinggal bersama suami. Cabaran utam adalah, mentaliti berada di rumah, tak yah study. Rehat je.huhu… Sungguh susah nak lawan mind set sendiri. Insyaallah akan mujahadah lebih lagi.

  

20140221_151550

Selamat tinggal IH… Ni balance je barang saya. Baaaaanyak sangat barang yang ada kat hostel ni. Dah bawak balik rumah sewa sampai sekarang sebelum habis kemas barang yang digunakan masa di hostel IH ni.huhu

    

20140210_104433

My new spot now… Red heart

    

20140309_213824 

Our ‘Mini Library’…Red heart

 

Fuh! 1 year more to go. Please pray for me! Winking smile

   

With Love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter