31 October 2011

Dari i-Teacher kepada r-Teacher

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Sebelum ni saya bekerja sebagai imaginary Teacher (iTeacher) dekat E-Educator Penang. Kerjanya setiap hari cuma berada di depan laptop dan membuat alat bantuan mengajar. Saya terlibat dengan bahan bantuan menggunakan power point. Makanya perlu menyiapkan slide untuk topic bagi subjek-subjek tertentu. Tapi tugas utama saya adalah sebagai Narrator iaitu membuat narration bagi setiap slide yang telah di siapkan. Kiranya macam mengajar tapi hanya komunikasi satu hala. Saya sempat bekerja kat sana full time dalam sebualan setengah. I enjoyed the work actually just sometimes feel very tired coz you just sit there from morning till evening.

Then, last month, 12/9 saya dapat call dari PPD Penang untuk jadi guru ganti dekat SMK Sg Nibong. Memang excited la time tu. Sebabnya satu je, jadi cikgu ganti gajinya di bayar lebih banyak dari tempat kerja sekarang.Huhu…Bukan la mata duitan tapi sebab tengah kumpul duit untuk futher Phd pulak ni sementara duit scholar masuk so mengharapkan ada kerja sementara yang gajinya ok sikit dari sekarang. So 13/9 bermula kerjaya baru saya dari iTeacher kepada real teacher r-Teacher.

Saya mengajar sesi petang iaitu sesi persekolahan bermula pada pukul 12-6.50 pm. Balik sekolah memang dah gelap lah dan pelajar bagi sesi petang pulak cuma pelajar Form 1 dan Form 2 sahaja. Saya diberi tanggungjawab untuk mengganti cikgu yang bersalin mengajar subjek Sains (Form 1) dan Pendidikan Seni Visual – PSV (Form 2). Untuk subjek sains tu ok la since that’s my field. But for PSV, terkial-kial jugak kot. Tak pernah belajar ape-ape pun pasal PSV dulu masa sekolah then tetiba mengajar subjek ni pulak. Tapi lepas tanya-tanya dekat guru lain yang mengajar subjek ni bolehlah jugak mengajar dengan bantuan buku rujukan yang ada. Tapi kadang-kadang soalan yang ditanya oleh student unexpected jugk. Nasib baik ada LG-500 ni. Sekolah ni ada wireless. So bolehlah mintak bantuan dari Cikgu Google.

p500_optimus_one_white_gold_315980434

Smart phone ni sangat berguna…

My first impression on first day as a teacher is..

“now I know the reason why I don’t wanna be a teacher” …huhu..

Hari ketiga saya mengajar di sekolah tu, berlaku kes di mana pelajar menjatuhkan besi dari tingkat atas kepada seorang guru yang berada di tingkat bawah masa tu. Memang kecoh sangatlah time tu. Lepas tu pulak kecoh pasal kereta cikgu kena calar dengan besi tajam. Nak pergi cat dan tinted balik cost about RM600 jugak kot. And the worst is,pelajar yang buat tu adalah pelajar dari kelas yang saya pegang. Tak pasal-pasal terconteng arang ke muka saya sebagai guru kelas. Memang seminggu kat situ rasa macam nk quit jugaklah. Tapi takpela sabar dulu. Now dah dekat sebulan, masih lagi sakit kepala dengan mereka. Langsung tak respect kita sebagai guru.Ingatkan saya je yang di treat sebegitu. Tapi rupanya tengok guru-guru lain pun sama je. Lagi pening kepala bila saya pulak diamanahkan mengajar pelajar kelas-kelas hujung. Memang macam tongkang pecahlah. Marah pun bukan diorang dengar. Kadang-kadang bila marah mula la masing-masing buat muka pastu tergelak balik.

“Cikgu ni marah tapi gelak.Mana diorang nak dengar.” Teguran  seorang pelajar..huhu

Nak wat camne. Kalau marah sangat-sangat rasanya lama-lama boleh kena sakit jantung kot. Now another 2 weeks left to be in that school. Hope everything will just find till the end. Even diorang nakal-nakal pun, diorang ok je sebenaranye even terasa macam kita ni invisible je dalam kelas tu. Kadang-kadang termenung jauh, camne la nanti dah diorang semua dah besar. Baru Form 1&2 tapi perangai masing-masing dah macam tu. Macammana la dengan generasi akan datang. Something to ponder about…..

NUR

1 comments:

faris

Memang mencabar tapi once kita tackle the problems. Kita akan jadi lebih enjoy untuk mengajar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter