31 October 2011

Dari i-Teacher kepada r-Teacher

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Sebelum ni saya bekerja sebagai imaginary Teacher (iTeacher) dekat E-Educator Penang. Kerjanya setiap hari cuma berada di depan laptop dan membuat alat bantuan mengajar. Saya terlibat dengan bahan bantuan menggunakan power point. Makanya perlu menyiapkan slide untuk topic bagi subjek-subjek tertentu. Tapi tugas utama saya adalah sebagai Narrator iaitu membuat narration bagi setiap slide yang telah di siapkan. Kiranya macam mengajar tapi hanya komunikasi satu hala. Saya sempat bekerja kat sana full time dalam sebualan setengah. I enjoyed the work actually just sometimes feel very tired coz you just sit there from morning till evening.

Then, last month, 12/9 saya dapat call dari PPD Penang untuk jadi guru ganti dekat SMK Sg Nibong. Memang excited la time tu. Sebabnya satu je, jadi cikgu ganti gajinya di bayar lebih banyak dari tempat kerja sekarang.Huhu…Bukan la mata duitan tapi sebab tengah kumpul duit untuk futher Phd pulak ni sementara duit scholar masuk so mengharapkan ada kerja sementara yang gajinya ok sikit dari sekarang. So 13/9 bermula kerjaya baru saya dari iTeacher kepada real teacher r-Teacher.

Saya mengajar sesi petang iaitu sesi persekolahan bermula pada pukul 12-6.50 pm. Balik sekolah memang dah gelap lah dan pelajar bagi sesi petang pulak cuma pelajar Form 1 dan Form 2 sahaja. Saya diberi tanggungjawab untuk mengganti cikgu yang bersalin mengajar subjek Sains (Form 1) dan Pendidikan Seni Visual – PSV (Form 2). Untuk subjek sains tu ok la since that’s my field. But for PSV, terkial-kial jugak kot. Tak pernah belajar ape-ape pun pasal PSV dulu masa sekolah then tetiba mengajar subjek ni pulak. Tapi lepas tanya-tanya dekat guru lain yang mengajar subjek ni bolehlah jugak mengajar dengan bantuan buku rujukan yang ada. Tapi kadang-kadang soalan yang ditanya oleh student unexpected jugk. Nasib baik ada LG-500 ni. Sekolah ni ada wireless. So bolehlah mintak bantuan dari Cikgu Google.

p500_optimus_one_white_gold_315980434

Smart phone ni sangat berguna…

My first impression on first day as a teacher is..

“now I know the reason why I don’t wanna be a teacher” …huhu..

Hari ketiga saya mengajar di sekolah tu, berlaku kes di mana pelajar menjatuhkan besi dari tingkat atas kepada seorang guru yang berada di tingkat bawah masa tu. Memang kecoh sangatlah time tu. Lepas tu pulak kecoh pasal kereta cikgu kena calar dengan besi tajam. Nak pergi cat dan tinted balik cost about RM600 jugak kot. And the worst is,pelajar yang buat tu adalah pelajar dari kelas yang saya pegang. Tak pasal-pasal terconteng arang ke muka saya sebagai guru kelas. Memang seminggu kat situ rasa macam nk quit jugaklah. Tapi takpela sabar dulu. Now dah dekat sebulan, masih lagi sakit kepala dengan mereka. Langsung tak respect kita sebagai guru.Ingatkan saya je yang di treat sebegitu. Tapi rupanya tengok guru-guru lain pun sama je. Lagi pening kepala bila saya pulak diamanahkan mengajar pelajar kelas-kelas hujung. Memang macam tongkang pecahlah. Marah pun bukan diorang dengar. Kadang-kadang bila marah mula la masing-masing buat muka pastu tergelak balik.

“Cikgu ni marah tapi gelak.Mana diorang nak dengar.” Teguran  seorang pelajar..huhu

Nak wat camne. Kalau marah sangat-sangat rasanya lama-lama boleh kena sakit jantung kot. Now another 2 weeks left to be in that school. Hope everything will just find till the end. Even diorang nakal-nakal pun, diorang ok je sebenaranye even terasa macam kita ni invisible je dalam kelas tu. Kadang-kadang termenung jauh, camne la nanti dah diorang semua dah besar. Baru Form 1&2 tapi perangai masing-masing dah macam tu. Macammana la dengan generasi akan datang. Something to ponder about…..

NUR

19 October 2011

Rule in Humanity 2

In The Name of Allah The Most Gracious


Melihat komen dari post Rule in Humanity yang lalu membuatkan saya menulis coretan kedua tentang Rule in Humanity. Dah lama coretan ni buat tapi belum berkesempatan menyiapkan.  Betul assumption itu perlu dalam hal-hal yang tertentu. Jika tentang hablum minallah (hubungan dengan Allah), dalam apa jua keadaan dan situasi kita memang perlu sentiasa membuat anggapan tetapi anggapan yang baik. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita baik atau buruk semuanya ada kebaikan buat kita hambaNYA. Allah takkan pernah menzalimi hambaNYA tetapi kita sebagai hamba yang selalu menzalimi diri sendiri.

"coba untuk menentukan
teka-teki kehidupan
Tuhankan beri jawaban
untuk semua yang telah terjadi
biarkan waktu yang menghakimi
yakinlah di balik semua cobaan
tersimpan rahasia Tuhan yang tak terungkapkan
janganlah menyalahkan keadaan
yang kini terjadi sepenuhnya ku serahkan padaMu"
RAHASIA TUHAN - VENUE

Bagi hablum minannas (hubungan dengan manusia), Allah juga menekankan kita supaya bersangka baik antara satu sama lain. Tidak menuduh tanpa usul periksa dan bukti.

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah
kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian
prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu
mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah
sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain.
Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging
saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa
jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha
Penyayang." (Surah Al-Hujurat:12)

Malik recorder that Abu Hurairah, May Allah be pleased with him, said that Allah's Messenger said,
(Beware of suspicion, for suspicion is the worst of false tales; do not spy on one another; do not look for other's faults; do not be jealous of one another; do not envy one another; do not hate one another; and do not desert(shun) one another. And O Allah's servants! Be brothers!

When you accusing something of he doesn't do,at the end of the day you may lose someone that you really love in your life. Berbuat dosa pada Allah lebih mudah untuk kita mendapat keampunan as long as we seeking for forgiveness through repentant. But,if we did wrong to humankind, you will have to seek for forgiveness until that person forgive you. Or you may end up in the hellfire because of your wrongdoings to other people.  Semoga Allah jauhkan dari membuat kejahatan kepada manusia dan menjauhkan kita dari kejahatan manusia. Ameen. Wallahua'lam.
NUR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter