04 July 2011

Rules in Humanity

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

 

 

Rule pertama dalam human business...
"Never assume. Ask."
~ HLOVATE

Bila melibatkan hubungan antara manusia, ada masanya kita tak dapat lari dari salah faham antara satu sama lain. Saya sendiri pun pernah terlibat dengan salah faham yang akhrinya mengubah keseluruhan hidup saya dalam sekelip mata. Silapnya cuma satu. Kita membuat anggapan dan sangkaan tanpa bertanya sendiri sama ada betul ke sama seperti yang kita anggapkan.

Saya berada dalam bidang fizik. Dalam fizik, "Physics is nothing without assumption." Sebab fizik ni, kita bukan boleh observe sama seperti kimia dan biologi. Semua konsep fizik berdasarkan assumption. Dari assumption ini, akan wujud lagi satu assumption yang kemudiannya cuba dibuktikan melalui eksperiment. Jika ada significant result daripada experiment tu, assumption yang di buat tadi di kira betul. Tapi apabila ada reseacher lain pulak yang cuba menguji assumption tadi dengan experiment yang lain, assumption yang tadinya dibuktikan benar berkemungkinan akan dibuktikan salah pula oleh reseacher yang lain. Begitulah seterusnya untuk konsep yang lain.

Tapi dalam Islam, konsepnya lain. Contohnya Jika kita mengkaji makna di sebalik Al-Quran, kita akan kaji dari ayat tersebut kemudian rungkaikan teori di sebalik ayat tersebut. Bukan kita mencipta suatu teori dan kemudian mencari ayat Al-quran yang menyokong teori kita. Islam mengajar kita supaya mencari kebenaran di sebalik sesuatu dari sumbernya sendiri. Bukan kita mencipta dan kemudian mencari sesuatu untuk menyokong apa yang kita cipta. Same goes when it talks about human relations. Kita ada hak yang perlu di tunaikan sesama manusia. Jika ada kemusykilan, bertanya kepada yang berhak, iaitu tuan punya badan sendiri. Bukan dengan kita membuat sangkaan berdasarkan apa yang kita lihat dan dengar.

Ape pun...Setiap yang berlaku ada hikmahNya..Kembalilah kepada DIA Yang Maha Mengetahui..Pintalah kepada DIA sebelum meminta kepada manusia.Apabila menerima sesuatu, selidikilah. Moga itu kebenaran yang di cari.Wallahua'lam.

 

NUR

2 comments:

faizalnizam

people assume because they want to avoid of guilty feeling. so people keep assume.

Rozlan Daud

sifat manusia secara fitrahnya suka assume..Sbb itulah jg dlm Islam ada istilah "husnudzan = beranggapan baik"..Apa pun, anggapan itu perlu dalam hal-hal yg tertentu..sbg contoh, kita sentiasa beranggapan baik terhadap ketentuan Allah swt utk kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter