In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Sekarang ni tengah minggu exam. Dah selesai satu paper pagi tadi. Agak spoil tapi harapnya ok je insyaallah...Ni mungkin exam terakhir dalam hidup saya memandangkan kalau sambung phD pun takkan ada exam dah lepas ni.
Kelmarin ada short interview dengan Bro Nidal, CEO dari Inayah Group. Inayah Group ni salah satu company Islamic Finance. Sebelum ni saya ada satu soalan pasal gaji yang kita terima kalau kita kerja kat bank yang tidak mengamalkan perbankan islam. Of course bila pinjaman di luluskan oleh bank, akan disertai jugak dengan riba' or kita panggil interest. Pernah jugak terdetik di hati taknak kerja dekat bank sebab ragu-ragu dengan gaji yang bakal saya terima walaupun agak mudah untuk dapat kerja dekat bank berbanding tempat lain.
So dalam perjalanan ke tempat yang agak sesuai untuk discuss pasal kerja, saya bertanya pasal gaji kalau kita kerja kat bank. Menurut Bro Nidal kalau merujuk kepada Yusuf Qardhawi, gaji yang di terima memang haram tetapi boleh di ambil kira kondisi kalau kita memang tak dapat kerja lain selain dari kerja kat bank ataupun kita dapat offer kerja lain tapi gaji yangt ditawarkan lebih kecik dari yang ditawarkan oleh bank tempat kita bekerja dan gaji tersebut tak dapat menampung kos sara hidup kita, ia dikira darurat dan kita boleh bekerja di bank tersebut. Tapi bila kita dah dapat kerja lain, kita mesti cepat-cepat cari kerja lain.
Kalau mengikut pendapat Bro Nidal, kalau kita betul-betul serius nak mencari gaji yang halal, kita akan jumpa alternatifnya sebab kita takkan cari kerja yang berkaitan dengan tu in the first place. Saya pun rasa, daripada kita terlibat dengan benda yang syubhat lebih baik mengelak dari awal.
Sedikit carian tentang bekerja di bank oleh Ustaz Zaharuddin. Boleh klik link di bawah.
Wallahua'lam.
Hukum Kerja di Bank dan Insuran Konvensional
NUR
1 comments:
ermmmmmmmmmmmmm
Post a Comment