Raya ke-4 saya ke rumah makcik di wakaf bharu dan bermalam di sana. Saje je mengambil peluang merapatkan ukhwah kebetulan sepupu saya yang belajar di Mesir balik ke Malaysia raya kali ni. Masa kecik-kecil dulu kami memang rapat. Tapi bila dah besar ni, masing-masing dah sibuk dan dah jalan hidup masing-masing.
Abah saya dan suami makcik saya ni dulu satu usrah. Merekalah yang memperkenalkan abah dengan umi dan alhamdulillah bahagia sampai sekarang.
Saya diperkenalkan dengan Mu'jam, iaitu daftar isi ayat al-Quran oleh makcik. Saya tak pernah dengar pulak sebelum ni perkataan Mu'jam tu. Slah satu cara kita nak memahami Al-quran, boleh juga menggunakan mu'jam. Mu'jam digunakan untuk mencari ayat- ayat Al-quran yang berkaitan dengan ayat yang sedang kita kaji.
Rupanya Mu'jam ni abah ada je. Petang tu lepas solat asar, terus saya selongkar almari kitab-kitab abah. Jumpalah dengan mu'jam al-quran. Dah di makan ulat pun. Al-maklumlah dah lama terbiar je kat dalam almari. Kebanyakan kitab abah dalam bahasa Arab. Manalah faham nak baca. Tengah saya selongkar almari tu, abah pun duduk kat sebelah saya. Abah pun ceritalah sikit pasal kitab-kitab yang ada kat dalam almari tu. Selalu je sebenarnya saya selongkar kitab-kitab kat situ. Tapi bukanlah tau sangat apa kitab-kitab yang ada kat situ.
Abah ajar saya macammana nak guna mu'jam tu. Contoh surah al-fatihah ayat 7: