25 June 2013

Tautan hati (Mahabbah Circle)

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Bismillah,

Masyaallah, dah lama sungguh tinggalkan penulisan di blog ni. Sibuk sangat ke empunya diri ni? huhu…. Tak sibuk pun sebenarnya tapi buat-buat sibuk. Banyak kerja-kerja Phd yang masih tertangguh dan tak selesai, jadi rasa bersalah nak luang masa untuk blog ni. Tapi akhirnya decide, kalau tak boleh buat semua, sekurang-kurangnya jangan tinggal semua.

Beberapa hari ni dah senyap sunyi USM. Pelajar degree dah mula kembali ke kampung masing-masing untuk cuti semester. Tinggal sebahagian je lagi yang belum habis final exam.

Alhamdulillah, sepanjang setahun sidang lepas di USM (2012-2013), nikmat terindah buat saya adalah sahabat-sahabat dan adik-adik pelajar kelas perbandingan agama. Bila rasa macam down je, jumpa mereka ni pasti akan ada suntikan kekuatan yang baru. Inilah yang dinamakan ukhwah kerana Allah. Bertemu semata-mata untuk mencari redha Allah, bukan untuk kepentingan dunia.

Selaku naqibah, saya punya kekurangan yang banyak terutama dari segi ilmu. Walaubagaimanapun saya mencuba sebaiknya untuk menyampaikan apa yang saya yakini betul sekadar kebatasan ilmu saya dan mengharap teguran dari adik-adik sekiranya terdapat kesilapan dalam setiap penyampaian saya.

Semoga Allah redha dengan semua perkongsian yang saya sampaikan. Ameen.

  

halaqah halaqah2

Ini halaqah pertama yang saya buat tahun lepas selepas sekian lama tak handle halaqah. Boleh baca kat sini coretan saya tentang halaqah pertama ni: DI SINI

  

Halaqah sangat penting dalam sebuah gerakan yang melksanakan gerak kerja Islam kerana halaqah bermanfaat bagi meningkatkan self development ahlinya. Halaqah yang berlangsung secara berterusan secara rutin akan menghasilkan semangat kebersamaan (ukhwah Islamiyyah) yang pastinya hanya kerana Allah. Ahlinya juga akan belajar untuk saling memimpin dan dipimpin, belajar bekerjasama, belajar berdikusi, menyampaikan idea serta belajar berkomunikasi antara satu sama lain. Semua ini sangat penting bagi kematangan peribadi seseorang yang bergelar dai’e.

Umat Islam akan mengalami kerugian yang besar jika sistem halaqah tidak berkembang dan tidak berjalan. Hal ini kerana halaqah merupakan pendekatan efektif untuk melahirkan pekerja-pekerja Islam yang teguh pendiriannya dan siap berkorban memperjuangkan Islam. Bahkan, mungkin dapat disebut, jika sistem halaqah tumpul dan mandul, maka umat akan mengalami situasi “lost generation” (kehilangan generasi pewaris) yang berkarakter Islami.

 

    

HALAQAH 17/5/13

20130517_14482320130517_145035

20130517_14514320130517_145930

20130517_152950

Ini yang kami cuba hasilkan… Winking smile

 

HALAQAH TERAKHIR 22/6/13 – TASIK FAJAR HARAPAN, USM

20130622_185236

20130622_185135

20130622_185205

 

DSCN0910P1190034

Mereka pengubat rindu saya buat kalian….. Red heart

 

Walaupun halaqah yang saya buat ni jauh dari kesempurnaan, tapi sekurang-sekurang ia terlaksana sebagai permulaan. Semoga akan ada generasi selepas ini akan meneruskan usaha yang saya buat ini. Sungguh ia sumber kekuatan saya untuk terus berada dalam gerak kerja Islam. Tanpa mereka pasti saya gugur di pertengahan. Allah hadirkan mereka buat saya sebagai peringatan untuk terus teguh berada bersama mereka yang berjuang untuk menyebarkan kalimahNYA di bumi Allah ini.

Pesan yang saya titipkan buat mereka,

“Andai lepas ni akak tidak lagi di sini bersama kalian untuk meneruskan halaqah ini, pastikan anda semua berusaha untuk kekalkan halaqah ini sesama kalian.”

O Allah, terima kasih atas nikmat kurniaan sebuah ikatan bernama ukhwah ini.

 

With Love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter