In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum…Selamat Pagi…Semoga kita berada di dalam rahmat Allah selalu…=)
Today I wanna share my journey and experience attached with Islamic Propagation Society International (IPSI).
“Islamic Propagation Society International (Penang), Malaysia is a non-government, non-political organisation, popularly known as IPSI (Penang). The primary concern of IPSI is none other than to disseminate the word of Allah via the sincere promotion of the reading, understanding and practising of the Qur'an and As-Sunnah. IPSI devotes its activities in reminding mankind of his fitrah; the worship of the One and Only God.
IPSI's message is simple and direct. Our call is the call of our beloved Prophet Muhammad (may Allah exalt his mention), the voice which calls on humanity as a whole to awake and hearken to the sublime message from the Lord, Cherisher and Creator of all the worlds. IPSI struggles to deliver the message of Islam to people from all walks of life through its public lectures, seminars, forums, exhibitions and various assortments of printed and electronic mediums.”
To make it simple, IPSI adalah sebuah NGO yang fokusnya adalah dakwah kepada mereka yang belum Islam agar mereka menerima mesej yang “Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad Utusan Allah”.
Langkah pertama yang membawa saya kepada IPSI adalah kelas perbandingan agama. Saya mendaftar sebagai pelajar ijazah pada 30/6/2007. Minggu kedua saya berada di USM saya telah menerima satu mesej dari seorang senior menyatakan terdapat kelas perbandingan agama yang intipatinya akan menyentuh agama lain seperti yahudi, kristian, hindu dan lain-lain di Dewan Muzakarah, Pusat Islam, USM . Saya sangat berminat ketika mendapat mesej tersebut. Tanpa berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk hadir ke kelas tersebut.
Di kelas tersebut buat pertama kalinya saya berjumpa dengan Bro Kamaruddin (Presiden IPSI). Ketika kali pertama saya mengikuti kelas ini saya tidak mengetahui apa-pa tentang IPSI. Beliau telah bertanya kepada saya, “macammana tahu pasal kelas ini dan kenapa berminat untuk mengikuti kelas ini?”
Masa tu sangatlah cuak. Jawapan saya,
“Saya dapat mesej dari seorang senior pasal kelas ni. Minat saya timbul untuk mempelajari agama lain kerana masa saya Form 2 saya pernah terbaca sebuah novel bertajuk ‘Maria’ tentang seorang kristian yang mempunyai seorang bapa yang atheist. Saya mula berminat untuk mempelajari apa itu agama kristian yang sebenarnya.”
Novel “Maria” yang saya maksudkan. Yang saya baca masih cover lama (yang warna biru tu)
Semenjak dari itu, saya telah mengikuti Kelas Perbandingan Agama selama 3 tahun iaitu sepanjang pengajian saya ketika Ijazah. Saya antara mereka yang berada pada batch 1(selepas kelas perbandingan agama di susun semula) iaitu mempunyai 3 fasa. Setiap fasa mengambil masa 1 tahun.
Fasa 1: Pengenalan kepada agama Yahudi dan Kristian
Fasa 2: Details tentang agama Yahudi dan Kristian, perbandingan antara Yahudi dan Kristian dengan Islam, mula membuat mempelajari combat kit menggunakan Bible (KJV Version)
Fasa 3: Praktikal ( Berkongsi kepada yang belum Islam tentang Islam )
Alhamdulillah di penghujung kelas saya telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik semasa Graduation kelas perbandingan agama. Walaupun sebenarnya takdelah saya ni bagus sangat. Semoga ilmu yang saya perolehi sepanjang kelas ini saya akan manfaatkan sebaiknya.
Bro Kamaruddin (Kiri) dan Dr Danial (Kanan)
Antara pelajar batch 2007 ( I miss this moment. Hope we can meet again and organize another program together )
For those who interested to join Comparative Religion Class Session 2012/2013 can give your details to:
haniey_qina@yahoo.com or drop PM to my fb https://www.facebook.com/haniey.qina
I will contact you for further details. The class will start somewhere around September. Open for USM students only. TQ.
To be continued…
With Love,
NUR
2 comments:
Farha melarikan diri sbb tak nak bergambar time ni.. Hehehe.. ;)
kan dah rugi..kalau tak kan dah ada farha gambar dalam ni..=)
Post a Comment