31 August 2010

Rindu

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Malam tadi sepanjang malam saya tak dapat tidur. Minggu lepas merupakan minggu yang paling sibuk dan tertekan memandangkan cuti pertengahan semester bakal tiba jadi sekarang adalah masa untuk lecturer mengadakan test. Alhamdulillah dah habis 3 test semalam. Sepanjang malam saya berfikir dan memuhasah diri. Puas juga saya cuba melelapkan diri tapi tak berjaya juga akhirnya pukul 5 saya bangun untuk bersahur. Lepas selesai solat subuh, saya cuba lagi tapi tetap juga tak dapat tidur. Akhirnya saya bangun juga tak jadi tidur.  Lab report dah tertangguh memandangkan saya fokus kepada test sepanjang 2 minggu ni. Kena siapkan juga sebelum balik raya insyaallah.

Sejak dah mengundurkan diri dari pimpinan kelab IPSI ni, saya hanya memantau sahaja tanpa melibatkan diri secara langsung. Tambahan pula pengajian di peringkat master membutuhkan waktu yang banyak untuk study. Tak seperti degree dulu. Alhmdulillah pimpinan kali ini mampu mengekalkan perjuangan IPSI bahkan lebih baik dari pimpinan sebelum ini. Moga akan lahir lebih ramai daie nonmuslim. Ramadhan kali ini puntersa pantas sangat berlalu. Terdetik di hati apalah yang dah aku lakukan sepanjang Ramadhan ni. Moga Allah terima segala amalan kita walaupun sedikit.

Selepas zohor tadi sengaja saya belek kembali folder-folder yang lama tak terusik di laptop saya ni. Tiba-tiba terjumpa video yang pernah kami buat untuk majlis graduasi kelas perbandingan agama setahun yang lepas. Melihat gambar aktiviti yang pernah saya dan sahabat yang lain lakukan bersama, hati saya di usik rindu kepada mereka semua. Terasa sebak jugak. Masing-masing dah ada haluan sendiri. Ada antaranya dah tak ada kat USM dah. Terus saya capai Hp dan sms sahabat-sahabat yang dah lama saya tak jumpa.

"Saya rindu kamu semua hari ini."
Reply dari mereka:

"Rindu kamu jgk =)"
"Wa asytaquki aidhon. Mata roja'ti ilal bait?"
"...trima ksh..hadihkan fatihah"
"Ada masa jom la p masjid kapitan.hehe.mis u too.."
"Rindu sakinah juga..rindu keje2 da'wah kita..semoga Allah merahmati sakinah=) Uhibbuki fillah walillah"

    Saya mesej lagi:
    "rindu masa kita sama-sama bergerak kerja dlm IPSI. Andai punya kesempatan utk kembali ke msa dulu."

    Reply dari mereka:

    "Xtau la bila boleh berada dlm saat macam tu lagi..biarpun xcukup tdo, tp seronok.."
    "Tu la pengalaman yang tak boleh di beli di Sg. dua =)..bgtula indahnya bergerak kerja d jalan Allah."
    "Ya betul tu kina..masing2 ada kepakaran masing2 ketik itu. dan bila semua bekerjasama, terhasillah sbuah krja yg hebat. Alhamdulillah.rindu awak juga..kita bersatu dibawah IPSI. atas izinNYA.
    "MasyaAllah..tpi syukur kita bawa semangat itu bagi meneruskan kerja/ibadah di alam pekerjaan pula alhamdulillah..Saya pun rasa terhutng budi dengan kamu semua dan yg paling berjasa dgn saya ustaz kamaruddin. Rindu kamu juga sakinah!-ikhlas dari kak hanan"
    "Ya insyaAllah.rindu suasana tu=)"

      Mesej 3:
      "Rindu nak lipat LOVE yg k.dayah buat=)"

      Reply dari mereka:

      "hehe..rindu nak wat doorgift.."
      "hehe..xberpeluang lipat la qina time tu"
      "awak tengah mabuk rindu ni.semua kawan2 dah ada hala tuju masing-masing.rehatlah kina. teruskan perjuangan..kuatkan semangat!"
      "hehe..dok dgn budak-budak sekolah ni, baru ni suh diorang wat versi ramadhan punya. tapi budak-budak ni buat hasil tngan dep je la.takde komputer.nanti k.dayah bawak"
      "rindu nak lipat LOVE jugak.."
        LOVE ni di buat untuk edaran kepada nonmuslim. Kami panggil LOVE sebab kat page depan sekali ada bentuk 'LOVE' yang menunjukkan kita sayang pada mereka. Sebarkan kasih sayang...

        Mesej 4:
        "Ana kata saya tgh mabuk rindu..he2.mmg pn.td belek2 folder kat laptop.terjumpa video yang kita sama-sama wat untuk graduation tu.aktiviti2 yg pernh kita sama2 buat..tiba2 hati diusik kenangan lalu..cewah=)
        manisnya terasa saat tu walaupun letih.."

        Reply dari mereka:

        "Ya=)"
        "Betul2.masa tu rsa paling seronok skali.teringin nak ulanginya lagi. nanti nak kutip balik semua tu dari kina. k.dayah punya laptop dah rosak. semua pun dh hilang."
        "wa sedih plak tetiba.qina nak video2 tu.."
        "hehe memang manis kenangan bersama dalam IPSI!"

          Kami bersama-sama untuk 3 tahun sepanjang mengikuti kelas perbandingan agama. Memang itulah saat paling manis kerana pertemuan kami kerana Allah bukan untuk kepentingan peribadi. Terima kasih buat guru yang dah banyak berkorban iaitu Bro Kamaruddin. Allah pertemukan saya dan sahabat2 dalam IPSI walaupun kami dari latar belakang yang berlainan. Tapi dalam IPSI atas nama Islam kami semua bersatu. Saya betul-betul rindu saat bersama mereka dalam bergerak kerja. Kini semua seakan-akan jauh dari saya. Insyaallah ada peluang, kami bertemu kembali kerana Allah. Dan kerana Allah jugalah hati-hati ini akan sentiasa terpaut.Teruskan perjungan sahabat-sahabatku walau di mana kalian berada. Jangan lupa akan tanggungjawab yang terpikul di setiap bahu kalian.Sungguh hati ini rindu....

          Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
          hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
          Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
          Bersatu memikul beban dakwah Mu
          Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
          untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

          Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
          Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
          Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
          akan jalannya yang sebenar
          Penuhkanlah piala hati ini..
          dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
          Hidup suburkanlah hati-hati ini..
          dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

          Jika Engkau mentakdirkan mati
          Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
          sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

          Engkau lah sebaik-baik sandaran..
          dan sebaik-baik penolong ya Allah
          Perkenankanlah permintaan ini
          Amin ya rabbal A'alamin..

          NUR

          25 August 2010

          Mutiara Hari Ini 1

          In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

          Kadang-kadang hati di landa duka dn terluka. Bantuan ikhlas yang di hulurkn tak pernah dihargai. Tapi bergembiralah kerana Nabi telah bersabda:

           "Berilah bantuan nescaya kamu mendapat ganjarn dan terserahlah kepada Allah untuk menghukum dengan lisan RasulNya akan apa sahaja yang Allah kehendaki.(riwayat Bukhari dan Muslim)


          NUR

          19 August 2010

          Respon Tok Guru

          Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

          Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

          Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

          Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

          Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

          Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

          Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

          Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

          Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

          Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

          Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

          Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

          Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

          "Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."

          Salam Ramadhan.

          NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
          Pejabat Menteri Besar Kelantan.
          Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

          13 August 2010

          Kelantan cipta sejarah lancar dinar emas

          In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful



          On Thursday 12 August 2010, 16:40 SGT

          Malaysian state launches Islamic currency



          A Malaysian state on Thursday launched the Islamic dinar and dirham as an alternative currency, allowing the golden and silver coins to be used as legal tender alongside conventional banknotes.
          Authorities in northern Kelantan state, which is ruled by the Islamic opposition party PAS, said the Islamic currencies would be used in many shops in the state in addition to the national currency, the ringgit.
          "We have over 1,000 shops that have signed up to our campaign and agreed to accept the dinar and dirham for the purchase of goods," state cabinet minister Husam Musa told AFP.
          He said signboards have been erected in the main market in the state capital Kota Bharu to show the conversion table between the dinar and ringgit, and participating shops will display stickers to encourage people to use the coins.
          "The response has been very positive and all the coins which were worth a total of 2.0 million ringgit (629,000 dollars) have been sold out at the launch today," said Husam, who is in charge of economic and finance planning.
          According to Islamic law, the dinar measures 4.25 grams of gold, while the dirham is 3.0 grams of pure silver.
          A golden coin is equivalent to about 582 ringgit (183 dollars) while the silver coin is worth around 13 ringgit but their values fluctuate according to market prices.
          Husam said the dinar and dirham currencies can also be used dealings with state goverment agencies, such as paying "zakat", or alms for the poor.
          There has been a long debate in Malaysia, a Muslim-majority country with large ethnic Chinese and Indian communities, to introduce the coins as legal tender nationally.
          Former premier Abdullah Ahmad Badawi, whose administration promoted a moderate form of Islam that emphasised economic and scientific development, shot down the proposal to use the Islamic currencies.
          But his predecessor, Mahathir Mohamad, was an advocate of the dinar system and urged Muslim countries to use it as a trade instrument.
          The debate has died down since current Prime Minister Najib Razak came to power last year.

          **************************
          Alhamdulillah akhirnya dapat juga dinar emas dan dirham di martabatkan kembali walaupun pada peringkat permulaan. Tapi insyaallah apabila semua mendapat kesedaran pasti ramai akan bersetuju dan mula menggunakan dinar dan dirham sebagai :medium of exchange". Selama saya mengikuti seminar yang di anjurkan Syed Iskandar Syed Jaafar Corporate Advisory & Training, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui helah-helah di sebalik sistem kewangan sekarang yang berdasarkan wang fiat dan juga kepentingan kita untuk mengembalikan dinar dan dirham sebagai "medium of exchange".

          Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwaytkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
          "Satu masa mesti akan tiba menimpa umat manusia di mana tiada (yang tinggal) yang berguna (atau memberi manfaat) melinkan satu Dinar (iaitu wang emas) dan satu Dirham (iaitu wang Perak)."
          [Ramalan Rasulullah ini telah menjangka kemusnahan yang pasti akan berlaku kepada sistem kewangan palsu yang kini berfungsi di seluruh dunia.]

          Tahukah anda, wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah?

          Contoh:

          Harga sepinggan nasi lemak pada tahun 1980 adalah 30 sen tapi sekarang harga sepinggan nasi yang sama sekitar RM 2. Mengapa berlaku perbezaan harga yang ketara dalam tempoh 30 tahun ini? Adakah nasi lemak pada zaman dahulu dan sekarang menggunakan bahan-bahan yang berbeza? Sudah tentu tidak. Ia masih menggunakan resepi yang sama dan bahan yang sama. Tetapi kenapa nasi lemak sekarang lebih mahal dari nasi lemak pada tahun 1980?

          Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dalam erti kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa panjang. Harga barang sebenarnya tidak naik, tetapi penyusutan nilai wang kerts anda berlaku. Ini menyebabkan nilai pada wang kertas di tangan anda sekarang tidak akan sama nilainya pada masa hadapan. Senario ini di namakan sebagai inflasi.

          Nilai inflasi akan terus meningkat dari semasa ke semasa kerana wang kertas tidak mempunyai nilai komoditi. Pada awal penggunaan sistem wang kertas, setiap wang kertas yang di cetak di sandarkan kepada emas. Tetapi akhirnya Amerika melanggar perjanjian tersebut dan wang kertas di cetak sesuka hati tanpa disandarkan kepada nilai emas lagi.

          ***************************
          Antara kelebihan emas ialah:

          1. Mata wang berbentuk komoditi - Ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan.
          2. Mempunyai nilai benar dan tetap - Ia mempunyai nilai intrinsik yang akan kekal nilainya pada setiap masa dan tempat digunakan.
          3. Bebas daripada inflasi - Mata wang Islam (wang emas) merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembung"kan. Wang sebenar iaitu wang yang  tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi.
          4. Mencegah spekulasi - Ini adalah berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain.
          5. Wujud kebebasan pertukaran emas - Keadaan ini membolehkan aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga barang dan gaji pekerja.
          6. Pertukaran mata wang antara negara akan stabil - Ini kerana nilai emas yang tetap. Sejarah piawaian emas telah membuktikan kestabilan pertukaran antara negara telah wujud lebih satu kurun iaitu sebelum Perang Dunia Pertama.
          7. Percetakan wang kertas akan terhad - Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mungkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu.
          8. Piawaian mata wang dunia hanya bersandarkan kepada nilai emas - Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian tertentu berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah.
          9. Menyumbang kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam - Mata wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu dinar di Istanbul.
          10.Bebas daripada unsur riba - Mata wang emas dan perak bebas daripada riba kerana ia termasuk dalam barangan "ribawiyyah" dan riba hanya boleh berlaku dalam urusan jual beli (bagi emas dan perak) dan pinjaman (bagi semua jenis barangan).
          11. Tiada unsur "Gharar", spekulasi, perjudian dan manipulasi mata wang - Penetapan nilai emas akan memelihara kadar pertukaran yang tidak akan turun naik melebihi 1% dan sekaligus akan menutup ruang kepada pihak lain untuk menguasai ekonomi dunia.
          12. Berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran - Penerimaan umum tentang peranan wang ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan berlakunya ketidakadilan dan penindasan dalam ekonomi tukar barang.

          ******************

          Nilai emas ada naik dan turunnya. Tapi insyaallah tak rugi membeli dinar emas ini kerana ia sentiasa naik. Saya selalu menyemak harga dinar emas kelantan di web http://www.dinarkel.com/ dan http://www.nubex.com.my/ . Seeloknya setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 1 dinar bagi persediaan menghadapi kejatuhan zaman wang kertas yang selepas ini berkemungkinan akan di gantikan dengan wang digital atau wng maya. Jika ini berlaku, pihak yang menguasai sistem ini boleh sewenang-wenangnya mengawal kadr inflasi kerana wang digital ini tidak mempunyai sebarang nilai komoditi. Kita akan di manipulasi dengan mudahnya. Dan nasihat dari Dr. Syed Iskandar ketika saya menyertai seminar yang bertajuk SUKUK CRUCIAL ISSUES, jika kita membeli dinar emas atau dirham, seeloknya kita sendiri yang menyimpan dinar emas tersebut. Jangan simpan di bank kerana jika satu masa bank itu bankrap, kita pun akan turut kehilangan dinar ems yang telah kita simpan. Marilah kita sama-sama melestarikan kembali dinar emas dan dirham ini. Moga kita sama-sama beroleh manfaat ^_^.


          NUR

          09 August 2010

          Selamat menyambut Bulan Ramadhan



          " That's all for today's class. See you next Wednesday."
          "Excuse me, Sir. Next Wednesday is cuti rite?"
          "I dont think we have cuti next week."
          "Next Wednesday is first of Ramadhan."
          "Oo..we dont have cuti for Ramadhan here."
          "Really?"
          "Never happen in Malaysia.hehe..."

          Insyaallah 11/8 ni kita akan menyambut kedatangan bulan yang amat dirindui oleh setiap Muslim iaitu Ramadhan. Allah berfirman dalam surah Al-bqarah yt 183:

          "Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu BERTAQWA"

          Bulan ramadhan selalu dikiaskan sebagai madrasah mendidik jiwa yang hasilnya setelah bergraduasi adalah taqwa. Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

          Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

          "Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

          Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

          Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

          Semoga kita memanfaatkan Ramadhan kali ini sebaik mungkin. Selamat menjalani ibadah berpuasa..^_^


          NUR

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
           
          Site Meter