13 April 2010

Alhamdulillah dah lulus...

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Pagi tadi ada test untuk lesen kereta. 2 bulan belajar dan Alhamdulillah dah lulus akhirnya.
Banyak benda yang saya belajar tadi. Dalam 8.30am bertolak ke pusat memandu Mutiara. Sampai je ramai sangat calon yang nak ambik test. 70% dari calon yang hadir tu, nak buat test ulangan. takut sangat rasa. Dah daftar kemudian ambil nombor. Ya Allah, nombor 91. Second last.
Lambatlah jawabnya nak menunggu giliran. Kebetulan hari ini dah rasa tak sedap badan pulak. Dalam pukul 11.30 camtu akhirnya di panggil  ke tempat menunggu untuk memulakan ujian. Semasa kat tempat menunggu tu, ada seorang cikgu ni yang jaga calon. Beliau komen setiap calon-calon yang tengah buat ujian mendaki bukit. Ada yang menggelusur balik, ada yang dapat lepas tapi tekan minyak dengan sangat kuat dan ada jugak yang tak dapat nak turunkan break tangan.

Saya difahamkan ada 2 kereta yang agak bermasalah. Satu kereta problem dengan clutchnye. Saya sendiri tengok kebanyakan calon yang menggunakan kereta tersebut gagal ujian mendaki bukit. Maknanya gagal untuk keseluruhan ujian bahagian tersebut. Satu lagi kereta pulak ada masalah dengan hand break. Calon yang sebelum saya dah 3 orang gagal nak turunkan hand break tersebut. Saya berdoa sangat semoga tak dapat salah satu dari 2 kereta tersebut.

Ketika sedang memerhati calon lain membuat ujian mereka, tiba-tiba saya dikejutkan dengan tengkingan dari cikgu yang ada kat situ kepada salah seorang calon yang juga sedang menunggu giliran. Rupanya disebabkan calon tersebut memanggil cikgu tersebut dengan panggilan "pakcik". Kata cikgu tersebut, itu dah menjatuhkan maruah seorang guru. Menurut beliau juga, walaupun anak beliau belajar memandu dengan beliau, beliau tak izinkan anaknya memanggil dengan panggilan 'ayah' sebab waktu tu dia sedang mengajar seorang pemandu. Jadi perlu mengikut adab dan cara yang betul. Bukan sebab dia anak jadi boleh beri layanan istimewa. Semuanya perlu diberikan perhatian yang seadilnya. Saya teringat ketika mula menjejakkan kaki ke Matrikulasi. Semasa minggu orientasi saya pernah diingatkan oleh fasi-fasi yang di Matrik pensyarah yang mengajar kita bukan lagi panggil dengan panggilan cikgu. Tapi Cik atau Encik. Kalau nak berurusan dengan pihak pentadbiran jangan gunakan panggilan kak, makcik, pakcik atau abang tapi guna Cik, Puan atau Encik. Pada saya, kalau kita hendak di hormati, maka belajarlah menghormati orang lain dan pada masa yang sama belajarlah menyesuaikan diri dengan protokol di setiap tempat dan keadaan.

Akhirnya nombor giliran saya di panggil. Saya mulakan dengan bismillah. Alhamdulillah betul-betul berada di tengah petak kuning. Selepas dah tarik hand break dan berpuas hati, pegawai JPJ pun mengarahkan saya untuk turun. Ya Allah, kenapa hand break ni tersekat. Saya cuba lagi tapi masih tak mampu turunkan. Dah sedikit cemas. Saya taknak gagal hanya kerana tak mampu turunkan hand break. Saya bertenang balik, tarik nafas dan tarik hand break tersebut sekuat hati dan alhamdulillah berjaya turunkan. Parking dan juga 3 penjuru selesai di buat dengan jayanya. LULUS bahagian pertama. Sekarang ni nak kena tunggu ujian bahagian kedua pula iaitu jalan raya. Jam baru pukul 12 tengah hari.

Semasa menunggu, sempat berkenalan dengan adik-adik yang baru habis spm. Ada antara mereka yang lulus dan ada yang gagal. Salah seorang mereka yang gagal tu sangat tak berpuas hati kerana di gagalkan sebab menurutnya kesalahan yang mereka buat tu tak patut menggagalkan mereka sebab kecil. Kemudian datang calon yang lain juga gagal dan di uji oleh pegawai JPJ yang sama seperti adik tadi. Adik tadi berusaha meyakinkan kami yang pegawai JPJ tersebut strict sangat. Saya pun mengakui juga kebenaran tersebut sebab sepanjang yang saya perhatikan, 7 orang berturut-turut di gagalkan oleh pegawai JPJ tersebut. Saya berdoa di dalam hati moga dipermudahkan. Jam dah menunjukkan pukul3. Dah penat menunggu akhirnya nombor saya di panggil. Alhamdulillah pegawai JPJ yang meguji saya tidak terlalu strict. Malah beliau masih menasihati saya ketika memandu. Dan Alhamdulillah. LULUS bahagian kedua. Maknanya dah LULUS untuk mendapatkan lesen kereta.

Teringat malam sebelum test, ada yang menasihati, buatlah seperti biasa je. Kalau kita gagal cubalah lagi sebab kita mungkin belum layak untuk mendapatkan lesen kereta. Sekiranya kita diberikan lesen kereta, berkemungkinan kita akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Cikgu yang mengajar saya juga berpesan kepada saya, setiap latihan yang saya jalani ni hanyalah usaha kita. Tapi yang menentukan kita LULUS atau GAGAL adalah DIA. Alhamdulillah...

Sebelum saya berangkat pulang, seorang cikgu yang menegur calon memanggilnya pakcik tadi bertanya sama ada saya lulus atau tidak. Saya katakan Alhamdulillah saya lulus. Beliau bertanya apa yang saya nak buat lepas ni lepas dapat lesen. Sebab katanya kita perlu ada matlamat selepas mendapatkan lesen. Saya pun tak tahu lagi. Belum berfikir untuk waktu yang terdekat. Saya katakan pada beliau mungkin saya akan beli kereta selepas berkemampuan. Beliau katakan, salah, bukan untuk dapatkan kereta tapi sepatutnya kita aim untuk terus praktikkan apa yang dah belajar kat pusat memandu ni dan kemudian kembangkan lagi. Ambil pengalaman lagi supaya kita betul-betul yakin dan boleh memandu dalam apa jua situasi. Sekiranya mungkin ada halangan ketika memandu, tetapi jika kita bersedia dengan ilmu dan pngalaman insyaallah kita takkan mudah panik dan dapat tangani sebaiknya. Insyaallah satu nasihat yang bermakna buat saya. Bukan sahaja untuk diaplikasikan pada pemanduan kereta, tapi juga pada kerjaya akan datang. INSYAALLAH.

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter