In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.
Semenjak dah ada Suhail ni, sentiasa tercari-cari method terbaik untuk pembelajaran Suhail. Masa pregnant lagi dah study sikit dan terbaca tentang Glenn Doman selepas baca perkongsian dari rakan facebook yang attend kursus nury. Glenn Doman percaya yang otak bayi snagat amazing dan mampu menyerap apa sahaja yang diajarkan kepada mereka. Yang penting, perlu tahu bagaimana untuk stimulate dengan cara yang betul dan terbaik. Glenn Doman then founded The Institute for The Achievement of Human Potential. Glenn Doman juga ada menulis buku berkaitan early development programs on how to teach babies from birth reading, mathematics, Encyclopedic Knowledge & Physical Program. Mulalah pencarian saya untuk dapatkan buku Glenn Doman bagi memahami teknik-teknik yang perlu untuk diajarkan kepada Suhail. Memang boleh tahan juga harganya. Pejam mata jela beli. huhu…
Setakat ini, 4 buah buku ini sahaja yang saya ada. Insyaallah masih cuba melengkapkan koleksi yang lain.
Saya mula ajar Suhail flashcard huruf hijaiyah baris atas semasa Suhail berumur 2 bulan lebih. Memang reaksi Suhail sangat bagus dan betul-betul fokus pada card yang saya flashkan. Bila kata flash card, maksudnya kita tunjuk kad laju-laju. Kalau boleh kurang 1 saat bagi setiap kad sebab bayi belajar sangat cepat. Penemuan terbaru selepas kursus Nury, bayi mampu menyerap perkataan sekaligus. Jadi boleh terus tunjuk perkataan. Macam kaedah doman, terus flashkan perkataan yang dekat dengan bayi macam “mommy” “dad” instead of ajar ABC. Jadi, saya ubah dari Kad hijaiyah huruf atas kepada high frequency word dalam al-quran cth: “Min”, “Allazi”.
Setakat ini, saya ajar Suhail 4 benda.
1) High frequency word (HFW)
Saya beli softcopy dari Pn Irina dan print pada card saiz A4 berketebalan 200gsm. IPN ada keluarkan HFW sebanyak 300 perkataan beserta video. Boleh dapatkan di sini : http://www.islamicparentingnetwork.net/product/hfw/
Saya pilih 3 perkataan untuk di flashkan pada Suhail. Anggaran dalam 3 hari sekali, tukar. Boleh pilih jumlah card ikut baby. Tapi memandangkan saya ajar banyak benda, jadi saya kurangkan kuantiti kad.
HFW ialah High Frequency Words iaitu perkataan paling kerap muncul dalam AlQuran.
Menurut sahabat saya Puan Norhaini Sulaiman yang baru-baru ini saya baru belajar teknik faham Arab AlQuran dengan Mudah, ada lebih kurang 1800 perkataan sahaja dalam AlQuran, kitab suci kita. Dan lebih kurang 900 gabungan perkataan dalam AlQuran ini. Jika kita faham dan hafal 1 gabungan perkataan sehari, mahu kurang 3 tahun sudah faham keseluruhan AlQuran ini! Sebab ia berulang-ulang perkataannya. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang mahu mengajarkan kita dengan mudah.
Bayi anak kecil kita, sangat bertuah dapat belajar dari awal. Membaca perkataan ini membolehkan mereka kenalpasti (recognise) dengan mudah bila nak mula membaca mushaf AlQuran nanti, mungkin seawal 3 tahun!!! Sebab perkataan itu berulang-ulang, sama aja. Mereka akan cekap kenal 'pattern' huruf dalam perkataan itu.
Teringat nota Kursus Nury saya, bayi yang distimulasi dari awal, berpeluang jadi cemerlang bagi aspek boleh membaca pada usia 36 bulan, berbanding bayi yang 'biasa' tidak distimulasi, boleh membaca pada usia 72 bulan.
Masa tu saya fikir, beza besar sangat 36 bulan lagi yakni 3 tahun, saya mensia-siakan kebolehan dan potensi anak saya jika saya ibubapa yang biasa-biasa.
Untuk apa perlunya membaca awal?
Berkenaan otak, sama juga perkembangan otak untuk emosi (teringat slide presentation saya baru ni tentang perkembangan otak bayi yang alami trauma), ia berkembang bersangkutan ikut tahap demi tahap. Bila dah stabil dan capai yang level 1, ia boleh berkembang ke level 2 dan seterusnya. Jika tidak, sebaliknya berlaku (anak yang belum boleh membaca, cenderung menggunakan tenaga mereka untuk meneroka aspek lain agar tetap sukses, contoh 'handal' dalam minat dan tingkahlaku lain atau semakin 'withdraw' menyusut di sekolah. Biasa kita dengar, kan?
Jika anak sudah kenal perkataan dan boleh membaca, maka mereka akan termotivasi untuk membentuk hobi lain bersangkutan dengan kebolehan membaca. Sebagai contoh mencari bahan berkenaan robot di internet sendiri kerana mahu tahu sesuatu berkenaan buat robot sendiri.
Itu sebenarnya tujuan saya ke kursus Nury, untuk hasrat suami dan saya. Anakanda kami Fateh sangat sukakan 'kartun robot tolong orang', suka merekacipta (inovasi) dan ayahnya nak ajar anaknya 'programming' robot, dan keperluan asas ialah kanak-kanak itu perlu boleh membaca!
Anak sahabat saya Yulia Yusar, Muhammad sudah boleh membaca AlQuran, bahasa Melayu dan Inggeris, kemudian mula mahu mempelajari Arab sendiri dari AlQuran yang dia boleh baca. Jadi sahabat saya pun belikanlah AlQuran per kata yang besar tu. Dari mana datangnya minat untuk memahami Arab? Kerana anak ini sudah boleh membaca AlQuran dan kedua-dua bahasa utama itu! Nampak tak? Dari satu level ke level seterusnya. MasyaAllah, La haw la wa la qu wa ta illah billah..
Mengapa saya tukar dari huruf hijayyah berbaris atas kepada perkataan HFW?
Kerana selepas kursus membaca Nury 3 jam pada 20 Jun lalu,
1) saya dan sahabat wangi semua merasakan logik untuk pembelajaran alQuran anak, memulakan dengan perkataan terus, samada per kata surah atau HFW, dengan mengambilkira kemampuan bayi yang pantas menyerap apa sahaja ditunjukkan kepadanya. Ini dari anak orang putih seawal 18 bulan sudah dapat menangkap pattern perkataan beribu ditunjukkan sejak bayi, mereka dapat kenal sendiri sukukata walau tak diajar secara khusus (macam kita malaysia ni fonik sukukata ma ba da ka dll)
2) Fateh yang kenal huruf hijayyah berbaris atas seawal 1.6 tahun, struggle membaca huruf bersambung selepas itu, ditambah kecenderungan pembelajaran beliau ialah bukan visual dominant (sudi tengok buku tulisan kecil dan duduk) tetapi bergerak (kinestetik) dan audio (sambil gerak bunyi apapun dia tahu dan tangkap).
-->Jadi dengan perkataan dan kad besar, dia sempat melihat pantas sambil bergerak dan sebut sekali apa diajarkan.
Kesimpulan, kaedah glenn ini sangat sesuai dari bayi:- menangkap imej gambar keseluruhan perkataan --- kemudian mengenal sendiri pattern perkataan iaitu ada sukukata sebutan begini begitu --- kemudian kenal huruf tunggal masa nak menulis kelak dan baca surah panjang yang sesetengahnya bermula dengan huruf tunggal macam alif lam mim..
Ia terbalik dari pembelajaran bermula usia 4-6 yang mana kenal huruf dulu, kemudian baris, kemudian sukukata kemudian perkataan. Bayi bermula dengan perkataan kemudian sukukata (kenal sendiri) kemudian baru huruf tunggal.
Untuk anak lebih dari seorang, sy ON kan perkataan HFW ini untuk Fateh sekali (program abang, saiz untuk baby), sementara tunggu video dan kadimbas per kata surah juz amma: maksud program abang ialah membaca per kata surah nanti (video sudah siap oleh Pn Irina hanya tunggu finalise dan launch nanti oleh Islamic Parenting Network - Pn Lina.
HFW ini akan bermanfaat nanti bila anak sudah boleh membaca alQuran sendiri lingkungan usia 3 ke atas. Jadi output anak bagi program surah per kata adalah 2 dalam 1: Membaca dan Menghafaz Al Quran.
Perkongsian dari email Pn. Maznah Ibrahim
2) Mathematics
Untuk math, kalau tengok kat gambar atas ada card yang ada dot-dot. Untuk baby, ajar kenal melalui dot tersebut. Saya download dari domanmom.com dan printkan. Baby belum mengenal angka jadi kita ajar mereka mengenal kuantiti melalui dot tersebut. Lebih mudah untuk difahami.
Untuk anak anak yang belum faham nilai/kuantiti sesuatu benda. Kita jadikan Matematik dalam bentuk bahasa.
ANGKA hanyalah simbol kepada sesuatu kuantiti serta tidak mempunyai nilai untuk difahami anak anak yang baru nak mengenal.
Jadi kita perkenalkan NILAI SEBELUM perkenalkan NOMBOR yang mewakili nilai tersebut. Bila dah kenal dan faham nilai - bolehlah kenalkan angka. Boleh juga jika ulang semula untuk anak anak yang dah kenal angka.
Tunjuk kad ni dan sebut nilai nya. Anak akan rakam bilangan dot bersama nilai yang disebut. Jadi, lain kali dia nampak 5 batang pensel dia tahu itu lima bilangannya.
Bila buat penyelesaian masalah menggunakan kad ini juga; anak akan nampak perubahan dot.
Contohnya bila kita letak ● + ●●● anak akan nampak dia jadi ●●●●.
Berbanding 1 + 3, hanya simbol tetapi tidak faham akan nilainya.
Ini yang akan membantu anak mengira dengan pantas kerana dia mengenal nilai bukan angka (simbol).
Otak anak bawah 6 tahun macam span dan dapat merakamkan sesuatu sekelip mata. Benda yang kita tak nak ajar pun dia copy on the spot. Hehe. Jadi jangan ragu dengan keupayaan anak walaupun dia brain injured - yang penting mula daripada sekarang. Yakin lah dengan kemampuan anak kita!
Perkongsian dari Fb Pn. Nurhasanah Mazalan
3) Perkataan
Perkataan ni, saya pilih perkataan yang selalu saya sebut-sebut pada Suhail. Ada cara untuk buat flashcard sendiri. Kalau ikut doman, saiz card 22’ x 6’. Big enough so baby can see. Susah juga nak cari kad yang panjang macam ni. Buat masa ni, saya potong sendiri dari kertas A1, 230 gsm untuk tulis perkataan ni. Ada jumpa modelling card yang besar tapi belum pergi kedai untuk potong mengikut saiz. Kalau tak jumpa yang panjang pun takpe,boleh guna yang available ada dengan kita. Yang penting saiz tu perlu besar.
Ini kad yang saya beli. Yang besar sekali tu modelling card, then A1 and A3
Ini guide untuk tulis perkataan pada flash card.
4) Visual Stimulation
Bayi sebenarnya belum betul-betul boleh melihat dengan jelas. Jadi, penting untuk kita gunakan warna yang mesra bayi dan stimulate penglihatan bayi. Saya beli card dari Instagram dr.diaper. Boleh juga download dan print dari domanmom.com. Memandangkan warnanya banyak juga warna hitam, untuk jimatkan ink, saya beli jela. Lebih berbaloi. huhu..
------------------------------------------------------
Ada satu lagi yang masih dalam proses untuk saya ajar pada Suhail, iaitu Encyclopedic Knowledge. Iaitu ajar pengetahuan umum macam sejarah, biology, physics, alam sekitar dan lain-lain. Sebab belum ada bahan jadi, terpaksa tangguh dulu.
Updated: Alhamdulillah dah mula buat bahan untuk encyclopedic knowledge buat Suhail.
Fuh, banyaknya benda nak ajar. Masih bergelut dengan komitmen masa. Sekurang-kurangnya perlu ajar 3 sesi setiap hari. Selalu setiap sesi untuk saya habiskan semua tak sampai 5 minit pun. Kalau nampak Suhail macam tak minat, saya berhenti. Ajar baby ni, bukan sebab kita nak tengok output sangat. Saya lebih kepada nak optimumkan penggunaan otak dia. Sebab waktu nila otak baby tengah berkembang pesat. Rugi sangat kalau kita abaikan waktu yang sangat berharga ni. Tapi, ajar benda ni pun, aktiviti fizikal tak boleh lupa. Perlu seiring. Semoga perkongsian ini ada manfaat buat semua. Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Cita-cita saya, semoga Suhail mampu membesar sebaiknya dan seterusnya mampu pula untuk menyumbang buat Ummah.
With Love,
NUR