29 October 2015

PhD : Completed!

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, saya sudah berjaya menamatkan pengajian PhD saya yang mengambil masa 3 tahun 4 bulan. Draft thesis submission untuk semakan pada 1/6/15, viva pada 1/9/15 dan final correction pada 1/10/15. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. *Baru perasan semua tarikh penting jatuh pada 1hb*

jjj

Pagi sebelum viva

   

P_20150901_130722

Alhamdulillah, selesai viva. Lulus dengan minor correction

   

P_20150929_170023

Final thesis submission

Saya di tanya oleh adik halaqah saya, apa perasaan akak dah selamat bergelar “Dr” ni? Saya terpana seketika tatkala mendapat soalan ini. Saya berfikir sejenak, apa agaknya yang saya rasa ketika ini…. Hmm…. Satu beban sudah berkurang, betul. Ada leganya apabila semua ini selesai. Tetapi apabila diimbas kembali, saya terfikir, segala ujian yang saya lalui untuk tempoh 3 tahun 4 bulan ini, jatuh bangun, jerit payah, tiap air mata yang tumpah, masa dan wang ringgit yang dikorbankan demi menamatkan perjalanan PhD ini, tiada apa-apa. Bukanlah maksud saya ianya tidak merasakan perjalanan ini susah, tetapi saya terfikir, apa sebenarnya yang saya resahkan, tangiskan ketika perjalanan ini. Ujian itu tiada apa-apa. Saya seakan redha dan ia tidak meninggalkan sebarang bekas atau parut di hati saya. Benarlah janji Allah, Dia tidak akan membebani hambaNYA dengan apa yang tidak mampu di tanggung oleh hambaNYA. Saya tersenyum sendiri selepas itu.

Gelaran “Dr” di depan nama bukan itu yang saya kejarkan semasa menyambung pengajian ke peringkat PhD. Bahkan gelaran itu tidak langsung menjadi satu motivasi buat saya. Tetapi ada matlamat dan visi yang lebih besar. Impian yang saya simpan selama ini akhirnya tercapai,Alhamdulillah. Dan betul, Allah beri segalanya pada saya pada waktu yang tepat. Tiada yang terkurang saya rasakan. Bahkan diri ini yang terasa sangat kurang bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

Perjalanan hidup saya tidak terhenti setakat di sini sahaja. Bahkan ianya hanyalah sebuah permulaan kehidupan yang jauh lebih banyak ujian dan ranjau di hadapan. Doa saya, semoga tiap duri dan halangan yang terlintas di hadapan perjalanan saya mampu saya telusuri dengan jayanya. Semoga saya bukanlah seorang Doktor falsafah hanya hanya tahu berfalsafah tetapi jauh dari mengimplimentasikan setiap falsafah yang digenggam. Saya doakan buat sahabat-sahabat yang lain agar mampu menamatkan pengajian secepatnya dan dipermudahkan jalan menuju pengakhirannya. Red heart

   

konvo

Insyaallah will be graduating next month… Winking smile

   

P/s: Thank you so much to my parent, umi dan abah atas setiap curahan kasih sayang dan semangat buat kakak sepanjang perjalanan Phd ini. Thanks to my lovely hubby for always be there when there is up and down in my life. And also my family, relatives and friends for always cheering me up along the way. May Allah bless and reward all of you. Red heart 

  

  

With Love, Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter