Showing posts with label Journey with IPSI. Show all posts
Showing posts with label Journey with IPSI. Show all posts

15 August 2013

August: 3 in 1

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan yang selesa oleh Allah. Gempar berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai oleh pengkhianat Mesir. Semoga Allah membantu saudara kita di sana.

  

August: 3 in 1???

  

tumblr_m86pbdPLo41rvim5co1_500

   

Dalam bulan Ogos ni, Alhamdulillah, ada 3 celebration iaitu Ramadhan, Birthday dan Eid.  Jadi perkongsian kali ni sekadar coretan tentang moment-moment meraikan perayaan nie semua.

   

Red heartRamadhan

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni berpuasa bersama suami dari awal hingga akhir. Memandangkan kami tinggal berjauhan kerana tuntutan tanggungjawab masing-masing, Ramadhan kali ni paling lama kami tinggal bersama. Selalunya 3,4 hari je kemudian kembali berpisah.

Bila berada lama dengan suami ni, macam-macamlah perkara yang dilalui bersama dalam tempoh tersebut. Bukan mudah untuk jadi isteri yang betul-betul memberikan yang terbaik apa yang diperlukan oleh suami. Sepanjang puasa ni pulak kerana gastrik yang agak teruk, kebanyakan masa di habiskan dengan terbaring di katil dan malamnya kadang-kadang pukul 10 dah pun terlelap. Yang paling mencabar rasanya nak siapkan masakan bersahur dan berbuka. Dah bolehlah masak sikit-sikit walaupun rasanya dan presentation makanannya agak out. huhu… Insyaallah akan diperbaiki. (Abang, sediakan dapur yang best untuk kina,mesti kina rajin rajin masak punya, huhu) Smile with tongue out

   

20130715_18500620130720_054014

1081310_10201543568488170_1172042044_n1081119_10201543568808178_1626017172_n

Ni je yang sempat snap. Memang yang simple-simple je boleh. Yang susah-susah memang tak reti plus bahan yang terhad. Masak untuk sekadar makan dua orang memang agak membazir masa bulan puasa. Banyak makanan akhirnya dibuang je. Kena cari jalan supaya makanan yang dimasak tu sedap dan cukup serta tak membazir.

   

Ada juga sekali berbuka di hotel teman suami, sekadar entertain auditor yang datang untuk audit kilang tempat suami bekerja. On the way balik tu, singgah Kinta RiverFront Walk. Cantik sangat tempat ni. Lebih kurang macam i-City la. Jalan-jalan kejap je singgah 21 Grilled then balikla.

20130716_21042620130716_21070220130716_21102620130716_211234

   

Dalam tempoh sebulan ni, banyak perkara yang saya nampak perlu dibaiki dalam rumahtangga kami. Kita kadang dek kesibukan seharian dengan pekerjaan dunia, ada perkara yang kita leka. Perlu sentiasa muhasabah kembali. Semoga Allah terus merahmati dan meredhai pernikahan ini dan mengurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Ameen.

        

Red heartBirthday

4 August adalah hari lahir saya. Alhamdulillah genap 25 tahun. Semakin pendek umur yang diberi pinjam oleh Allah. Semoga saya mampu memanfaatkan baki umur ini sebaiknya. Tiada yang istimewa sangat sempena hari kelahiran saya ni. Sekadar meraikannya bersama suami. Dapat surprise gift jugak. Thanks abang! ^^,

    

20130804_191553

Kitaorang celebrate dekat Secret Recipe sebab saya teringin sangat nak makan Macaroni Prawn with Cheese. Walaupun sebenarnya takdela suka keju tapi sangat falling in love dengan yang ni.

     

20130619_192959

Lagi satu yang selalu order kalau pegi Secret recipe adalah Thai Fried Rice. Sedaplah jugak tapi agak pedas. But I enjoyed it! =)

Dengan pertambahan umur ni, semoga ia seiring dengan penambahan dan penambahbaikan amalan. Terima kasih buat yang wish dan mendoakan saya sempena hari kelahiran saya. Maaf sekiranya ada yang ter’miss’ tak sempat reply. Semoga Allah juga mengurniakan kebaikan buat kalian semua. Thumbs up

   

Red heartEid Celebration

Lastly, Eid Celebration. Tahun ni kali pertama beraya di rumah mertua, kampung suami. Alhamdulillah, kami dari dua negeri yang berbeza jadi pastinya punya dua budaya yang berbeza. Beraya tahun ni dengan ‘style’ orang perak pulak.Hari raya pertama pun dah meriah dengan kunjungan saudara-saudara terdekat memandangkan kebanyakan saudara duduk berdekatan.

Walaupun rasa kelainan sedikit sebab dah 24 tahun beraya bersama keluarga di Kelantan, dan tahun ni pula beraya di tempat lain, tapi Allah kurniakan kebahagiaan juga bila bersama mereka. Saya masih juga kekok sedikit bila bersama keluarga mertua. Semoga ikatan kami akan lebih erat lagi dan mampu jadi menantu yang baik buat Mak dan Abah.

   

20130808_124237

I Syawal di Kuala Kangsar, Perak

20130808_135807

20130808_135813

20130808_163446

C360_2013-08-08-13-22-30-506

   

Raya kedua kami bertolak ke Kelantan. Alhamdulillah, jalan takdela jam sangat cuma pergerakan agak perlahan jadi tiba agak lewat di destinasi.

   

20130809_174222

C360_2013-08-11-08-01-03-863

1174919_523805594355686_542833555_n

   

Catatan perjalanan Ogos 2013

Semoga Allah MerahmatiRed rose

   

Sekarang ni perlu betulkan mode dari ‘beraya’ kepada ‘belajar’ pula. September ni bakal masuk ke Semester 4 PhD. Semakin suntuk masa yang ada untuk habiskan PhD. Masih perlu terus tingkatkan momentum usaha dan doa. Semoga Allah sentiasa merahmati, meredhai dan mempermudahkan setiap amal yang saya lakukan. Ameen

  

With Love,Red heart

NUR

31 January 2013

Maulid Ar-Rasul Celebration 2013/1434H (Penang)

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah… Syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita. Minggu lepas selesai satu lagi program dakwah anjuran Islamic Propagation Society International (IPSI) iaitu “Spread The Love of Prophet Muhammad (PBUH)”.  Satu program dakwah lapangan untuk memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepada not yet Muslim.

    

704182_545264738830477_1471672849_o

      

Program ni bermula 3 tahun lepas iaitu pada tahun 2010 oleh Pelajar Kelas Perbandingan Agama Fasa 3. Boleh baca kisah saya tentang kelas ini di sini. Cetusan idea untuk melaksanakan program ini datang dari guru saya, Bro. Kamarudin Abdullah, iaitu Presiden IPSI. Ketika beliau berdakwah di Istanbul beberapa tahun lepas, semasa hari Maulidur rasul di Istanbul, sambutan diadakan dengan membuat ‘open house’ di masjid dan memberikan manisan kepada not yet Muslim di sana sambil menerangkan tentang Nabi Muhammad kepada mereka. Jadi, Bro Kamarudin mencadangkan perkara yang sama untuk kami laksanakan di USM dan diubah mengikut kesesuaian dengan masyarakat di Malaysia. Alhamdulillah, akhirnya kami memulakan program ini dengan memberikan bunga, coklat dan buku tentang Nabi Muhammad kepada not yet Muslim di USM.

  

image

Baca perkongsian saya untuk Program Spread The Love of Prophet Muhammad 2010 di sini.

     

Pada tahun seterusnya, 2011, 2012 dan 2013, kami mula melaksanakan program ini bukan sahaja di USM dan sekitar Pulau Pinang malah juga di negeri-negeri lain. Sambutan kali ini juga pada saya sangat memberangsangkan. Boleh tengok di facebook macam-macam feedback yang dapat dari pelbagai NGO tentang sambutan Maulidur Rasul ini. AJK IPSI pun mula turun dari Penang ke KL dan tahun ini Langkawi untuk menjayakan program ini di negeri lain memandangkan di Penang kami. Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun ke-4 program ini diadakan. Bermula dari kami, akhirnya umat Islam yang lain mula mengambil inisiatif yang sama di Malaysia. Baca sini.


Perkongsian Maulid Ar-Rasul celebration 2013

Alhamdulillah, 24 Januari lepas, sempena Maulid Ar-Rasul celebration, kami mengedarkan 300 pcs bunga, coklat dan booklet tentang Nabi Muhammad kepada not yet Muslim. Pada mulanya, saya agak risau kerana hanya tidak sampai 10 orang pun yang mendaftar untuk jadi volunteer. Tu pun 2 minggu sebelum program ramai yang tarik diri. Tapi selepas promosi diadakan terutama oleh Presiden IPSI, sambutan yang diterima oleh umat Islam di Penang untuk menjadi sukarelawan sangat-sangat memberangsangkan sehingga saya, selaku pengarah projek di Penang terpaksa mengehadkan jumlah bilangan peserta.

Tahun ini, kami memilih untuk menukar coklat dan booklet yang kami gunakan untuk mencipta sedikit kelainan dari tahun lepas. Dan juga membuat beberapa penambah baikan hasil dari postmortem program yang lepas. Walaupun masih ada beberapa masalah semasa melaksanakan program pada kali ini, tapi Alhamdulillah bantuan Allah sentiasa mengiringi hambaNya yang berbuat kebajikan.

774213_10200229442115832_282393417_o

Volunteer dari Penang sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk Program Maulid Rasul kali ni. 300 pcs untuk disiapkan dalam tempoh satu malam. However, we did our best! Thanks guys! Winking smile

          

181171_567712016590836_427115245_n

Ini hasilnya selepas bertungkus lumus…. Cantikkan.. I wish I can have them… Smile


9.00 pagi

Semua volunteer berkumpul di Dewan Makan Pusat Islam USM untuk sesi taklimat, sarapan dan pembahagian kumpulan. Masyaallah, melihat bilangan volunteer kali ni, semua bersemangat untuk berdakwah. Dan yang buat saya lebih teruja, muslimin lebih ramai dari Muslimat. Tidak seperti program sebelum ini. Semoga Allah kurniakan ganjaran buat kita semua.

IMG_0532

         

Volunteer di bahagikan kepada 9 lokasi di sekitar Penang yang dikenal pasti mempunyai potensi untuk memperkenalkan Nabi Muhammad kepada not yet Muslim. Tahun nilah paling banyak lokasi kami bahagikan kerana penyertaan dari volunteer yang ramai.

   image

20130124_100702

601281_567723256589712_1609128781_n

Button badge ini diberikan kepada setiap volunteer yang menyertai program ini.


10.30 pagi

Semua volunteer bergerak ke lokasi masing-masing. Saya dan beberapa volunteer yang lain bergerak ke lokasi kami iaitu Masjid Kapitan Keling. Untuk kali ni, kami buka satu meja di depan Masjid Kapitan Keling. Kami namakan sebagai table dakwah. Masih perlu buat penambahbaikan untuk table dakwah ini nanti, insyaallah. Saya pair dengan husband saya untuk kali ni.

image

Can you see the smile? Masa ni kami baru je letakkan barang kat meja ni. Belum habis susun lagi. Kebetulan masa tu ada pekerja Indian tengan susun-susun barang kat depan Masjid Kapitan Keling depan meja kami. Persiapan untuk perarakan Maulid Nabi. Agaknya tertarik dengan apa yang ada di meja kami, mereka sendiri yang approach kami dan tanya apa yang kami buat. Mulanya dia ingat kami jual semua ni, tapi bila diterangkan, dia sendiri meminta untuk mengambil booklet tentang Nabi Muhammad. Kawan-kawannya yang lain pun turut sama meminta booklet ni. Alhamdulillah… Smile

   

image

This couple is from Scotland. Apa yang menariknyaa ialah, setiap tahun mereka akan ke Penang dan melawat Masjid Kapitan Keling. Mereka dah pergi ke banyak masjid sebelum ni, tapi Masjid Kapitan keling yang paling mereka suka sebab infrastrukturnya yang simple tak seperti kebanyakan masjid yang besar dan nampak gah but empty. Such a lovely couple. ^^,


12.30 tengah hari

Sekitar jam 12.30 tengah hari, volunteer mula tiba di Masjid kapitan Keling untuk sesi dakwah through mosque tour dan juga sesi sharing dan postmortem.

Masjid Kapitan Keling menerima kunjungan ramai pelancong pada hari tersebut sampai saya tak henti-henti guide mereka untuk mosque tour. Penat, tapi sangat seronok. Alhamdulillah, ada juga volunteer yang lain participate untuk mosque tour ni selepas melihat cara saya mengendalikan tour ini. Thumbs up! Thumbs up 

Dalam dakwah, atau apa sahaja yang kita lakukan, step pertama itu penting. Sudah pasti pertama kali kita lakukan, hasilnya tidaklah bagus seperti orang yang expert, tapi, once you start, Allah will help you with the rest.

481021_10151367846356288_479722787_n

Pelancong ini dari korea dan juga australia. Mereka sangat berminat dnegan apa yang cuba saya sampaikan. Masa saya explain macammana kita solat, mereka minta pada saya untuk cuba macam saya terangkan. Semoga Allah buka pintu hati mereka untuk menerima Islam.

20130124_131828

IMG-20130124-WA0001

 


2.00 pm

Usai solat zohor, kami berkumpul di Islamic Center IPSI,Masjid Kapitan Keling untuk sesi perkongsian pengalaman semasa berdakwah tadi dan juga post mortem untuk program kali ini.

image

image

image

image

          

Sesi sharing ini sangat penting bagi saya. Kita tak dapat jumpa semua mad’u yang mempunyai latar belakang dan pemikiran yang berbeza. Melalui perkongsian sebegini, sedikit sebanyak memberikan kita gambaran bagaimana untuk kita menghadapi mad’u-mad’u kita yang lain. Setiap teknik yang kita guna perlu di nilai satu-satu keberkesanannya agar dakwah yang kita sampaikan lebih menyentuh hati setiap mad’u kita. Seterusnya serahkan kepada Allah yang memberi hidayah. Ingat, tugas kita hanya menyampaikan bukan untuk convertkan mereka kepada Islam. Tapi jika itu berlaku, ia merupakan satu bonus untuk kita dan juga mereka. Semoga Allah kurniakan yang terbaik disisiNya buat kita semua. Ameen…

Kami bersurai lebih kurang pukul 3.30 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kemanisan keimanan. Semoga Allah memberi hidayah kepada mad’u yang kami jumpa pada hari tersebut. Insyaallah untuk tahun hadapan kami cuba lebarkan sayap ke luar negara pula. Doakan ye… Winking smile

 

Video Perjalanan Program Maulidur Ar-Rasul Celebration 2013/1434H

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LVqEmHHhzas

     

image

IMG_0570

Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat kalian semua! Red heart

 

p/s: Gambar dan video kredit kepada Hanafi Green digital photography dan Firdaus Petaigraphy

 

With Love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter