Showing posts with label PhD Journey. Show all posts
Showing posts with label PhD Journey. Show all posts

29 October 2015

PhD : Completed!

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, saya sudah berjaya menamatkan pengajian PhD saya yang mengambil masa 3 tahun 4 bulan. Draft thesis submission untuk semakan pada 1/6/15, viva pada 1/9/15 dan final correction pada 1/10/15. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. *Baru perasan semua tarikh penting jatuh pada 1hb*

jjj

Pagi sebelum viva

   

P_20150901_130722

Alhamdulillah, selesai viva. Lulus dengan minor correction

   

P_20150929_170023

Final thesis submission

Saya di tanya oleh adik halaqah saya, apa perasaan akak dah selamat bergelar “Dr” ni? Saya terpana seketika tatkala mendapat soalan ini. Saya berfikir sejenak, apa agaknya yang saya rasa ketika ini…. Hmm…. Satu beban sudah berkurang, betul. Ada leganya apabila semua ini selesai. Tetapi apabila diimbas kembali, saya terfikir, segala ujian yang saya lalui untuk tempoh 3 tahun 4 bulan ini, jatuh bangun, jerit payah, tiap air mata yang tumpah, masa dan wang ringgit yang dikorbankan demi menamatkan perjalanan PhD ini, tiada apa-apa. Bukanlah maksud saya ianya tidak merasakan perjalanan ini susah, tetapi saya terfikir, apa sebenarnya yang saya resahkan, tangiskan ketika perjalanan ini. Ujian itu tiada apa-apa. Saya seakan redha dan ia tidak meninggalkan sebarang bekas atau parut di hati saya. Benarlah janji Allah, Dia tidak akan membebani hambaNYA dengan apa yang tidak mampu di tanggung oleh hambaNYA. Saya tersenyum sendiri selepas itu.

Gelaran “Dr” di depan nama bukan itu yang saya kejarkan semasa menyambung pengajian ke peringkat PhD. Bahkan gelaran itu tidak langsung menjadi satu motivasi buat saya. Tetapi ada matlamat dan visi yang lebih besar. Impian yang saya simpan selama ini akhirnya tercapai,Alhamdulillah. Dan betul, Allah beri segalanya pada saya pada waktu yang tepat. Tiada yang terkurang saya rasakan. Bahkan diri ini yang terasa sangat kurang bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

Perjalanan hidup saya tidak terhenti setakat di sini sahaja. Bahkan ianya hanyalah sebuah permulaan kehidupan yang jauh lebih banyak ujian dan ranjau di hadapan. Doa saya, semoga tiap duri dan halangan yang terlintas di hadapan perjalanan saya mampu saya telusuri dengan jayanya. Semoga saya bukanlah seorang Doktor falsafah hanya hanya tahu berfalsafah tetapi jauh dari mengimplimentasikan setiap falsafah yang digenggam. Saya doakan buat sahabat-sahabat yang lain agar mampu menamatkan pengajian secepatnya dan dipermudahkan jalan menuju pengakhirannya. Red heart

   

konvo

Insyaallah will be graduating next month… Winking smile

   

P/s: Thank you so much to my parent, umi dan abah atas setiap curahan kasih sayang dan semangat buat kakak sepanjang perjalanan Phd ini. Thanks to my lovely hubby for always be there when there is up and down in my life. And also my family, relatives and friends for always cheering me up along the way. May Allah bless and reward all of you. Red heart 

  

  

With Love, Red heart

NUR

18 August 2015

Medical Physics Course USM

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum, All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

I received a lot of email and PM about RLKA and Medical Physics course at USM. It takes time to reply one by one and mostly repeated questions. Hope this entry will help those who interested in Medical Physics field so you will get at least some description what you will learn.

486360053_640

 

Red roseCourse descriptionsRed rose

Basically in Medical Physics, you will learn about instrument used in diagnostic radiology, radiotherapy  and nuclear medicine. You will also learn anatomy and physiology, radiation protection and safety and health issue on radiation. Subject which you will learn also depends on which faculty your course is based on. Like USM, it was offered under School of Physics. Thus, you will also study physics courses like quantum mechanic, basic physics, electronic, optic and solid state plus, some mathematics like calculus. At UKM it was offered under Faculty of Health/Medical I dont remember. So there will be a  different on what you will learn for this course.

 

medphyteras

medphy elektif

 

Ini subject which I learn during my undergraduate studies. Masa tu masih 3 years course. Sekarang dah jadi 4 tahun dan saya tak pasti how much changes in the subject it will be. Will update later once I got the information.  Subject teras adalah subject yang wajib ambil while elektif boleh pilih any subject yang you all interested to learn. Kat bawah ni, sebahagian subject yang akan belajar under course Pengimejan Diagnostic & Radioterapi di UKM. I can’t explain in details coz I’m not a student there but from this subject at least you can have a view how the courses gonna look like.

 

ukm

 

Susah ke belajar medical physics?

Ermm… Pada pendapat saya setiap course ada tahap kesusahannya sendiri. Untuk medical physics, part yang susah lebih kepada belajar basic dan some advance physics tu. Memang agak tough dan menguji. Bila dah masuk pengkhususan, lebih mudah asalkan memang rajin study. Saya sendiri pun bukanlah pelajar cemerlang tapi alhamdulillah berjaya habiskan semua subject tanpa repeat any subject. Nasihat saya, belajar secara berterusan dan bukan hanya di hujung semester atau study week, insyaallah boleh score subject yang di ambil. Dan analisa setiap subject dan cari strategi untuk cope dengan setiap subject.

 

bf757053ff68c6804c64412c5ada6ee8

Kalau undergraduate ambil physics course walaupun bukan medical physics, insyaallah masih boleh sambung master dalam bidang medical physics. Tapi kalau undergraduate dari course lain dan master nak ambil medical physics, tak pasti boleh ke tak. Kalau ikut syarat IPS USM ni, macam tak boleh.

-------------------------------------------------------------

Master of Science (Medical Physics)
The programme aims to provide knowledge and skills as a senior medical physicist. The course is designed to produce graduates in medical physics with a strong capacity to work effectively in operating and maintaining medical equipments. Successful graduates are expected to have a career as medical physicist in hospital, academic institutions or research institutes.
Course Structure

The programme comprises 40 units of the following five core courses, two elective courses, two practical courses and one compulsory research project.


Semester I

Work Human Anatomy and Physiology (core - 4 units)

Work Radiation Physics (core - 4 units)

Work Dosimetry and Radiation Protection (core - 4units)

Work Physics of Diagnostic Radiology (core - 4 units)

WorkMedical Physics Practical (core - 4 units)

Semester II

Work Nuclear Medicine and Radiotherapy Physics (core - 4 units)

Work Ultrasound and Magnetic Resonance Imaging (elective - 2 units)

Work Radiobiology and Radiation Chemistry (elective - 2 units)

Work Medical Physics Practical II (core - 4 units)

Work Research Project (compulsory - 8 units)

Admission Requirements

Applicants should possess the following:

- BSc (Hons) in Physics minimum CGPA of 3.00/4 or equivalent.

- BSc in Physics or equivalent with several years of experience in a relevant field.

Duration
Full-time: Min 2 semesters / Max 4 semesters

---------------------------------------------------------------------------

Red rose Peluang kerjaya Red rose

Ini pun antara soalan yang kerap di tanya juga. Ambil medical physics ni mudah dapat kerja ke? Peluang kerjaya banyak ke? Pertama, perlu faham yang rezeki itu dari Allah. Insyaallah kita berusaha sebaiknya dan seterusnya serahkan pada Allah. Kalau di USM, memandangkan degree ada ambil basic physics, jadi in term of career path, boleh pergi both side, physics or healthcare. Mostly, kerja di hospital either government or private, lecturer in physics or health science and company yang provide medical equipment or did R&D. Dari pengalaman saya sendiri, nak dapatkan kerja medical physics, takdalah begitu mudah dan tak nampak banyak peluang sangat. Kebanyakan kawan-kawan saya sendiri pun ambil masa banyak tahun sebelum dapat kerja di hospital tambah-tambah government. But still, if you perform best in academics and clinically, insyaallah ada rezeki dari Allah untuk kerja dalam bidang ni. Setiap course pun, ada cabarannya juga dalam bidang kerjaya kan. Jadi, pilihlah course yang terbaik buat diri sendiri.

Boleh ke link ini, untuk dapat lebih overview pasal career guide in medical physics.

http://physics.illinois.edu/careers-seminar/UIUC_Physics_Career_Seminar_Wooten.pdf

PWNov12news-2.indd

 

Semoga dapat membantu yang memerlukan. Sekiranya memerlukan lebih details, boleh email ke ns.nurqina@gmail.com Winking smile

 

With Love, Red heart

NUR

13 March 2014

PhD Journey: Genap 2 Tahun

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Masyaallah, terasa terabai sungguh blog ni kebelakangan nie. Walau cuba juga untuk membuat catatan di sini, tapi akhirnya post yang di karang masih belum boleh dipublish kerana belum siap sepenuhnya. Akan cuba lebih gigih lepas nie menghabiskan setiap draft yang ada.

Alhamdulillah, 20 February 2014 yang lepas genap dua tahun pengajian saya di peringkat PhD. Sepanjang tempoh setahun yang lepas, banyak sungguh cabaran dan ujian yang terpaksa ditempuhi. Banyak juga yang saya ketepikan untuk terus fokus pada labwork PhD ni. Tahun lepas merupakan tahun ‘critical’ buat saya memandangkan target saya sebelum masuk ke tahun ketiga pengajian, semua labwork sudah mampu saya siapkan.

Unfortunately, saya masih belum mampu habiskan labwork.huhu… Di kejutkan pula dengan berita supervisor saya bakal bersara tahun depan. Lagi kelam kelibut pulak jadinya. Target untuk kali nie adalah, akan cuba hantar thesis by end of this year. 30/12/14. Mampu ke? Entah. Masa dapat berita ni hujung bulan 12 hari tu. Masih ada setahun lagi, insyaallah boleh. Tapi ni dah masuk pertengahan Mac, macam takde progress yang memberangsangkan pun dari segi penulisan thesis. Labwork untuk last objective pun belum selesai lagi. Ape-ape pun, akan cuba yang terbaik untuk hantar hujung tahun nie. Chayyok! Smile

 

One-more-datapoint-this-year

  

Setahun yang lepas, Alhamdulillah dapat experience lebih banyak benda baru. Walaupun banyak peritnya juga. Saya pelajar fizik dan tak pernah involve dengan experiment yang melibatkan biology sebelum ni. Tetiba sekarang ni kena handle biological sample pulak. Masa mula research pun kefahaman saya tentang sampel yang bakal digunakan dalam kajian saya pun mungkin hanya 10 %. As time goes by, Alhamdulillah the knowledge is keep increasing more and more. Of course I got it through sweat and pain.huhu… But, it worth it. I’ve started to understand better and wiser in making decision and planning for my research. I’ve started to realise many things that need to be corrected for my research. I felt like playing jigsaw puzzle. The broken pieces now finally getting fixed one by one and insyaallah will be finish it soon. I’m lovin it. Party smile

 

20131126_145259

20140305_115314

This is my workplace last year. Alhamdulillah I’ve completed this experiment last week.. Hot smile

    

Last experiment saya insyaallah akan dibuat di tempat lain pulak. Tadi dah jumpa co-supervisor untuk bincang last part of experiment together with pegawai sains. Alhamdulillah, dah nampak jalannya untuk selesaikan last part nie. Inilah experiment yang paling susah nak jalankan pada saya sebab lack of expertise here. Dah cuba work on it since September 2013. Macam-macam masalah akhirnya baru hari nilah, Allah tunjukkan jalan keluar. Semoga Allah permudahkan hingga ke akhirnya.

Sekarang saya dah tak tinggal di Hostel. Alhamdulillah dah ada rumah sendiri dan tinggal bersama suami. Cabaran utam adalah, mentaliti berada di rumah, tak yah study. Rehat je.huhu… Sungguh susah nak lawan mind set sendiri. Insyaallah akan mujahadah lebih lagi.

  

20140221_151550

Selamat tinggal IH… Ni balance je barang saya. Baaaaanyak sangat barang yang ada kat hostel ni. Dah bawak balik rumah sewa sampai sekarang sebelum habis kemas barang yang digunakan masa di hostel IH ni.huhu

    

20140210_104433

My new spot now… Red heart

    

20140309_213824 

Our ‘Mini Library’…Red heart

 

Fuh! 1 year more to go. Please pray for me! Winking smile

   

With Love,Red heart

NUR

20 February 2013

PhD Journey: Genap Setahun

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Malam tadi terlelap awal dan pagi nie pukul 4 pagi dah terjaga. Masih cuba untuk melelapkan mata buat seketika tapi tak berjaya.

Alhamdulillah, hari ni genap setahun pengajian PhD saya. Ya, Baru setahun. Masih berbaki 2 tahun jika ikut penajaan biasiswa. Semoga Allah permudahkan saya untuk grad on time. Kalau ikut progress PhD saya sekarang macam tak punya harapan je nak habiskan dalam tempoh 2 tahun lagi tapi insyaallah cuba yang terbaik dan selebihnya serahkan pada DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya ini.

Saya ni jenis orang yang aci main redah je.huhu… Walaupun tau benda tu susah, macam tak boleh, mustahil dan macam-macam lagi. Tapi sebab sikap saya ni, dah kita yang pilih jalan tu, kita yang mulakan satu benda tu, nak tunggang terbalik ke, nak huru hara camne pun harus diteruskan.

Jatuh?

Masakan tidak. Sudah berkali-kali. Tapi alhamdulillah Allah sangat mengasihani saya. Dari setiap kejatuhan yang saya alami pasti ada ibrah dan nikmat yang Allah kurniakan di sebaliknya. Jadi jangan persoalkan mengapa ini dan itu terjadi kepada kita.

Sepanjang setahun pengajian PhD saya ini, inilah pengajian yang saya rasakan agak perit dan payah untuk diteruskan. Pernah jugak punya hasrat dulu bila dapat offer untuk kerja Pegawai Sains nak berhenti je PhD ni. Taknak teruskan. Tapi dah tandatangan surat perjanjian biasiswa dan duit pun dah diterima maka teruskan juga. Ramai yang menasihati saya bertahan saja. Bukan senang untuk dapat peluang sebegini. Sedangkan orang lain berkejar-kejaran tetapi kita pula yang dah dapat nie melepaskan peluang begitu sahaja.

  

phdComicsTopic

  

Mengapa payah saya katakan? Sebab PhD yang saya buat ni adalah research bukan mod kursus. Untuk research PhD, kena pastikan ketulenan research yang kita buat maksudnya kena buat sesuatu yang belum pernah orang buat. Ini part yang paling sukar buat saya. Master saya adalah coursework dan tetiba PhD ni terjun dalam research dan expectation bagi pelajar PhD sangat tinggi maka segalanya agak sukar bagi saya. Punyai supervisor yang mahukan pelajarnya independent dan tidak bergantung kepada beliau membuatkan saya terkapai-kapai sendirian mulanya (sekarang pun sama.huhu). Semua perlu dilakukan sendiri. Tiada kelas mahupun kursusu yang ditetapkan di Universiti untuk saya ikuti bagi mempersiapkan diri untuk pengajian PhD dan research anda melainkan anda sanggup untuk membayar bagi kursus tersebut. Saya tidak diberikan jadual atau dateline untuk sesuatu progress. Hanya tempoh yang diberi iaitu 3 tahun atau lebih dan plan lah sendiri macammana nak habiskan.

Research yang saya buat sekarang banyak berkaitan dengan biology yang saya tidak pelajari masa degree atau master dulu. Mungkin sipi-sipi tu adalah tapi untuk details dan praktikal sangat berlainan.

Masa mula-mula saya buat eksperimen, saya dah agak happy sebab result memberangsangkan. Tapi rupanya, ada teknik yang salah buat. Maka, saya ulang balik. Selepas ulang, result yang dapat berlainan dari literature review yang saya pernah baca. Rupanya ada lagi kesilapan yang saya buat. Akhirnya saya buat keputusan berhenti dulu buat eksperimen dan study balik dan teliti kembali satu-satu serta minta pandangan dari expert tentang bidang research saya ni. After restructure balik research saya, Alhamdulillah minggu ni saya mula balik eksperimen saya dan ALhamdulillah on track seperti yang saya jangkakan. Tapi ni baru satu objektif research. Ada 2, 3 lagi yang belum dilaksana dan masih mencari-cari method yang sesuai untuk eksperimen ini. Dan disebabkan saya tidak berada di bidang tersebut makanya perlu berusaha dengan lebih gigih untuk study.huhu… Cabarannya juga duit geran yang saya dapat untuk research ciput je. Jadi banyak method yang mudah saya terpaksa ketepikan dan guna manual serta payah dan mengambil masa. Semoga Allah bantu dan permudahkan.

        

IMG384

Our research Progress Meeting.

    20121212_154337

My work place at USM Kubang Kerian, Kelantan.

  

phd0227

Please don’t ask me how I’m progressing…Coz it hurts..Smile with tongue out

   

Fuh! 2 years more to go. Please pray for me! Winking smile

With Love,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter