23 July 2013

Say NO to CELLULITE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, masih diberi pinjaman nyawa untuk terus berada di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. 15 Ramadhan today. Another 15 days to go,insyaallah. May Allah keep our momentum to do our best in this blessing month. Ameen. [Don’t forget to say Ameen after every doa :) ]

Hari ni saya nak kongsi tentang selulit yang memang setiap wanita mengalami mengalaminya tak kira kurus atau gemuk. Cuma yang membezakan adalah teruk ataupun tidak.

APAKAH ITU SELULIT?

Selulit adalah pengumpulan sel-sel lemak pada jaringan kulit secara berlebihan. Keadaan ini menyebabkan permukaan kulit tampak tidak rata dan berkedut seperti kulit oren. Boleh dikatakan hampir setiap wanita mengalami keadaan ini dan ia adalah NORMAL. Stretchmark pula adalah garisan putih atau rekahan yang muncul pada bahagian peha, perut (terutamanya wanita hamil atau mengalami masalah buncit), lengan, betis dan bahagian-bahagian lain.

ORANGE PEEL

Orange-peels-a-sign-and-also-synonym-to-cellulite

 

Selulit kelihatan seperti kulit yang bergelombang, bertekstur seperti keju yang berongga atau kulit limau purut. Peringkat keparahan’ selulit ada pelbagai jenis, mulai yang ringan (hanya akan nampak seperti kulit dicubit, kulit yang bergelombang hanya muncul pada bahagian yang dicubit), hingga pada kes yang berat, kulit nampak ‘kusut/ tidak rata’ dan bergelombang, seperti keadaan kawasan ‘gunung dan lembah’.

Selulit merupakan pengumpulan sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan sehingga permukaan kulit nampak tidak rata, seperti kulit limau purut ! Sewaktu kehamilan, sebahagian besar wanita punya masalah selulit, kerana selama kehamilan terjadi peningkatan kadar hormon estrogen dan progesteron secara mendadak sehingga menghasilkan lebih banyak lemak yang disimpan untuk melindungi janin.

Selulit ini biasanya muncul pada bahagian tubuh yang kurang aktiviti seperti paha, belakang badan, perut, pinggul, betis dan lengan. Selulit akan muncul seiring dengan pertambahan usia, di mana kulit kehilangan kekenyalannya. Kenaikan berat badan membuat selulit lebih mudah dikenali, namun orang kurus tetap juga boleh mempunyai selulit, khususnya jika dikaitkan dengan faktor genetik. Jika ibu kita punya selulit, kemungkinan kita juga akan memilikinya.

Faktor lain yang meningkatkan peluang seseorang mempunyai selulit adalah tekanan perasaan (stress) dan juga gaya hidup yang kurang berolah raga.

PUNCA-PUNCA SELULIT

1. Kurang aktif dan merokok

Tabiat merokok akan menyebabkan kalenjar hormon rosak. Jadi mereka yang mengalami kerosakan sistem hormon ini memiliki hormon estrogen tinggi dan tiroid rendah akan lebih cenderung menghadapi selulit.

2. Diet tidak teratur

Diet sebegini biasanya kekurangan kandungan serat dan apabila tiada senaman dilakukan, apa yang dimakan membentuk lemak. Seterusnya akan menyebabkan mengumpulan lemak dan membentuk selulit.

3.  Pakaian yang ketat

Pakaian yang terlalu ketat akan melambatkan pengaliran darah dan menyebabkan selulit walaupun bagi mereka yang kurus.

4. Faktor fizikal

Masalah ini terjadi bila ada perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. Apabila perubahan ini berlaku, maka berlakulah masalah selulit.

5. Duduk terlalu lama

Ini boleh menjadi pencetus selulit ditambah bila anda duduk dalam keadaan yang salah. Contohnya apabila anda duduk didalam keadaan membongkok dan kurang bergerak hingga sendi tulang menjadi kaku seperti duduk di depan komputer terlalu lama.

6. Pengambilan kafein

Jangan tak tahu, minuman yang mengandungi kafein merupakan salah satu sebab kenapa adalah selulit di badan. Bukan tidak boleh minum langsung, tapi berpada-padalah.

  

HILANGKAN SELULIT DENGAN SERBUK KOPI

  

20130528_101810

LULUR KOPI + GEL MANDIAN SANTAN KELAPA

Ramai wanita yang masih mencari apakah kaedah terbaik untuk mengurangkan selulit kerana ianya mengganggu penampilan terutama di bahagian perit, peha dan kaki.

Salah satu cara yang boleh menghilangkan selulit adalah dengan menggunakan serbuk kopi. Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit. Apa yang lebih baik ia berfungsi mengurangkan timbunan lemak yang membuatkan kulit anda kelihatan seperti kulit “limau”.

Lulur kopi + gel mandian santan kelapa mampu membantu anda untuk menghilangkan selulit yang berada di tubuh anda, insyaallah. Dengan syarat, ia harus dilakukan dengan kerap.

   

   lulur kopicara guna

    

Caranya:
1. Campurkan lulur kopi kedalam satu bekas dan masukkan gel mandian.
2. Kacau sampai sebati.
3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.
4. Sambil itu, urutlah secara lembut tubuh anda. Terutamanya pada bahagian yang ada selulit.

5. Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.

6. Biarkan lulur tersebut di badan anda 15-20 minit.

6. Akhir sekali, bilas tubuh anda.

Amalkan cara hilangkan selulit dengan kopi ini dua hari sekali hingga anda berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.

 

SAY NO CELLULITE

Berminat untuk mendapatkan Lulur Kopi + Gel Mandian Santan Kelapa?

Dapatkannya di BIDADARI SOLEHAH 2.0 Red heart

Selamat mencuba! Smile

 

with Love,Red heart

NUR

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter