15 July 2013

Muslimah vs Kecantikan

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum,

All praise is due to Allah, the Lord and Cherisher of the Universe. May His peace and blessings be upon our beloved prophet, Muhammad (PBUH), his household, companions and all followers of the right guidance till the Day of Judgment.

Alhamdulillah, masih di dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Semoga hari-hari yang berlalu ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita. Semoga setiap amalan kita diterima Allah. Ameen.

 

BS

 

This few weeks, saya mula aktifkan kembali perniagaan Kina Blogshop yang sekarang ni dah pun berubah kepada nama Bidadari Solehah 2.0 di bawah naungan Bidadari Solehah Enterprise kepunyaan adik saya. Bidadari Solehah Enterprise mainly memasarkan produk pakaian muslimah seperti tudung labuh bulat, segi tiga, shawl, jaket labuh dan sebagainya yang diuruskan adik saya. Bidadari Solehah 2.0 pula membekalkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang diuruskan oleh saya. Sebelum ni Kina Blogshop ada berbagai jenis produk, tapi kali ni saya fokuskan untuk produk yang khusus buat wanita pula.

Ada yang bertanya saya mengapa memilih produk kesihatan dan kecantikan untuk di jual. Ada juga yang pelik sebab saya terlibat dengan dakwah dan selalunya, orang yang sebegini akan pilih produk pendidikan, pakaian muslimah dan lainnya yang lebih bersangkut paut dengan produk islamik.

 

allah-is-beautiful

Innallaha jamil, wa yuhibbu al-jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

 

Kita sering melihat ramai muslimah yang alhamdulillah menutup aurat dengan sempurna, terutamanya yang bertudung labuh, kurang memberikan perhatian dan mengambil berat tentang penampilan diri. Tampil cantik dan rapi dianggap sebagai sesuatu perkara yang dianggap terlarang. Disebabkan kekeliruan ini, ramai muslimah yang tampil dalam keadaan yang tidak sewajarnya dan menyebabkan ramai yang prejudis kepada muslimah ini sebagai seorang yang tidak tahu asas penjagaan diri dengan baik.

  

“Mereka tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum. Yang saya maksudkan secara minimum itu adalah berhias secara tidak berlebihan. Cukuplah seseorang muslimah itu tampil dengan wajah yang segar, normal, tidak berminyak,  tidak layu sayu atau kelihatan murung seperti dilanda kesedihan yang mendalam.

Seseorang muslimah sepatutnya menampilkan wajah yang ceria dan berseri-seri. Wajah yang tenang dan tidak kelihatan seperti berada didalam kesusahan dan kesempitan. Kategori minimum juga termasuk tidak membiarkan tubuh mengeluarkan bau tidak enak, sehingga menggangu orang sekeliling. Tudung juga tidak sepatutnya dibiarkan berkedut seribu, lusuh dan tidak rapi dan dipakai secara berulang – ulang tanpa dibasuh. Jadi macam mana orang lain boleh menerima kita jika penampilan kita comot dan berbau busuk kan?

Sebenarnya kita hanya keliru. Berhias adalah dibenarkan tetapi hendaklah tidak sampai kepada hiasan yang tabarruj. Berlebihan dalam berdandan, menampakkan bentuk sanggul, dan bermekap secara berlebihan.” (Via akuislam.com)

   598730_2887429124966_2118394784_n

Wanita diciptakan Allah dengan ciptaan yang indah dan cantik. Segala sesuatu yang dikurniakan oleh Allah SWT patutlah kita syukuri, dan perwujudan rasa bersyukur tersebut boleh diaplikasikan dengan selalu menjaga dan merawat pemberianNYA. Begitupun dengan kecantikan, kecantikan luar dan dalam yang telah disematkan ke dalam diri setiap muslimah sepatutnya kita jaga.

Saya sendiri dahulu langsung tidak mementingkan penampilan diri. Kerana terasa tiada keperluan untuk menjaga penampilan tersebut dan memang kadang-kadang timbul kerisauan andai terlalu ‘over’ dalam menampilkan diri dikhalayak ramai. Dari saya Form 1, ummi belikan saya pencuci muka dan toner untuk dipakai. Hatta bedak pun di beli dan disuruh pakai supaya sekurang-kurangnya muka tidaklah kelihatan comot dan tidak bermaya. Walaupun sudah disediakan keperluan tersebut, saya langsung tidak menggunakannya. Perlu sentiasa dan di suruh, baru guna. Huhu..Tapi disebabkan kelekaan tersebut (sebab masa tu muka masih okey), akhirnya bila dah mula teruk, makin susah hendak di rawat.

Permulaannya sebab salah guna produk. Sehingga sekarang pun, saya tak boleh katakan yang kulit saya boleh kembali macam dulu sebab dah macam-macam guna alat penjagaan yang banyak chemical. Tapi alhamdulillah, dari situ saya banyak belajar tentang asas-asas penjagaan diri. Apabila kita pelajari dan praktikkan semua ni, bukanlah bermaksud kita nak menunjuk-nunjuk kecantikan kita pada orang ramai. Tapi lebih kepada untuk menjaga diri sendiri. Ramai antara kita apabila memiliki kulit yang tidak sihat, tidak berusaha untuk merawatnya nak memandang enteng perkara ini sehingga akhirnya semakin melarat. Sering juga saya memberikan konsultansi pada sahabat-sahabat saya berhubung perkara ini.

Saya tak suka, wanita muslimah dilabelkan sebagai seorang yang comot dan tidak menarik. Menarik di sini tidaklah maksud saya perlu tampil dengan personaliti yang tabarruj di khalayak tetapi sekurang-kurangnya apabila dipandang, memberi keselesaan pada yang memandang. Ramai juga muslimin yang saya jumpa minta di carikan muslimah untuk dijadikan isteri dan apabila ditunjukkan calonnya, akhirnya tidak berkenan kerana masalah rupa. Betul, agama dan akhlak muslimah tersebut lebih dahulu perlu dijadikan penanda ukur untuk dijadikan calon isteri. Tetapi, Islam masih tidak menafikan kriteria ‘cantik’ dalam pemilihan kerana fitrah wanita ingin cantik dan fitrah lelaki ingin memiliki yang cantik.  Tidaklah cantik itu diukur dengan kulit yang putih, hidung yang mancung, mata yang bulat dan sebagainya kerana cantik itu sangat subjektif. Tetapi cukuplah kita menjaga kulit dari sebarang cela yang merosakkan kulit tersebut. Jangan terlalu obses untuk kelihatan cantik sehingga membuat perkara-perkara yang tidak sewajarnya.

 

pakej-kecantikan-300x180

 

Dalam menjaga diri, perlu dititikberatkan juga bahan-bahan yang digunakan dalam alat penjagaan tersebut kerana ia mungkin memudaratkan kesihatan kulit kita. Elakkan produk yang menggunakan banyak bahan kimia dan usahalah untuk mencari produk yang berasaskan semulajadi. Walaupun kesannya agak lambat, tetapi ia lebih baik untuk kulit.

Mulai dari kecantikan luar, ia boleh dilakukan dengan rajin melakukan perawatan. Dan berikut tips perawatan bahagian wajah dengan langkah-langkah yang betul:

Red roseCuci muka dengan pembersih untuk membuang kotoran

Red roseGunakan Scrub untuk membuang sel-sel kulit mati

Red roseLakukan urutan (ringan) di wajah

Red rosePakai masker yang sesuai dengan jenis kulit, dua minggu sekali

Red roseKemudian gunakan toner untuk menutup kembali liang pori.

Red roseJika wajah berjerawat, gunakan obat anti jerawat, jika berjenis kulit kering, gunakan pelembab.

  

poise_organic_spa2

  

Apabila berbicara tentang kecantikan, pasti yang ada di fikiran hanyalah kulit wajah. Di sinilah kesilapan kerap yang kita lakukan. Kulit badan kita juga perlu di jaga dan di rawat dengan rapi. Kebanyakan kita sering mengabaikan kesihatan kulit badan kerana tidak dirasakan perlu kerana badan kita tertutup oleh pakaian dan tidak terlihat maka tak perlu dijaga. Sekiranya terdapat cela seperti parut dan jerawat, kita langsung tidak menghiraukannya untuk dirawat. Sebab itu kulit kita sentiasa kusam dan tidak bermaya. Apabila menjelang pernikahan/perkahwinan, barulah kita mula sibuk ke spa dan salon untuk merawat kulit tubuh. Untuk dapatkan kulit yang segar dan sihat, rawatan perlu dilakukan secara berterusan, dan hasilnya tidak diperolehi dalam waktu yang singkat. Tambahan pula buat yang sudah berkahwin, haruslah kita lebih menjaga penampilan diri untuk suami. Untuk perawatan tubuh boleh dilakukan dengan melulur/scrub  badan 1 atau 2 minggu sekali dan perawatan dari dalam boleh dibantu dengan pola makan dan hidup yang sihat. Banyak makan buah dan sayur, minum air masak dan rehat yang cukup.

Apabila saya berbicara mengenai ini, tidaklah bermaksud saya expert dalam ini semua. Tetapi dengan pengetahuan yang cetek serta melihat kondisi muslimah kini, saya terasa terpanggil untuk memberi kesedaran kepada mereka supaya mula menjaga penampilan diri. Bukan untuk orang lain, tetapi tuntutan itu lebih kepada memenuhi hak penjagaan tubuh badan anda sendiri. Setelah saya lalui fasa-fasa ‘kosong’ tanpa ilmu ini sehingga dan ada knowledge sikit walaupun masih lagi belajar semoga boleh terus kelihatan yang terbaik buat suami, saya ingin berkongsi dengan anda semua juga. Kerana inilah akhirnya saya fokuskan perniagaan Bidadari Solehah 2.0 dengan produk kesihatan dan kecantikan khusus buat wanita muslimah. Walaupun sekarang ni produk hanya sedikit, insyaallah akan di tambah dari semasa ke semasa kerana saya takkan jual sesuatu produk sebelum saya sendiri yakin dengan kualiti produk tersebut.

 

Sudilah berkunjung ke kedai maya saya di sini:

BIDADARI SOLEHAH 2.0

Untitled

Saya masih dalam proses menubuhkan sebuah group secret khusus untuk muslimah dalam membincangkan persoalan-persoalan mengenai muslimah,khususnya dalam penjagaan diri. Ia diberikan nama Mahabbah Circle (Sisters Space), nama halaqah saya yang insyaallah juga nanti kita akan saling berhalaqah bersama. Saya tidak buka kepada umum. Ia khusus untuk anda semua yang betul-betul berminat dan boleh memberikan komitmen. Insyaallah.  Terbuka buat yang berumur 17 – 28 tahun sahaja. Boleh request di sini dan saya berikan steps sebelum anda dapat menyertai group ini.

 

MAHABBAH CIRCLE (SISTERS SPACE)

 

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA. MOHON DOANYA. Smile

Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri. Islam muncul bukan sebagai pembelengu kecantikan, namun hanya mengawal dan mengatur saatnya bila kecantikkan itu harus ditampilkan dan bila kita harus menyembunyikan kecantikan yang dimiliki... ^^
Dapatkan produk homemade spa di sini:


https://www.facebook.com/bidadarisolehah2.0
"A WELLNESS FOR YOU"

WITH LOVE,Red heart

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter