24 March 2012

Khasiat Melulur Badan

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum semua..Red rose

Hari ni nak berkongsi tentang khasiat melulur badan. Entry kali ni khas buat wanita…Tapi tak salah juga buat anda lelaki mengetahui tentang ini nanti boleh kongsi dengan adik, kakak, ibu atau saudara perempuan anda yang lain.Winking smile

Melulur ni apa ye? Melulur ni dikenali juga sebagai scrub. Selalu kita dengar scrub untuk muka jekan. Yang saya nak kongsi kali ni adalah tentang lulur badan atau scrub badan.

Setiap hari, kulit tubuh kita mengalami pembaharuan. Sel-sel kulit mati yang melekat pada badan, akan membuat kulit kelihatan kusam. Memang, setiap hari kita mandi menggunakan sabun untuk membersihkan tubuh. Tapi, sabun hanya berguna untuk mengangkat kotoran yang melekat pada tubuh. Bukan, mengangkat sel-sel kulit mati.

Oleh sebab itu, kita perlukan bahan membantu menanggalkan sel-sel kulit mati tersebut, supaya kulit dapat diperbaharui dengan lebih baik. Hasilnya, kulit akan senantiasa halus, lembut dan terjaga kelembapannya. Selain itu jika rajin melulur, ia mampu melambatkan proses penuaan.

459913_272449956164805_100001994070772_642875_1849804054_o

 

Lulur berbentuk serbuk atau powder mempunyai butiran yang sangat halus, dengan zat-zat aktif tertentu yang dapat menutrisi kulit. Lulur berbentuk serbuk ini biasanya dibuat dari susu, kelapa, rempah, kacang dan sari bengkuang. Kerana butirannya yang sangat halus, lulur berbentuk serbuk ini lebih bermanfaat untuk menutrisi kulit.

 

338087_216141665128968_100001994070772_501620_913011900_o

332755_216147188461749_100001994070772_501640_713105530_o

 

340384_216149265128208_100001994070772_501645_793563454_o

~Keratan dari Majalah Rapi, 15 Disember 2011, m/s 26 -29~

5 langkah untuk melakukan body scrub atau melulur badan di rumah:

1. Sebaik sahaja selepas mandi, lap badan sehingga kering kemudian ambil lulur yang secukupnya dan gosoklah secara merata ke bahagian tubuh. (Elakkan bahagian muka)

2. Lakukan secara perlahan-lahan.  Lakukan dengan urutan melingkar.  Haruslah diingatkan, jangan lakukan secara kasar kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan merosakkan permukaan kulit.

3. Ketika melakukan urutan tersebut, cubalah rasakan sensasi dan aroma yang ditimbulkan oleh lulur tersebut. Pasti ianya menenangkan fikiran.

4. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum lakukan urutan berulang kali.

5. Lakukan scrub pada seluruh bahagian badan mulai dari tangan, badan dan terus ke kaki.  Setelah selesai bilaslah tubuh dengan air hingga bersih.

Lakukan sekurang kurangnya 2 kali seminggu...


Untuk cantik, kita kena rajin. Cantik bukan hanya pada wajah, tapi ianya merangkumi semua, wajah, tubuh, kulit,  tingkah laku dan juga hati. Selalu apabila menghampiri tarikh perkahwinan baru kita mula mencari-cari spa untuk menjaga kulit tubuh badan. Silapnya di sini ialah, kita tidak akan dapat melihat hasilnya dalam waktu yang singkat. Ia perlu dilakukan berterusan. Tidak dinafikan selepas setiap kali melakukan aktiviti melulur badan akan terasa segar dan kulit akan terasa licin dan lembut tetapi bagi memastikan kulit sentiasa berada pada tahap yang baik ia perlu dilakukan secara berterusan.Winking smile

spa-botanica2_69

(KLIK PADA GAMBAR)

With Love,Red heart

NUR

5 comments:

Bahasa Makngah

amat sesuai utk bakal pengantin, kakak cubalah........

nurkina

Mak Ngah: Dah cuba dah...sebab tu kongsi ni..=)

kak mah

melulur pun ada perisa kopi,baru akak tahu.

Wallahua'lam

as salam..
alhamdulillah..info untuk hari ini ^__^
sini tak boleh melulur. musim sejuk :D
melulur ni.. sama yang macam scrub tu ya??

Entri terbaru :

Bagaiman Ukhwah Boleh Terputus Bila Meminta Yang Baik?

nurkina

kak mah: melulur ni memang bnyak jenis..untuk pelbagai fungsi. lulur kacang dan rempah pun ada..
boleh rujuk di sini:

http://kinablogshop.blogspot.com/2012/01/set-penjagaan-badan.html


pakcik: ye..melulur ni sama saja macam scrub. dia ada butiran halus yang membantu menanggalkan sel mati...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Site Meter